Qisya menghela nafas penat menunggu janji . Janji bukan sebarang janji. Ini janji melayu level tinggi. Al kisahnya , kata si dewi insyirah tak berapa nak macam dewi itu akan sampai jam 2 petang. Okay tak apa mungkin jalan sesak kan? Husnuzon. Tetapi waktu terus berjalan , detik waktu terus berdetak, eh tiba tiba dah 2.50 petang. Sudahlah dari tadi dia cuba menelefon nombor housemate yang sangat lah baik tu tetapi hanya suara wanita lain pula yang jawab."Harap maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi sekarang ini, mungkin dia benci anda. Tak apa lepas ni cuba lagi. Hidup ni tak boleh senang berputus asa. Nanti merana jiwa ..."
Tet!!
Geram qisya menyentuh end call. Eish semak betul lah. Aku nak dewi yang jawab bukannya minah yang tak habis habis membebel ni. Membebel pun buat sakit hati aku je. Eh si operator ni ada yang kena belasa kejap lagi.
"Ish manalah dewi anak perempuan bahar ni? Kata nak datang pukul 2 beli barang dapur sama sama tapi lesap tanpa khabar pulak! Orang call , off telefon pulak! Ha baik buang jela telefon tu dekat sungai! Aku kalau bagi sebijik penumbuk pun best ni." Jaranglah qisya tak membebel sendirian dengan muka geram. Eish sudahlah barang dapur dalam peti ais sudah habis. Keropok kesayangan miliknya semuanya sudah habis. Jadi macam mana ni? Kau nak aku mati kelaparan baru puas hati ke macam mana?
Ting ting ting
Siapa call ni? Aku tengah panas ni. Heiyai. Matanya terus melihat nama yang tertulis.
Dewi a/p bahar is calling...
Qisya mendengus. Terus dia menekan punat menjawab panggilan.
"Ohoiiii! Hidup lagi rupanya. Ingatkan dah pupus ditelan bumi .""Uhuk uhuk uhuk!" Kedengaran dewi seperti terbatuk kecil. Minah ni hek kalau nak cover salah dia , mesti start dah batuk batuk dia tu.
"Hehehe qisya my fren ! Emm soryy weh aku tak sempat nak angkat call kau. Uncle aku tiba tiba sakitlah weh . Aku dekat hospital ni. And sorry jugak, maknanya aku tak boleh amik kaulah harini sorry wey. Tapi malam ni insha-Allah aku balik . Sorry qisya." Berusaha dewi membuat nada serba salah supaya dapat memujuk hati rakannya yang menunggu masa nak jadi kl gangster.Qisya menghela nafas redho. Redho dengan takdir bahawa dia sendiri yang harus membeli barang dapur. Tapi tak apalah. Dewi bukannya sengaja . Kan? Ha yela kot. Kalau manusia yang patut disalahkan sekarang mestilah uncle dewi. Siapa suruh sakit sekarang. Eh astagfirullah gurau gurau manja je.
"Takpelah. Aku boleh naik grab . Kau jangan risau. Aku tak marahlah . Kau balik je bila kau rasa perlukan aku di sisi. " beria acah acah jauh pula kedudukan mereka."Ayat mengalahkan orang broken kau ni. Okay aku kene cepat ni. Sorry sangat tau. Seriously sorry. Bye muah! I love you, you love me, we are ----"
Tett panggilan dimatikan sebelum dewi sempat habiskan ayat yang gerenti semua manusia tahu. Kucing jalanan pun tahu ayat tu.
Qisya menggeleng kepala memandang langit. Ish ish ish. Haih grab lagi. Grab lagi bermaknanya melayang duit lagi dan dan lagi. Aih ini aku malas nak guna grab ni. Heh kedekut betul perempuan ni padahal tak sampai rm5 tau masalahnya.
Tapi dia ada pilihan lain ke? Tak ada! Ngak ada ! Makanya, pokoknya, haruslah dia mendownload apps grab semula hm.
Qisya dengan wajah redho terus mula berjalan kaki ke santai ke perhentian bas yang berdekatan taman perumahannya. Dia akan booking grab di sini. Senang sikit pemandu grab nak amik. Bagus qisya. Jarang tak mudahkan orang. Eh eh terpuji diri pulak.
Dia melabuhkan punggung duduk di kerusi yang kosong di sana. Qisya menutup mulut menahan sedih . Argh tak sanggup tengok! Tak sanggup! Tak sanggup nak buka aplikasi grab dan membuang duit . Pergh minah ni punya kedekut another level.
YOU ARE READING
DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSION
Romance(1st book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I am an iceberg. But don't you realise that I can be like a melting ice when I'm with you, sweetheart?" CEO OF AIS BATU CAMPUR *masih dalam proses untuk mengedit segala penulisan noob UWU. TENGKU ZINNIRAH QI...