DI SABAH..
SEAWAL Jam sembilan pagi lagi Tengku Firdaus Amsyar sudah kelihatan mundar mandir di kawasan lobi hotel lima bintang. Riak gelisah, risau, bingung, semuanya bercampur baur. Fikirannya bercelaru. Sedaya upaya cuba diingat semula apa yang terjadi malam tadi.
"Kau ingat apa apa tak Daus?" Hakimie yang turut kelihatan resah di kerusi panjang itu mula menyoal.
Tengku Firdaus Amsyar duduk. Dahinya dipegang dengan kerutan yang cukup dalam terbentuk. Tetapi gagal. Otaknya kosong. "Aku tak ingat Kimi! Apa yang aku ingat semalam, lepas kita dinner.. Aku balik bilik, lepastu aku pergi jenguk bilik Bella nak pastikan dia ada ke tak dalam bilik. Lepastu.. Lepastu.." Rambutnya diramas geram. "Damn it! Aku tak ingat langsung Kimi! Sedar sedar dah ada dalam bilik Bella"
Seingatnya selepas mereka berbarbeque tepi pantai semalam, dia bergerak menuju ke bilik hotelnya. Lepastu dia pergi jenguk bilik Bella disebelah. Sebaik saja Pintu Bilik Bella terbuka, ada satu tangan yang menutup mulutnya dari arah belakang. Dari pagi tadi dia bangun dalam keadaan terpinga pinga. Apa yang paling mengejutkan dia adalah kehadiran Fatin Nabila disebelahnya dalam keadaan bogel.
Mukanya diraup kasar. Jelas terpampang perasaan resah. "Ya Allah! Apa lagi ujian yang kau nak turunkan ni!" Terasa hendak menangis ketika ini. Terngiang ngiang lagi suara ceria Medina menyambut panggilannya sewaktu mereka sedang berbarbeque di tepi pantai semalam. Perasaan takut kehilangan satu satunya Wanita yang dicintainya itu mula menyelinap masuk ke segenap pelusuk jiwanya. Bimbang apa yang berlaku padanya semalam sampai ke telinga Medina. Walaupun dia sendiri tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Bagaimana dia boleh ada didalam bilik Fatin Nabila? Dan apa yang sudah mereka lakukan? Ahh! Sumpah tak ingat!
"Daus.." Suara yang cukup dikenalinya itu menyentak fikirannya. Melihat Fatin Nabila yang semakin mendekat ke arahnya itu segera dia bangkit dari tempat duduknya dan memanjangkan langkah menuju ke lif diikuti oleh Hakimie dari belakang.
Fatin Nabila bergegas mengejar Tengku Firdaus Amsyar dan terus ditarik lengan sasa itu untuk menghadapnya. "You kenapa ni Daus? Macam nak lari dari I je" Pipi berkumis nipis itu diusapnya. Tapi, bila tangannya itu ditepis kasar.. Dia tahu kalau Tengku Firdaus Amsyar tidak suka dengan perlakuannya itu.
"Please Bella.. Kenapa You jadi macamni? You tahu kan, I cuma cintakan Medina!" tegas Tengku Firdaus Amsyar menyatukan pendiriannya.
"Tapi semalam.. You tahu kan apa yang kita dah buat malam tadi? I cintakan You Daus. Sebab tu I tak menolak langsung sentuhan You.." Suara Fatin Nabila rendah seakan merintih. Pipi lelaki itu dipegangnya. Tetapi Tengku Firdaus Amsyar pantas mengelak.
Tengku Firdaus Amsyar sudah buntu. Rambut diramas sehingga serabut. Jelas riak resah yang terpamer di wajah itu."Look Bella.. I betul betul tak ingat apa yang terjadi malam semalam. Macam mana I ada dalam bilik You dan Apa yang I buat kat You? I tak ingat Bella!" bentak Tengku Firdaus Amsyar. Mata Tengku Firdaus Amsyar mula berkaca. Sumpah dia tak buat!
"Tapi.. I masih ingat lagi apa yang You buat kat I semalam. Takkan You dah lupa?" gumam Fatin Nabila rendah.
Dilihat Air Mata Fatin Nabila mula berlinang. "Sampai hati You Daus buat I macamni. I sanggup serahkan tubuh I pada You malam tadi, tapi sekarang You taknak bertanggungjawab pulak!" Fatin Nabila mula mendesak. Lengan lelaki itu dipegang menanti jawapan.
"Sebab I langsung tak tahu apa yang jadi malam tadi. Can You understand me Bella? I dan Medina akan kahwin. Tak logik lah kalau I nak buat perkara yang tak senonoh dekat You! I cuma cintakan Medina. Dan dia sorang saja. Takde yang lain. Enough!" Sekali lagi Tengku Firdaus Amsyar menegas keras.
"Jadi, You nak lepas tangan lepas apa yang You buat pada I malam tadi?"
