Bab 19: Zandra?

9.8K 253 3
                                    

HARI Sabtu, Medina dan Tengku Firdaus Amsyar pergi ke Suria KLCC untuk mencari beberapa barang hantaran. Akhirnya lelaki itu sudah mendapat 'greenlight' daripada keluargaku untuk mempercepatkan Majlis Perkahwinan kami berdua.

Itupun sudah puas memujuk dan menyakinkan kedua orang tua Medina tentang kesungguhan dan keikhlasannya untuk memperisterikan Medina Izwany.

Pada Mulanya Medina sangat terkejut dengan cadangan Tengku Firdaus Amsyar yang mahukan Majlis Perkahwinan mereka berdua dipercepatkan, tetapi lelaki itu tidak mengalah. Lelaki itu sangat pandai 'mengayat' kedua ibubapanya. Tambah lagi apabila Ummi dan Abah menyokong kuat di belakang lelaki itu. Maklumlah, Ibu mana sahaja yang tak suka apabila Anaknya hendak berkahwin. Mengalah sahaja lah yang wanita itu mampu.

Tidak lekang senyuman di wajah Tengku Firdaus Amsyar. Akhirnya kali ini, saat ini.. Dia dapat juga keluar berdua dengan Medina. Kalau selama ini, Medina selalu ditemani oleh Melina.



~❤️~



MEREKA masuk kedalam Kedai Barang Kemas yang terletak di tingkat bawah Pusat Beli Belah terkenal itu untuk memilih cincin.

"Daus.." Panggil Medina Izwany yang menarik perhatian Lelaki itu yang sedang ralit melihat cincin yang dipamer.

Tengku Firdaus Amsyar mengangkat kening tanda "ha?"

"Awak tak rasa ke yang seminggu tu cepat sangat?" Soal Medina Izwany pelik. Seakan akan mahu menolak cadangan Tengku Firdaus Amsyar yang mahukan Majlis Perkahwinan mereka berdua dipercepatkan. Bukan dia nak menolak. Tapi seminggu? Tak ke terburu buru? Dia pon belum bersedia lagi nak jadi 'Isteri Orang'. Masak pon belum pandai lagi.

Seperti biasa, apabila Tengku Firdaus Amsyar merenungnya.. Cepat cepat kepala wanita itu menoleh. Sungguh dia tidak boleh tahan dengan renungan itu.

"Seminggu tu I dah rasa lama sangat. Kalau boleh, harini jugak I nak kahwin dengan you"

"Mengarut lah!"

"Tak percaya? Jom. Jom kita pergi Pejabat Agama sekarang" Usik Tengku Firdaus Amsyar.

"Eh taknak lah!"

"Tau takut. I bukan apa. I nak kahwin cepat cepat dengan you ni sebab I tak suka lah dengan si Kamal tu! Dah tahu tak jadi kahwin dengan you, masih lagi mengaku yang you isteri dia" Tengku Firdaus Amsyar cemburu. Cukup dia pantang dengan lelaki itu. Bukankah Kamal sudah ada Zandra?

Dahi Medina berkerut. "Ohoo mulut! Jaga sikit ek! Saya cakap dengan Kamal pon benda benda penting je okey!"

"Betul ni?"

"Hurm.."

Mereka berdua terdiam seketika dan kemudiannya tersenyum. Setelah memilih cincin, mereka keluar dari Kedai Barang Kemas tersebut.



~❤️~



"I Nak pergi toilet kejap. You tunggu sini okey?"

Medina menganggukkan kepala. Dia terus melangkah ke Butik Baju yang tidak jauh dari situ. Sedang sedang dia melihat baju yang memukau yang tergantung pada Rak Baju itu.. Bahunya ditepuk dengan kuat dari belakang. Dia menolehkan kepala kearah seseorang.

"Medina, right?"

Dia cuba mengingati semula wanita ini. Lambat lambat dia baru dapat tangkap. "Zandra?"

Wanita itu menganggukkan kepala. Medina sudah pelik. Minah Kepoh ni buat apa pulak dekat sini. Tapi yang peliknya, Wanita ini sudah mengubah penampilannya. Wanita itu sudah bertudung. Patutlah cakap pun lembut. Kalau tidak, selama ni bukan main gedik lagi!

Tak Tertahan Rindu Ini [✔️]Where stories live. Discover now