"Yeyyy dah sampai dah sampai." Teruja qisya sambil menepuk nepuk lengan athif. Athif hanya menggelengkan kepala melihat keletah qisya. Tadi dia yang beria taknak pergi luar negara la apala. Ha sekarang lihatlah duniaa siapa yang terlompat keriangan dari pada dalam kapal terbang hinggalah selamat menjejakkan kaki di bumi Thailand ini.
"Jom kita check in hotel dulu." Ajak athif sambil melihat fonnya untuk melihat maps.
"Lepastu jom kita jalan jalan tau. Tak sabar ni!." Mata qisya bertukar puppy eyes agar athif mengikutnya.
Athif tersenyum.
"Ye sayang lepas ini kita jalan jalan." Athif mengusap kepala qisya yang disaluti tudung.Qisya sedikit terkejut tetapi hatinya makin berbunga mendengar perkataan sayang dari mulut athif. Bahagianya dapat bercuti bersama insan tersayang.
***********************************
"Wahhh cantiknya view kat sini awak. Pandainya awak pilih hotel." Puji qisya ikhlas sambil berjalan ke balkoni untuk menikmati permandangan krabi dari atas yang sangat menakjubkan.Athif meletakkan bagasi mereka kemudian melangkah ke arah qisya.
Dia kemudian memeluk pinggang qisya dari belakang.
"Suka tak?"Qisya menganggukkan kepala laju.
"Suka sangat." Qisya tersenyum manis."Jomla kita rehat dulu. Pukul 8 malam kita pergi night market kat sini." Cadang athif.
Qisya mengangguk kecil tanda setuju. Dia membuka kerongsang nya untuk membuka tudungnya. Dia mengikat rambutnya bersanggul tinggi terselah leher jingjangnya. Athif merasakan setiap pelakuan qisya itu bagai memukaunya.
Qisya mengambil tuala untuk mandi tetapi terhenti tingkahnya apabila ada tangan menghentikan pelakuannya dengan memeluknya dari belakang. Terus dirasakan kucupan hangat di tengkuknya. Dia kemudia berasa geli terus dia tergelak.
"Awak kenapa athif?" Tanya qisya.
Terus athif tersedar dari igauan.
"Sorry qisya. Aku terikut perasaan aku tadi. Pergila mandi cepat ." Terus athif melepaskan qisya dan berpaling dari gadis itu. Dia menundukkan wajah . Apa kau buat tadi athif. Kau tak boleh paksa dia. Athif hanya berdiri di situ supaya perasaan bersalahnya hilang sambil menutup mata.Kemudian dia merasakan ada tubuh di hadapannya terus dia membuka mata.
Dia mengeluh.
"Marah jela aku qisya. Aku tau aku salah."Qisya terus mengangkat tangan. Athif yang kalut terus menutup mata takut ditampar.
Kemudian terasa pipinya diusap lembut. Terus dia membuka matanya. Wajah qisya yang tersenyum manis terhidang di hadapannya."Kenapa awak tutup mata ni athif. " qisya terus memeluk pinngang athif sambil tergelak kecil. Dia mengangkat wajah memandang athif yang sedang memandangnya bingung.
"Athif, saya bersedia untuk menjadi isteri awak yang sebenarnya. Saya juga harap awak akan jadi suami yang terbaik untuk saya." Kata qisya lembut separa malu.
Athif yang mendengar terus tersenyum manis.
"Aku janji aku akan jadi suami yang terbaik yang kau tak pernah bayangkan dan percayalah hanya kau di hati aku zinnirah qisya. I love you. aku sayang kau sangat, sayang." Ujar athif dengan nada romantik yang mampu mencairkan hati wanita lagi lagi qisya.Qisya tersenyum manis lalu terus mencium dahi athif kemudian kedua pipi, kedua mata athif dan akhirnya mengucup bibir athif sekilas. Athif bagai terpanar dengan semua tindakan qisya tetapi dia tersenyum manis dan membalas setiap kucupan qisya. Dan bermulala kehidupan mereka dalam erti kata lain sebagai suami isteri yang sebenar. Apa yang mereka tahu mereka bahagia.
***********************************
"Awak ni makanan halal la. Jom try." Kata qisya sambil menunjukkan bebola seperti takoyaki di kedai di hadapannya. Mereka sekarang berada di night market thailand yang terkenal. Setiap pelancong seharusnya harus pergi ke sini jikalau bercuti di thailand. Lokasi ini seperti tempat yang wajib dilawati pelancong. Must visit katanya."Sayang, kita dah makan banyak benda dari tadi. Tak kenyang lagi ke?" Pelik athif dibuatnya. Nak kata tak banyak mereka makan tadi rasanya banyak. Perut athif sudah seperti meletup. Mulanya mereka menikmati nasi mangga dan susu yang terkenal di thailand. Selepas itu qisya mengajaknya makan tomyamkung dan seafood di kedai muslim. Dan sekarang qisya nak makan lagi? Perut apa isteri aku ni? Nak kata gemuk, kurus je aku tengok.
