Bab 1

844 24 0
                                    


Tahun 2032 Di Sebuah Gua Hutan Belantara Myanmar.

Sesusuk tubuh setinggi 7 kaki membatu diam tidak terkutik di atas para batu berbentuk rata empat segi. Tubuh yang dibalut dengan kain hitam yang sudah lusuh seolah-olah sedang tidur dengan tenang. Matanya terpejam rapat. Tetapi sesekali nampak pergerakan anak mata di kulit kelopak matanya. Hanya degupan jantungnya yang perlahan dan dadanya berombak perlahan tanda dia masih lagi bernafas. Kulitnya keras dan berlapis-lapis seperti batu. Tubuhnya hitam tidak berdarah dan akibat sumpahan. Kuku hitam panjang seolah-olah lama tidak dikerat dan terus tumbuh. Walau nampak tidak bermaya tetapi sumpahan itu semakin hampir untuk dileraikan.

Jika terlerai... maka dia akan kembali untuk membalas dendam dan menguasai dunia!

Sementara itu di sebuah apartment mewah di Gombak

Haziq masih berdiri di jendela menenungkan nasibnya. Ayahnya baru sahaja meninggal dunia dan selamat dikebumikan selepas Zuhur tadi. Tidak ramai yang datang kerana selama ini hanya dia hidup berdua dengan ayahnya. Tidak ada saudara mara ayahnya mahupun arwah ibunya yang dia tahu wujud. Tidak ada adik beradik yang lain kerana dialah satu-satunya anak ayahnya. Dunianya hanya ada ayahnya sahaja. Ibunya sudah meninggalkannya semasa melahirkannya. Hanya gambar perkahwinan sahaja sebagai bukti yang kewujudan ibunya..

Pandangannya dilontar jauh ke arah bukit bukau dihadapannya. Bukannya menghijau kerana separuh daripada bukit tersebut telah ditarah untuk dibangunkan kondo mewah. Haziq mengeluh.

"Aku hanya tinggal seorang diri di dunia ini," gumamnya.

Dia memandang ke arah bingkai gambar ayah dan ibunya semasa mereka baru berkahwin. Ibunya Melor berpakainan srikandi Melayu. Begitu juga ayahnya yang lengkap memakai sepersalinan seperti pendekar. Dia melihat gambar dirinya bingkai bersebelahan yang juga lengkap memakai baju silat sempena kemenangannya sebagai juara dunia.

"Aku ikut ayah dan ibu aku sebagai pesilat. Aku berlatih bersungguh-sungguh sejak dari kecil lagi. Keduanya juara Asia. Akhirnya kedua-duanya pergi meninggalkan aku," katanya perlahan.

Kenangan bersama arwah ayahnya terngiang-ngiang di fikiran. Ayahnya yang memotivasikan dirinya untuk belajar silat sejak berumur 4 tahun. Dia sering dimomokkan dengan lagenda silat. Malah cerita-cerita takjub tentang kehebatan ilmu silat. Dia dimomokkan dengan kebolehan untuk terbang. Menjadi kebal dan api yang boleh keluar dari pedang. Ayahnya sering membuat demo menikam diri sendiri atau langkah silat yang menakjubkan seperti terbang ke langit.

Selaku kanak-kanak yang polos, tentulah dia tertarik dengan demo ayahnya. Dia bersetuju belajar silat. Tapi akhirnya dia tahu, ayahnya hanya menggunakan silat mata untuk menarik minatnya semata-mata mahu dia belajar silat. Sampai sekarang walaupun dia menjadi juara dunia, tidak ada benda mistik atau ilmu batin yang dia dapati. Dia tidak mampu terbang, tidak mampu menjadikan keris yang digunakan terbang melayang hatta menjadi kebal. Fonsel selnya berbunyi. Haziq berhenti mengelamun dan menyeluk poketnya. Satu nombor yang tidak dikenalinya tertera.

"Arghh! Tentu scammer. Takpun dari bank. Macam nombor pejabat," omel Haziq lalu menekan butang merah.

Haziq tidak mahu diganggu. Dia mahu bernostalgia. Mahu ingatkan kenang-kenangan bersama arwah ayahnya. Sungguh dia berasa sunyi setelah kehilangan ayahnya. Fon selnya berbunyi sekali lagi.

"Diorang ini selagi tak kena maki. Selagi itu mesti nak telefon!" marah Haziq yang terganggu ketika itu.

Dia menekan butang hijau.

"Saya tak minat insurans bank ini semua!" marah Haziq.

"Maafkan saya Tuan Haziq. Saya bukan orang bank," jawab pemanggil di sana.

Sang PurbaWhere stories live. Discover now