SEAWAL jam sembilan pagi lagi Rumah Banglo milik Tengku Aminuddin dan Puan Hartini sudah dipenuhi dengan tetamu yang hadir. Semalam lagi saudara mara terdekat sudah tiba di Rumahnya. Keluarga Arwah Zandra juga hadir bagi membantu menyempurnakan Majlis Tahlil.
Ruang tamu dan kawasan menonton televisyen juga sudah dikosongkan, semua perabot sudah ditolak ke tepi untuk menampung jemaah Masjid yang dijemput.
"Sayang.." Tengku Firdaus Amsyar berpaling mencari arah suara itu. "Ya Ma"
"Tolong ambilkan bekas Air Besar dekat stor belakang rumah kejap, mama nak bancuh air" Pinta Puan Hartini. Tengku Firdaus Amsyar menganggukkan kepala.
Sedang sedang Tengku Firdaus Amsyar bergerak menuju ke arah Pintu Rumah, kelihatan Puan Munirah dan Abah Medina sedang berjalan ke arahnya. Sempat lagi dia memandang ke belakang mereka untuk mencari kelibat Medina. Melihat seraut wajah yang sedikit menunduk itu, hatinya berubah riang. Tetapi, muka itu nampak pucat. Sakit ke? Hatinya mula diburu rasa bimbang.
"Assalammualaikum, Uncle.. Aunty" sapa Tengku Firdaus Amsyar. Tangan Encik Farid disalam dengan penuh hormat.
"Waalaikummusalam. Sihat?" soalan Abah Medina itu dibalas dengan anggukan kepala.
"Alhamdulillah, sihat Uncle" sempat lagi hujung matanya mencuri pandang ke arah Wajah Medina yang manis mengenakan baju kurung moden itu. Namun, cepat cepat dimatikan pandangannya kerana takut Abah dan Ummi Medina perasan yang dia sedang mencuri pandang Medina.
"Nasib baik sihat. Jangan jadi macam Medina ni. Sakit sakit pon masih berdegil jugak!" Puan Munirah mula membebel.
Dahi Tengku Firdaus Amsyar berkerut. "Sakit? Sakit apa?"
"Gastrik semalam sampai menangis nangis tak boleh tidur"
Memerah muka Medina dibuatnya. Apa Ummi ni! Benda macamtu pon nak bagitau dekat orang luar! Buat malu jelah! Pantas tangannya mencuit pinggang Umminya. "Ummi!"
"Yelah yelah.. Ummi diam. Hah ni, Mama mana?"
"Ada dekat dalam. Masuk lah Uncle, Aunty. Papa pon ada dekat dalam" beritahu Tengku Firdaus Amsyar ramah. Langkahnya dihantar dengan pandangan mata dari belakang. Jelas terbentuk kerutan nipis di dahinya. Sedikit terasa hati kerana tiada langsung senyuman yang terlorek di bibir merah itu. Terseksa rasa jiwa lelakinya dengan pelbagai soalan yang menyesak Ruang Mindanya. Kenapa tiba tiba Medina berubah sikap dengannya? Dia ada buat salah ke?
Muka Puan Hartini tak lepas dari memerhati muka yang agak pucat dihadapannya itu. "Medina tak sihat ke?"
Lantas Medina mengangkat muka memandang ke depan. "Takdelah Aunty.. Sihat je. Busy sikit dekat Butik kot" jawabnya lembut. Dia menyambung memotong buah tembikai.
"Sihat apanya Tini. Kalau malam tadi menangis nangis tak boleh tidur sebah gastrik. Degil!" Puan Munirah yang turut memotong buah di tangan mencelah dengan nada suara yang agak tinggi.
"Ummi!" marah Medina. Mulutnya memuncung ke depan.
"Dah betulkan apa yang Ummi cakap? Awak menyeksa diri awak sayang. Orang lain pon business jugak. Tapi takdelah macam Medina. Sampai lupa nak makan. Tak jaga kesihatan diri" Ahh sudahh.. Umminya sudah mula membebel. Wajah Medina berubah muram
"Betul apa yang Ummi Medina cakap tu. Business.. Business jugak. Kesihatan jangan dilupakan" Medina mengangguk faham.
Tak lama kemudian, kepala Puan Hartini diteleng ke arah kiri dan kanan. "Haii.. Yang anak lelaki sorang ni pergi mana pulak tak muncul muncul lagi. Suruh pergi ambik bekas air je pun. Pergi ambik bekas air ke buat bekas air?!" Puan Hartini sudah bercekak pinggang. Tangan Medina disentuh lembut. "Tolong Medina, panggilkan Daus dekat stor belakang tu. Entah buat bekas air ke ambik bekas air entah. Sekali tolong ambikkan kuali besar dekat sana. Nak goreng karipap"
YOU ARE READING
Tak Tertahan Rindu Ini [✔️]
Roman d'amour[COMPLETED] Medina Izwany. Terbuntang matanya dengan permintaan Tengku Firdaus Amsyar yang mahukan dia untuk menjadi 'Girlfriend Olok Olok' lelaki itu. Ini semua gara gara Minah Kepoh tulah!. Tujuannya, nak cemburukan Minah Kepoh yang curang dengan...