"Wah lawanya dewi!! Pandai nya kau pilih! Selepas bertahun mengenali kau sekarang baru nampak pandai sikit!" Kata Qisya sambil matanya sibuk menilik setiap pelosok rumah sewa mereka.Dewi memuncungkan mulut. "Eh wah pahit mulut kau je kata macam tu. Ni pun nasib baik aku cepat cepat sewa tau sebab ramai nak rumah ni. Nasib baik tuan rumah kawan bapak aku tau!"
Qisya mengangguk. Layankan.
"Ooo alhamdulillah. Okay aku nak bilik depan ni tau kau bilik sebelah "pantas dia berlari hingga ke depan pintu bilik yang dipilihnya."Sukahati kau jekan tentukan haih nasib sayang." Dewi menggeleng kepala. Sudah masak dengan perangai manja qisya. Anak tunggal la katakan.
Qisya tayang muka seposen.
"Eh wey tapi sebelah rumah kita ni tak nampak pun kereta. Tak bertuan ke?" Memang benar rumah sebelah kiri itu seperti tidak bertuan kerana tiada kereta. Kalau sebelah kanan ni ade kut sebab elok je baju tersidai kat ampaian.
"Entahla qisya biarla apa nk heran kan." Apahal qisya nak tau pasal jiran? Qisya ni kadang kadang mesra alam betullah. Susah betul nak kawal sifat mesra alam dia ni. Pernah qisya punya mesra alam sampai menegur ex.pengetua mereka semasa terserempak dengan lelaki tua tu di shopping. Haih buat malu aja.
"Eh kau ni kita kene la ada semangat kejiranan sikit. Tak belajar nilai murni ke?"
Dewi malas melayan Qisya. Setakat nilai murni dari darjah satu aku belajar lah. dia pergi ke bilik untuk mengemas barangnya dari menghadap qisya.
Qisya pula fokusnya sudah terhala kepada sang tv. Bagusla rumah ni ade tv takdela aku bosan sangat Muahahha. Bil astro dewi bayar. Cun!
Qisya mula merasa perutnya bergoncang berjimba lagu dangsdut.
"Dewi lepasni jom beli barang dapur bosanla."" wah nak masak ka ?" Dewi yang baru sampai di ruang tamu memandang qisya pelik. Setahunya qisya mana reti masak! Selalunya kalau mereka tidur bersama hanya makanan Express food panda sahaja dipesan.
"Eh sapa kata aku..aku belikan untuk kau! Kau kan orang gaji rumah ni. "
Dewi yang dah biasa dibuli rilek sahaja. Dia tau rakannya bergurau. Jaranglah mulut qisya tak macam longkang.
"Apa kata masak sama sama sempena meraikan ?"
Qisya mula berfikir. Bagus juga. Dia pun teringin ingin belajar memasak. Entah kenapa diberi hidayah ingin memasak di sini.
"Bernas jugak idea kau ni dewi ha jumlaaaa !" Pantas dia melompat dari sofa dan berlari laju ke biliknya bagai naruto shipunden untuk menukar baju untuk memulakan misi membeli barang dapur.Teruja sungguh dua ekor budak ni.
.
.
.
*******************************
.
.
.
Selepas seminggu duduk di rumah itu..Qisya sudah mula menyesuaikan diri. Dia juga sudah berkenalan dengan jiran belah kananya iaitu makcik ila. Wanita itu baik orangnya dan kadang kala siap jemput qisya dan dewi makan di rumahnya. Tetapi qisya dan dewi kan student. Busy tahap dewa katanya!
Tetapi yg belah kiri pula tak nampak bayang. Seminggu aku duduk seminggu tak de kelibat! Hmm aku sure ade orang duduk tapi hm. Mengapa kami tidak pernah bersua? Adakah ini takdir?
Beria.
"Dewi dah seminggu kita duduk sini. Jiran kita tu takde jugak kan" luah Qisya sambil menyuap keropok ke mulut.
Dewi menggulingkan mata.
"Kau ni kejap kejap dengan misteri jiran kiri kau tu. Biarla wey. Dia ada ke tak ada ke apa yang memberi kesan kepada kehidupan kita? Beras kita tak kurang pun.""Firasat aku kuat menyatakan ade orang tau" ujar qisya sambil membuat muka yakin. Aku sure ade orang. Mode detektif on.
"Ala manala tau dia kerja pagi pagi sebelum kita keluar pergi U dan balik masa malam malam macam 2 pagi ke apa ke kan?"
Qisya menghuraikan ayat dewi di dalam.kepala sebelum mengangguk kecil.
"Ada bernas jugak kau ni.... selalunya otak selow. hm takpe malam ni aku tidor lambat! Aku nak sahkan ade ke tak jiran kita tu! Kau nk join?"Membesar mata dewi melihat begitu sekali usaha qisya. Sampai sanggup tak tidur! Sampai sanggup membiarkan mata menjadi seperti panda dek tidak cukup tidur demi si jiran.
" tak kuasa aku! Kau takde class boleh sembang kencangla! Aku 8 pagi dah kene pergi!"Qisya mencebik. Padan muka ada class. Bahagia aku.
"Taknak sudah uekk" dia menjelirkan lidah lalu menyuap 6 keping keropok kentang sekaligus ke dalam mulut. Bukan kaleng kaleng mulut qisya ni..
.
.
.
.
.
Hanyalah kisah hidup qisya si manusia terlebih beria.
YOU ARE READING
DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSION
عاطفية(1st book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I am an iceberg. But don't you realise that I can be like a melting ice when I'm with you, sweetheart?" CEO OF AIS BATU CAMPUR *masih dalam proses untuk mengedit segala penulisan noob UWU. TENGKU ZINNIRAH QI...