BUNYI ketukan pada Pintu Bilik Medina kedengaran. Kelibat Puan Munirah muncul sebaik sahaja Pintu Bilik ditolak.
"Dah siap kemas baju dah?"
Medina mengangkat muka. Kemudian menggelengkan kepala. "Laaa.. Kenapa tak kemas baju lagi? Kan Flight esok pagi.."
Wajah Ummi dipandang dengan muka meminta simpati. "Tak pergi boleh ke Ummi?"
"Jangan nak mengada. Aunty Tini dah uruskan semuanya untuk Medina. Dari tiket flight, hotel.. Semua dah settle" luggage Anaknya ditepi Almari dibawa naik ke katil dan dibuka.
"Ummi dengan Abah tak risau ke Medina pergi sorang sorang je dengan Keluarga Aunty Tini?" soal Medina. Bunyinya seperti berat hati untuk meninggalkan Ummi dan Abahnya.
"Nak risau apa pulak? Kan kita kenal dengan Family diorang? Lainlah kalau Medina pergi dengan Keluarga perompak ke apa.. Memanglah Ummi akan risau.." balas Puan Munirah. Pintu Almari anaknya dibuka luas.
Medina mengeluh. Bukan itu maksud yang ingin disampaikan. Dia tahu Keluarga Puan Hartini terdiri dari orang yang baik baik. Tapi, yang menjadi masalah besarnya sekarang ini adalah Tengku Firdaus Amsyar! Macam mana dia nak berdepan dengan lelaki itu setelah pertengkaran mereka sewaktu di Majlis Tahlil Arwah?!
Sebab itulah dia beria-ia menolak ajakan mereka untuk pergi bercuti bersama. Tapi, Abah dan Ummi pula sudah menyokong dan memaksanya. Kata mereka, bila lagi nak pergi bercuti rehatkan minda, lupakan pasal kerja sekejap. Seharian dia dibebel gara gara tak mahu ikut ajakan Puan Hartini itu. Masalahnya sekarang, kalau tak difikir pasal kerja.. Otaknya akan berfikir tentang Lelaki itu! Serabut dibuatnya!
"Ummi ni.. Takkan tak risau?" soal Medina lagi kemudian turun dari katil. Dihentak hentak kakinya dengan kuat tanda protes kemudian menghala ke Almari yang sudah terbuka luas.
Puan Munirah yang melihat Wajah Gusar yang terlukis di Wajah Medina. Seakan akan dapat membaca apa yang diresahkan sangat oleh Anaknya itu. "Pasal Daus ke?"
Medina tergamam. Tepat apa yang diteka oleh Umminya itu. Melihat Anaknya yang terus terdiam, dia kembali duduk ke birai katil sebelum menyambung.
"Medina sendiri yang kata Medina dan Daus dah takde pape. Masing masing dah buat haluan sendiri. Jadi, kenapa Ummi dan Abah perlu risau? Lagipun bukannya Medina pergi ke Korea tu berdua je dengan Daus. Aunty Tini.. Uncle Aminuddin.. Farah.. Rayyan.. Semua ikut sekali. Apa yang Medina nak kalutkan?" Wajah si Anak diperhati dalam. Cuba membaca riak wajah itu."Ke.. Medina masih ada simpan perasaan pada Daus?"
Wajah Umminya dipandang. Kemudian menghala pula ke lantai. Kelu lidah rasanya hendak menjawab soalan Ummi itu.
Puan Munirah seakan faham jikalau Anaknya itu sudah diam, maknanya betul lah tu. "Habistu.. Macam mana dengan Kamal?"
Senyap lagi tiada respon. Puan Munirah tarik nafas dalam. Bahu si Anak dipeluk lembut. "Sebenarnya, Ummi tak kisah pon Medina nak kahwin dengan siapa. Yang penting, Medina bahagia dengan pilihan Medina. Memang betul, Ummi ada rasa terkilan lepas apa yang Daus buat kat Medina dulu. Tapi, sampai bila Medina nak berdendam dan benci dia? Ummi pon dah redha dengan takdir yang bahawa Daus tu bukan menantu Ummi.. " Puan Munirah beri penjelasan panjang. Lengan Anaknya diusap lembut.
Medina tersenyum nipis." Tapi, Ummi nasihatkan Medina.. Supaya buat keputusan secepat mungkin. Jangan biarkan soal perasaan ni tergantung tak bertali. Kesian pada yang dah lama berharap"
Ayat kiasan yang ditujukan oleh Ummi itu difahamkan. Dia pasti yang Umminya merujuk pada hubungannya dengan Kamal yang masih tergantung. Dahinya sedikit berkerut. Sebenarnya.. Ada sesuatu yang harus dia beritahu pada Umminya.
YOU ARE READING
Tak Tertahan Rindu Ini [✔️]
Romance[COMPLETED] Medina Izwany. Terbuntang matanya dengan permintaan Tengku Firdaus Amsyar yang mahukan dia untuk menjadi 'Girlfriend Olok Olok' lelaki itu. Ini semua gara gara Minah Kepoh tulah!. Tujuannya, nak cemburukan Minah Kepoh yang curang dengan...