"Ala awak. Satu je lagi please. Takoyaki tu nampak sedap sangat." Pujuk qisya sambil menari baju athif sedikit.
Athif memgeluh kecil. Takpela asalakan bini bahagia. Athif terus pergi ke kedai takoyaki itu.
"Squid takoyaki one please." Ujar athif kepada peniaga itu.Peniaga itu terus bertanya athif dalam bahasa thai. Athif sudah mengerutkan dahi. Apa muka aku macam thailand ke? Aku tak fahamla.
"Cakap apa? Tak fahamla." Ujar athif kepada peniaga itu. Saja dia berkata dalam bahasa melayu supaya peniaga itu konfius sepertinya. Padan muka!
Qisya menepuk lembut lengan athif.
"Apa awak ni. Dia mana faham. Sorry sir we're from malaysia. We can't understand you." Ujar qisya sambil tersenyum."Eleh dia cakap bahasa thai pada aku tadi macam aku faham. So dia yang salah." Kata athif perlahan kepada qisya. Taknak kalah! Qisya hanya menjeling athif. Dekat negara orang pun nak mengada.
"Sorry, sir.my friend can't speak English. By the way he said do you want to add cheese or not?" Tanya kawan kepada peniaga yang ssedang memasak tadi yang sedang membungkus makanan.
"Oh sure." Balas qisya.
"This is your squid takoyaki with cheese."
Hulur peniaga itu kepada qisya.
Qisya menyambutnya sambil mengucapkan terima kasih. Dia menghulurkan pula duit kepada peniaga itu"By the way just now my friend said that you're beautiful." Kata peniaga sambil menyambut duit yang diberi oleh qisya
Qisya tergelak kecil mendengarnya.
"Thanks." Alamak lawa sangat ke aku ni?
Dia mengerling athif di sebelah yang sudah membuat muka toya."Of course she's beautiful because she's my wife." Jelas athif dengan nada angkuh sambil menarik tangan qisya pergi dari situ.
Qisya mengerut dahi.
"Awak, tak baik tau layan orang macam tu." Dia bukanlah ingin memihak kepada peniaga tadi tetapi kelakuan athif tiada sedikit tidak beradab baginya.Athif berhenti mendengar nasihat percuma qisya.
"Habis tu dia baik sangatla kata bini orang cantik?" Dia memeluk tubuh sambil bibirnya dimuncungkan sedikit.Qisya senyum. Macam budak kecil! Dia sudah tahu tabiat athif ketika tidak berpuas hati dengan sesuatu. Pertama, athif akan memuncungkan bibir sedikit dan memeluk tubuhnya.
"Tapi kan dia tak tau saya isteri orang. "
Athif mendengus.
"Dah sah sah aku pegang tangan kau erat tadi . Ke nak aku cium kau kat situ?" Terus Athif mengenggam tangan qisya seperti berlakon semula kejadian tadi.Qisya terus gelak. Tak dapat ditahan.
"Awak, sebenarnya awak jealous kan?"Athif diam.
"Awak jeles kata jela jeles. Ni tak. Awak senyap tu betulla eh. Bak kata pepatah, kalau cemburu tandanya sayang." Provok qisya apabila melihat athif diam.
Athif yang mendengar kata kata qisya terus memegang pipi qisya lembut.
"Yes, aku jeles. And aku jeles sebab aku sayang kau sangat. Aku setuju dengan bebelan kau pasal manusia tadi tu tak bersalah. Aku faham. Aku akan try kawal perasaan geram aku lain kali,okay? So puas hati sekarang sayang?"Qisya terharu mendengar kata kata athif. Ternyata athif seorang suami yang bertolenrasi dan memahami. Makin bertambah sayangnya pada suami tercinta. Dia perasan athif sering memanggilnya sayang sekarang. Ketahuilah qisya sedaya upaya menahan diri dari pengsan. Dia tidak kisah athif masih ber'kau aku' dengannya kerana dia sudah terbiasa dengan sifat beku athif ini.
Qisya mencubit pipi athif sekilas.
"Puas sangat sayang. Dah jom balik mengah la jalan lama lama penat.""Jalan sikit mengah then kerjanya makan je mana tak gemuk." Giliran athif pula mengusik qisya.
Terus qisya menampar dada bidang athif. Gemuk gemuk jangan main eh! Athif tergelak bahagia dan melangkah sambil menggenngam erat tangan kecil isterinya.
Yes! Nah double chapter for you!Chapter ini full dengan athif qisya. Fans ethan nanti ya sabar! Hahahaha apa lagi tekanla bintang kecil tu. Tapi saya sedar diri citer saya tak best maka sukatila nak tekan ke tak sob sob. Ops sorry for typo. Muah!
YOU ARE READING
DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSION
Romance(1st book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I am an iceberg. But don't you realise that I can be like a melting ice when I'm with you, sweetheart?" CEO OF AIS BATU CAMPUR *masih dalam proses untuk mengedit segala penulisan noob UWU. TENGKU ZINNIRAH QI...