37

7K 432 11
                                    

What?!

Qisya tersentak. Dia melihat melissa yang tersenyum sumbing. Eh eh minah ni senyum2 pulak tak nampak asap dah keluar dari telinga aku?! Dia menarik nafas untuk mendapatkan oksigen dan menenangkan diri. Dia senyum kecil. Walau sebesar mana sakit hatinya dengan minah ni, tetapi dia tetap tetamu.

"Maaf cik. Walau cik rasuah saya apa pun Athif adalah harta dalam hidup saya. He's my happiness. Im sorry i cant." Balas qisya.

"Eh qisya dh buat air ke?" Tanya puan sri zaifa yang baru datang ke ruang tamu. Qisya senyum kpd bakal mentuanya.

"Dah ummi. Minumla ummi. Dah nak sejuk ni"  melissa menjeling kecil qisya.

Puan sri zaifa tergelak kecil. "Maafla buat susah je qisya. Eh melissa dah minum ke?"

Melissa senyum palsu. "Eh dah aunty. Aunty je ha tak minum. Rugi aunty. Air qisya buat ni sedap tau! Kan qisya" melissa senyum manis kepada qisya.

Qisya membalas senyuman melissa. Ni mesti tengah berlakon rapat dengan aku ni. Layankan jelah.

Puan sri zaifa memghirup air. "Ish sedapnya qisya. Mesti athif suka."
Tergelak qisya mendengar pujian puan sri zaifa.

Melissa turut gelak. Ya, buat buat gelak sebenarnya.

"Aunty, aunty kata kan aunty nak cepat. Macam dah lama kita kat sini" ujar melissa. Lama2 kat sini buat sakit hati je.

"Eh aahla. Qisya maaf ya. Ummi nak cepat sebenarnya. Nanti ummi datang lagi ya?"

"Baiklah ummi. Datang la bila2 masa. Qisya tak kesah" tapi tolong jangan bawak minah belakang aunty tu lagi. Kata2 yang mampu dipendam dalam hati.

Selepas menghantar pemergian puan sri zaifa dan melissa, qisya mengeluh.

"Haih ade jugak tak suka kehadiran aku. Perlu ke aku beritahu athif? No, this is too childish. You can handle this alone. Setakat melissa huh jentik je dah tersungkur."  Amboi berlagaknya qisya.

**********************************

"Abang makanan dah siap. Tapi kenapa athif tak datang lagi?" Sayu puan sri zaifa bertanya kepada suaminya.

Tan sri adli memandang puan sri zaifa kesian. "Sabar lah awak ni. Inshaallah athif akan datang. Tapi kalau tak anggap jela dia masih lagi sedang mencari ketenangan ya?" Pujuk tan sri adli. Puan sri zaifa tersenyum hambar.

"Assalammuaalaikum" tiba tiba ada suara di pintu. Dan puan sri zaifa sangat mengenali suara itu. Terus dia bangun dari kerusi di dapur lantas ke ruang tamu untuk menyambut anak yang ditatang bagai minyak yang penuh.

"Athif! Ummi rindu sangat athif. Alhamdulilah athif datang jugak ke sini." Puan sri zaifa terus menyentuh pipi athif. Rindunya sukar dibendung.

"Athif datang sebab nak tau kebenaran" kata athif senada. Dia bukan ingin berkurang ajar tetapi selagi dia tidak mengetahui kebenaran selagi itula dia rasa seperti tidak puas. Dan itulah tujuan utama dia datang ke rumahnya. Bohongla dia kata dia sudah tidak menyayangi ummi dan papanya.

Puan sri zaifa memganggukkan kepala. "Baiklah. Tapi mari kita makan dulu ya? Mesti athif lapar. Papa dah tunggu kat meja makan. Lapar sangat la tu" puan sri zaifa cuma bergurau dengan athif seperti biasa. Athif hanya menganggukkan kepala.

Sesi makan itu hanya senyap. Bunyi sudu dan pinggan saja kedengaran. Puan sri zaifa hanya menyimpan sedih di dalam hati kerana keluarga mereka tidak pernah sesenyap ini. Selalunya ada sahaja keletah athif ingin bergurau senda. Athif yang duduk berhadapan dengannya ini seperti lain. Wajahnya tiada riak mulut tiada sepatah kata hanya angguk dan geleng bila ditanya. Hati ibu mana tidak sedih melihat anaknya begini? Bagi tan sri adli pula biarlah anaknya begitu. Jika dia di tempat athif,pasti dia akan berbuat benda yang sama.

