Bab 16: Confession

9K 259 6
                                    

SEPATUTNYA Malam ini adalah malam yang paling bahagia dalam hidupku. Kata Ummi dan Abah, mereka akan pulangkan cincin menandakan aku menolak pinangan mereka. Tetapi apa yang terjadi sekarang ni benar benar menguji kesabaran dan keimanan aku!

"Medina, Aunty berkenan sangat dengan Medina untuk dijadikan sebagai menantu Aunty. Tapi takpe lah. Medina tak payah pulangkan dulu cincin ni. Medina fikir masak masak.. Dalam sebulan dua nanti, baru berikan jawapan" Pujuk Aunty Maria.

"Tapi Aunty, Kamal tu dah ada teman wanita" Beritahuku dengan jujur. Ummi yang sedang membancuh air di dapur memasang telinga.

"Aunty tahu yang Kamal tu ada banyak kawan perempuan. Sampai pening kepala Aunty dengan dia. Tapi Aunty yakin, Medina seorang sahaja yang dapat mengubahkan Kamal"

"Macam mana tu?" Aku pelik. Kalau dah jenis buaya darat tu, ingat senang ke nak jadi suami mithali yang ikut semua kata katanya nanti? Mimpi siang hari jelah kau Medina!

"Sebab dia akan rasa terikat. Dia akan rasa ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan dalam diri dia terhadap kamu. Memanglah sekarang ni dia rasa bebas sebab tak payah pikul tanggungjawab. Tapi kalau lepas kahwin nanti.. Nescaya, dia akan berubah.."

Pantas aku menggelengkan kepala." Aunty, Medina memang betul betul tak boleh"

Dengan pantas Aunty Maria memegang tanganku dan wajahnya sangat kecewa. "No Medina, jangan cakap macamtu. Medina kena kenal kenal dengan Kamal. Dalam sebulan dua nanti baru bagi jawapan" Pujuk Aunty Maria dengan wajah sayup sekali.

Ummi yang sedang menatang dulang yang berisi cawan dan air kopi itu dikerling sekilas. Ummi, please say something. Medina tak tahu nak buat apa dah ni.

Dulang itu kemudiannya diletakkan diatas meja Ruang Tamu. Cawan yang telah diisikan dengan air kopi panas itu dihulurkan kepada seluruh Keluarga Kamal. Dengan pantas, Aunty Maria menyambut cawan kaca yang berisi air kopi yang dihulurkan oleh Ummi sebentar tadi sambil tersenyum manis.

"Awak ni.. Susah susah jelah Muni ni.. Habistu macam mana ni Muni? Pujuklah Anak Dara awak tu?"

Puan Munirah mengeluh perlahan. Ummi melabuhkan punggungnya diatas sofa yang empuk itu. Duduk disebelahku sambil menghadap Aunty Maria. Kemudian Ummi bersuara."Maria.. Sebenarnya kami pon malas nak paksa paksa Anak lagi dah. Sekarang ni kami serahkan segalanya pada Medina. Kalau dia terima Kamal sebagai Suami, kami tiada masalah. Kalau dia tolak, kami terpaksa ikut. Saya mintak maaf sangat sangat Maria.."

Lega sudah hatiku apabila Ummi dan Abah tak mahu lagi memaksa aku.

"Takpe Muni.. Saya faham. Tapi saya cuma nak Medina kenal kenal je dengan Kamal" Aunty Maria memandang wajahku dengan penuh berharap.

"Medina.. Ummi tak paksa. Tapi Ummi simpan dulu cincin ni ye? Sebulan dua nanti Medina baru bagi jawapan"

Bulat mataku memandang Ummi. Bukankah Ummi cakap yang Ummi taknak calonkan Kamal sebagai menantunya? Ni tiba tiba ubah fikiran. Ni mesti sebab Ummi sudah tiada pilihan. Tidak sampai hati nak menolak tawaran kawan baiknya itu.

"Err.. Ummi, Aunty Maria.. Medina pergi depan dulu.."

Meluat aku apabila melihat Kamal sudah tersenyum lebar. Aku terus pergi ke bilik tidurku lalu mencapai cap dan terus berlalu. Apabila nampak sahaja wajah Abah dan Kamal terpacak di Ruang Tamu itu, aku terus keluar daripada rumah. Bukan apa, aku cuma malas nak berhadapan dengan Lelaki Sewel ni! Apabila mataku dengan matanya saling bertentangan, terasa panasnya hati!

Tak Tertahan Rindu Ini [✔️]Where stories live. Discover now