Eh eh eh nak tertutup.Pang!
Pipi ditampar .
Sekali lagi qisya membesarkan mata menahan mata daripada tertutup.
"Ahh tak boleh kene tahan!" Dia nekad. Qisya menampar pipinya. Dan menarik rambutnya supaya kekal tersedar. Kalau orang tengok mesti serupa orang gila dan mental. Apa kes main tampar diri sendiri. Kesah apa aku! Aku nak jugak tengok!
"Eh mana dia ni dah pukul 1.30 pagi siot! Apa punya manusia normal tak balik rumah sampai lewat pagi macam ni? Hem mungkin betul kata Dewi. Takde orang pun sebelah ni. Sokay. Tapi.... Kenapa aku kecewa? Do I have to?"
Dia pun tak tahu kenapa dia terasa nalurinya memaksanya untuk melihat jiran kirinya walhal dia tau tak penting pun sama ada ada jiran atau tak. Jiran tu ada ke takde ke sama je tak memberi efek pada rumah ni pun. Tapi entahlah.Gue pun ngak mengerti mengapa guwe beria bebenor nak melihat wajah si jiran.
Semasa Qisya seperti sudah give up dan sedar akan diri sendiri yang mengantuk tahap gaban, dia mula bangkit ingin masuk ke bilik .
Tiba tiba telinganya menangkap bunyi kereta di luar. Aikk macam datang dari rumah sebelah!
Kling! Bunyi pagar terbukak dari rumah jiran nya yang sebelah kiri itu amat membuat Qisya teruja! Qisya menutup mulut.
Wahhh aku dah kata dia wujud! Rupanua dia memang wujud. Ha dewi macam mana reaksi kau nanti. tak sia sia aku bersengkang mata harini . Tapi kan...berbaloi ke aku gadaikan masa tidur aku untuk benda ni? Ahh tak kisahla!Apa lagi?jomlah usha identiti jiran sebelah ni!
Qisya mula berlari ke luar rumah. Kepalanya menjenguk suasana rumah sebelah dari rumahnya tetapi dia hanya dapat melihat susuk tubuh jirannya yang samar samar. Mungkin kerana persekitaran yang gelap. Maka memang jangan haraplah nak nampak muka si jiran.
Mata qisya fokus sefokus yang mampu melihat bayangan hitam jirannya tetapi cepat sahaja pintu rumah itu ditutup menandakan si dia sudah selamat masuk ke dalam rumah.
Qisya mengeluh.
Asal cepat sangat dia masuk! Tak nampak ke aku tengah tunggu kepulangan dia? Aik penting ke bagi dia aku ni? Bayang pendek kau pun entah dia nampak ke tak. Perasan je kau qisya!Qisya masuk semula ke rumah. Kalau aku tau dia balik lewat macam ni, baik aku pasang khemah depan pagar. Camping biar boleh nampak muka misteri jiran itu.
Wow beria sungguh minah ni.
.
.
.
*******************************.
.
.
" wey aku dah kata dia wujud!" Sergah qisya di muka pintu bilik dewi kerana terlalu teruja. Dia punya excited terbangun dari tidur , mamai kejap, lepastu terus lompat katil berlari macam pelesit ke bilik dewi. Semata nak sampaikan maklumat yang penting bagi qisya tetapi agak tidak memberangsangkan bagi dewi insyirah.
Dewi yang baru ingin membuka telekung selepas solat terus meletakkan tangan ke dada. Dia mendecit. Eeeee budak ni! Apahal suka sangat terjah bilik orang? Buatnya tadi aku tengah buat gejala tak elok, habis jatuh imej baik aku pada readers tau! Uish macam cita cita nak jadi munafake je si dewi ni.
"Woi kau kenapa main sergah je hah? tak reti bagi salam ke? Sedarlah kau tu muslim. Buat cara muslim."Qisya tersengih penuh keinsafan. Tobat.
"Eheheh maaf aku terlalu teruja pula. assalammualaikum gadis manis bertelekung. Sejuk hati kaum adam jikalau memandangmu. Betapa tak layaknya dikau menjadi gadis single. Wahai dewi insyirah." Qisya mengerdipkan matanya.
YOU ARE READING
DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSION
Romantizm(1st book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I am an iceberg. But don't you realise that I can be like a melting ice when I'm with you, sweetheart?" CEO OF AIS BATU CAMPUR *masih dalam proses untuk mengedit segala penulisan noob UWU. TENGKU ZINNIRAH QI...