Tengku Firdaus Amsyar mengurut kepalanya yang mula sakit. Pening. "I dont know!" jawabnya buntu. Beberapa minit dia terdiam memikirkan sesuatu. Akhirnya terfikir tentang.. CCTV!"
Pantas dia memandang Hakimie."Rakaman CCTV Kimi. Aku nak tengok Rakaman tu" ujarnya bersama riak cemas yang masih tak surut. Tanpa membuang masa, dia menuju ke arah Kaunter Pertanyaan.
"Saya nak jumpa dengan Your Manager. Now!" kata Tengku Firdaus Amsyar pada perempuan dalam lingkungan dua puluhan yang menjaga kaunter. Melihat wajah yang terpinga pinga dengan arahannya itu, tangannya menghentak meja.
"I said now!" jeritnya kuat. Perempuan itu mengangguk laju sebelum tangannya terkial kial menekan butang nombor di telefon.
Sepuluh minit menunggu akhirnya seorang lelaki dalam lingkungan tiga puluhan datang kepadanya. Fatin Nabila yang berdiri sepuluh meter dari situ hanya memerhati saja dua perlakuan lelaki itu. Setelah berbincang, akhirnya Pengurus Hotel itu membenarkan Tengku Firdaus Amsyar memeriksa rakaman CCTV berhampiran biliknya dan bilik Fatin Nabila.
Fatin Nabila dan Hakimie turut masuk ke dalam Bilik yang menempatkan berpuluh TV Kecil yang memaparkan rakaman di setiap penjuru CCTV yang diletak di sekitar Hotel. Dengan bantuan pegawai disitu, pita rakaman sekitar jam sebelas malam itu dimainkan.
Jantung Tengku Firdaus Amsyar berdegup bagai nak rak menunggu bayangnya muncul dalam rakaman yang diputar. Menunggu hampir seminit akhirnya wajahnya muncul dalam rakaman di hadapan bilik Fatin Nabila. Tetapi entah kenapa rakaman itu berakhir pada saat Pintu bilik Fatin Nabila terbuka. Kemudian, semuanya gelap.
"Damn it!" Dihentak kuat tangannya keatas Meja didepannya itu. Jelas terlihat urat tegang di lengan sasa itu. Nampak seperti ada seseorang yang cuba sabotaj Rakaman CCTV itu. Tetapi siapa?
"Rakaman tu takde Daus. So, sekarang kau nak buat apa?" soal Hakimie yang turut gusar. Dia seperti dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.
Tengku Firdaus Amsyar menggelengkan kepala. "Tak, aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Aku rasa ada orang cuba perangkap aku" Kemudian pandangannya beralih pada Fatin Nabila. Pandangan curiga dilepaskan.
"Kenapa You pandang I macamtu? You fikir yang I yang rancang semua ni?" soal Fatin Nabila. Suaranya mula bergetar seperti ketakutan. Matanya juga turut berlinang dengan Air Mata.
Tengku Firdaus Amsyar merengus kasar. Buntu! Apa lagi cara untuk dia buktikan yang dia tak bersalah."I perlukan masa untuk fikirkan semua ni Bella. Tapi I yakin, I tak buat papepun pada You malam tadi" Liur yang ditelan terasa pahit. Sekarang ni dalam fikirannya ialah, Medina. Macam mana kalau Medina tahu tentang perkara ini?
Fatin Nabila pantas menarik lengan Tengku Firdaus Amsyar apabila lelaki itu muka membuka langkah. "You nak pergi mana? Takkan You nak tinggalkan terkapai kapai macam ni? You kena bertanggungjawab Daus! I sanggup kahwin dengan You" pujuk Fatin Nabila lagi dengan Air Mata yang membasahi pipi.
"Tolong jangan desak I Bella. Please.. Beri I masa untuk berfikir" ujar Tengku Firdaus Amsyar kemudian menarik kembali lengannya sebelum berlalu pergi.
Hakimie turut berlari mendapatkan sahabatnya itu.
Tengku Firdaus Amsyar dihantar dengan pandangan mata. Sebaik saja bayang itu hilang dibalik Lif, senyuman sinis mula terbit di bibir merah itu. "Fuh.." Fatin Nabila mengesat Air Mata palsu yang menitis di pipinya.
"Kau dah masuk dalam perangkap aku Daus" Fatin Nabila mula ketawa bagai dirasuk hantu. Rancangan untuk pisahkan Tengku Firdaus Amsyar dan Medina mula membuak buak.
BERSAMBUNG..
YOU ARE READING
Tak Tertahan Rindu Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Medina Izwany. Terbuntang matanya dengan permintaan Tengku Firdaus Amsyar yang mahukan dia untuk menjadi 'Girlfriend Olok Olok' lelaki itu. Ini semua gara gara Minah Kepoh tulah!. Tujuannya, nak cemburukan Minah Kepoh yang curang dengan...