Tiba tiba athif bangkit dari kerusi sambil memegang pinggan.
"Athif dah habis makan. Athif tunggu di ruang tamu" dia tersenyum kelat dan melangkah ke dapur untuk mencuci pinggan. Memang dia diajar supaya selepas makan cuci pinggan sendiri. Apa guna tangan kalau tak guna. Selepas itu, dia dgn wajah kosong melangkah ke ruang tamu dan menunggu ibu bapanya habis menjamu selera. Dia meraup wajahnya. Ya,rasa berdosa tetapi hatinya masih terluka.

Puan sri zaifa memandang sayu athif. Rasa bersalah makin mencengkam dada. Tiba tiba dia dpt rasakan tangannya di usap. Dia menoleh memandang wajah tan sri adli yang tersenyum padanya dan memegang tangannya untuk memberikan semangat. Bersyukur dia kerana dikurniakan suami yang memahami.

Tan sri adli dan puan sri zaifa mengambil tempat di sofa berhadapan dengan sofa yang diduduki athif. Athif memandang wajah kedua ibu bapanya. Dia mengeluh.

"Athif nak pernjelasan dari mulut ummi dan papa sendiri. Athif nak tau dari A hingga Z "kata athif. Itula tujuannya datang ke sini. Untuk mengetahui kebenaran.

Puan sri zaifa memandang wajah tan sri adli dengan pandangan gugup. tan sri adli beriak tenang.

"Athif, mula2 sekali papa taknak athif terkejut dan mohon banyak bersabar dengan apa yang kami akan ceritakan. Dan kalau nak tanya apa2 papa harap lepas kami betul2 dah habis cerita. Takut menimbulkan salah faham."kata tan sri adli.

"Dont worry. Mentaliti and fizikal athif bersedia." Ujar athif sambil memandang tepat wajah ayahnya.

Tan sri adli menarik nafas supaya dapat bercerita dengan tenang.

"Ya,memang betul kami bukan ibu bapa kandung athif. Tetapi kami anggap athif bagai anak sendiri. Athif jangan salah faham. Athif bukan anak yang dibuang. Athif adalah anak yang tela dilindungi demi keselamatan athif. " tan sri adli memulakan bicaranya dengan kata2 positif supaya athif tidak terlalu emosional.

Athif rasa hatinya dicarik apabila mendengar 'bukan anak kandung'. Ingin sahaja ditanya apa kah salahnya sehingga di tinggalkan begitu sahaja?

"Ibu bapa sebenar athif sangat baik. Nama mereka ialah jessica wong atau nama islamnya linda bt abdullah. Itula mama athif. Dan bapa athif ialah Nick Sebastian. Atau nama islamnya, adam saifulllah " athif terkejut kerana kedua ibu bapanya adalah mualaf. Maka dia ni bukan orang melayu ke apa? Tidak sangka dia ni kacukan inggeris. Patutla wajah ala2 tom cruise gitu. Okay teruskan part sedih.

"Ummi dan linda adalah rakan baik dari sekolah menengah lagi. Alhamdulillah Linda telah meneluk agama islam semasa dia berusia 18 tahun. Kami tak sangka kami akan sama2 masuk universiti yang sama di amerika dahulu. Di sana dia berjumpa bapa athif dan siapa sangka adam telah jatuh cinta pandang pertama dengan linda. Mereka bercinta selama 2 tahun. Mereka bahagia sangat."  Puan sri zaifa menyeka air mata di tubir matanya. Betapa dia merindui seorang sahabat.

Athif diam. Tekun mendengar.

Puan sri zaifa menarik nafas lalu menyambung kisah itu.
"suatu hari,adam mengajak linda bertemu ayah adam. Ya atuk athif. Linda sungguh teruja masa dia ingin ke sana. Tetapi setibanya linda di rumah kami selepas bertemu keluarga adam,dia menangis. Dia menangis dan kerap kali berkata 'kenapa?'. Ummi sebagai sahabat berasa sangatla curious. Bila ummi tanya apa yang jadi? Dia ceritakan apa yang berlaku di rumah adam dan apa yang atuk athif katakan." Puan sri zaifa memejam mata.

"Linda kata ayah adam tidak membenarkan mereka berkahwin. Dan apa yang paling mengejutkan bila ummi dengar, keluarga adam mempunyai syarikat sendiri. Ya, syarikat itu sangat berjaya. Apa yang linda tau adam hanya menceritakan tentang syarikat yang berjaya dan salah satu syarikat hebat di amerika. Tetapi linda berkata apabila dia tiba di rumah adam, barula dia tahu syarikat kedua milik keluarga adam ialah....  kasino, club dan agensi penjualan dadah."

Athif tersentap.

SORRY LAMA X UPDATE EEE SERBA SALAH!harap korang setia dengan cerita ni and nak tau apa kisah selengkapnya?tunggula ye muah! Vote and comment tau! Sian athif kan?

DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSIONWhere stories live. Discover now