HUJUNG Minggu Ini.. Medina, Farah, Puan Hartini dan Rayyan keluar pergi berjalan jalan. Katanya, jalan jalan sekadar nak cuci mata. Tapi melihat pada beg beg kertas yang berada dalam genggaman Farah dan Puan Hartini itu, ini bukan cuci mata namanya! Ini Cuci Poket!
Farah dan Puan Hartini melangkah masuk ke dalam Satu Butik yang terletak di Tingkat Bawah Pusat Membeli Belah itu. Medina pula menemani Rayyan duduk di kerusi yang disediakan di bahagian luar.
"Rayyan nak makan apa?" Tanya Medina kepada si Anak Kecil itu. Kasut sneakers si Anak Kecil yang tertanggal tadi dipasangnya semula.
Laju saja kepala itu menganggukkan kepalanya. "Emm.. Nak makan apa ye? KFC?" Rayyan menggeleng. Tak lama kemudian, mata bulat comel itu jatuh ke arah seorang kanak kanak kecil lingkungan sebayanya sedang menjilat Aiskrim di tangan. Tangan kecil itu mula naik dan ditujukan ke arah kanak kanak yang tidak jauh dari situ.
"Rayyan nak Aiskrim.." Pinta suara comel itu. Tangan Medina digoyang goyangnya dengan mata bulat memujuk.
"Tapi.. Rayyan kan baru baik demam.." Pujuk Medina pula. Pipi BamBam itu diusapnya.
Rayyan mula mencebik. Akhirnya Medina mengalah. Beg kertasnya dipegang semula dan sebelah lagi memegang tangan si Anak Kecil itu. Ara dan Puan Hartini yang masih sakan melihat baju baju dalam Butik itu didekatinya.
"Aunty, Medina bawak Rayyan pergi Baskin Robbins kejap ye. Apa apa, nanti Medina call Aunty.."
"Okay pergilah.." Puan Hartini menganggukkan kepalanya. Sempat lagi dicium pipi cucunya itu sebelum mereka keluar dari butik dan menghilang.
Medina mengatur langkah santai bersama si Anak Kecil. Sungguh dia sangat gembira melayan kerenah Rayyan yang riuh bertanya itu ini, ada saja yang hendak ditanyanya. Mungkin juga kerana dia sudah terbiasa melayan budak budak kecil, jadi takde masalah untuknya melayan kerenah Rayyan.
5 minit berjalan, akhirnya mereka masuk ke dalam Baskin Robbins yang terletak di aras yang sama. Dia membelikan Aiskrim perisa Chocolate Cip untuk Rayyan manakala untuknya, dia memilih Strawberry Ice Cream.
Dilabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang disediakan disitu. Sedang dia melayan celoteh Rayyan, hujung matanya jatuh pada ke arah pasangan Lelaki dan Wanita yang sedang rancak berbual hanya enam hingga tujuh meter saja dari tempat duduk mereka.
"Papa!" Tanpa sempat dihalang, Rayyan terlebih dahulu turun dari kerusi dan berlari mendapatkan Tengku Firdaus Amsyar.
Tengku Firdaus Amsyar yang sedang rancak berborak bersama Fatin Nabila serta merta terhenti perbualannya apabila terasa kakinya dipeluk oleh seseorang. Terkejut melihat Anak Kecilnya dengan Aiskrim di tangan kanannya memandangnya dengan Wajah Ceria. Terus didukung Anaknya itu.
"Heyy.. Rayyan buat apa dekat sini?" Soalnya dengan rasa terkejut yang masih bersisa. Hari ini, awal pagi lagi dia sudah keluar bersama Fatin Nabila atas urusan kerja. "Rayyan datang dengan siapa?"
"Dengan Mama" ujar Rayyan ceria. Tengku Firdaus Amsyar mengikut ke arah mana jari terlunjuk itu ditujukan.
Mata Bella sudah membulat. What? Mama?
Tengku Firdaus Amsyar menoleh ke depan dan saat itu kelihatan Medina berdiri tidak jauh dari situ. Kakinya mula mengatur langkah mendapatkan Wanita itu yang turut menuju ke arah Mereka. Fatin Nabila di belakang hanya mengekori.
Sebaik saja Medina tiba, tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Fatin Nabila bersama senyuman yang terukir di bibir.
"Hai.." Tegur Fatin Nabila ramah walau ada rasa cemburu yang membahang.
YOU ARE READING
Tak Tertahan Rindu Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Medina Izwany. Terbuntang matanya dengan permintaan Tengku Firdaus Amsyar yang mahukan dia untuk menjadi 'Girlfriend Olok Olok' lelaki itu. Ini semua gara gara Minah Kepoh tulah!. Tujuannya, nak cemburukan Minah Kepoh yang curang dengan...