Bab 26

9.1K 256 4
                                    

TENGKU Firdaus Amsyar melangkah keluar dari kesesakan tetamu yang menghadiri Fashion Show yang berlangsung di Medina's Boutique, salah satu Butik yang terkenal di Malaysia. Tak sanggup rasanya hendak berasak asak dengan orang ramai semata mata untuk melihat pertunjukan fesyen. Kalau tidak diikutkan permintaan Bella untuk temankan dia pergi ke situ, pasti dia sekarang dapat tidur dengan lenanya sambil dibuai mimpi.

Dia bersandar pada dinding bersebelahan dengan banner yang tertera perkataan 'Medina's Boutique Summer Collection' disitu. Pandangannya jatuh pada 'signature' di bawah banner tersebut. Lama dia melihat 'sign' tersebut. Terdetik sebaris nama yang pernah hadir dalam hidupnya dulu.

Beberapa saat kemudian dia menggelengkan kepalanya menidakkan apa yang dirasa. Melihat tandatangan berangkai yang seakan tertera nama 'Wany' itu membuatkan dia yakin kalau itu bukan orang yang sama.

Medina. Itu adalah nama yang masih kukuh tersemat di dalam hatinya. Dia sedar yang dia tidak layak lagi untuk meraih cinta Wanita itu setelah apa yang dilakukannya 4 tahun yang lepas. Walaupun setelah apa yang terjadi bukan atas keinginannya, tetapi mungkin juga ia telah merobek luka paling dalam di hati Wanita itu. Mungkin juga ia telah menjadi Peristiwa hitam buat kali kedua dalam kehidupan Wanita Itu.

Tangisan yang menyiat nyiat tangkai hatinya sewaktu hari Pernikahannya 4 tahun yang lalu masih terngiang di Telinganya. Dia bukan saja sudah memalit arang di Wajah kedua orang tuanya, tetapi juga pada orang yang sangat dia sayangi dan cintai. Namun, kalau diberi peluang untuk putarkan waktu semula.. Pastinya dia tidak akan berkahwin dengan Zandra dan hidup bahagia bersama Medina Izwany.

Menyesal? Berapa kali dia menangis kerana dia tidak boleh memaafkan dirinya sendiri atas apa yang dilakukannya pada Medina. Dia juga menyesal berkahwin dengan Arwah Zandra pada 4 tahun yang lepas. Dia berkahwin dengan Arwah Zandra pada 4 tahun yang lepas bukan atas dasar cinta. Tetapi atas dasar kesian dan simpatinya terhadap Wanita itu.

Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi. Bella!

"Hello?"

"Hello Daus! You dekat mana?! Penat tau I cari You dekat dalam ni!" Marah Bella.

Tengku Firdaus Amsyar menjauhkan sedikit telefonnya daripada telinga. Bingit apabila didengar.

"Cik Bella sayang.. I lemas tau duduk dekat dalam tu dengan berasak asak dengan orang ramai. I tunggu You dekat luar je. Apa apa just call me okay.." Ujar Lelaki itu. Panggilan diputuskan serta merta.

Kalau bukan sebab Naqib tidak dapat hadir untuk menemani Bella malam ini, pastinya dia tidak akan tercongok di hadapan banner ini seperti orang bodoh. Bella lah ni! Bolehnya dia beli dua tiket untuk Pertunjukkan Fesyen ni. Terpaksa lah jugak dia gagahkan diri untuk pergi ke Majlis ni. Kalau tidak, takde maknanya dia nak datang sini.

Tengku Firdaus Amsyar melangkahkan kakinya menuju ke tembok batu di luar Butik ini. Terasa penatnya kaki. Setelah 3 hari berjalan jalan di Tanah Air setelah hampir 4 tahun membawa diri bersama Zandra di Luar Negara. Rasa Rindunya pada Puan Hartini, Tengku Aminuddin, Farah, Hanya Tuhan Yang Tahu. Dia bukannya taknak balik semula ke Rumah itu, tetapi baginya, seperti dia tidak layak lagi untuk berdiri di Hadapan Rumah itu. Dia tahu yang Mamanya pasti masih marah padanya setelah apa yang dilakukannya pada 4 tahun yang lepas.


Telefon bimbit di dekatkan di cuping telinga. Kelihatan Lelaki itu sedang menelefon seseorang.

"Assalammualaikum.."

"Waalaikummusalam.. Daus ni.." ucap Tengku Firdaus Amsyar pada Aunty Zahirah, Mama kepada Bella. Pengasuh kepada Anaknya, Rayyan.

"Ouh Daus. Hah ye kenapa Daus? Nak cakap dengan Rayyan ke?"

Tak Tertahan Rindu Ini [✔️]Where stories live. Discover now