Bab 6

347 17 0
                                    

Selepas Isyak latihan silat mula diadakan. Haziq hanya berlatih di hadapan pondok. Hanya cahaya unggun menerangi tempat latihan. 2 unggun telah dibuat bagi menerangi kawasan sekitar. Haziq memulakan latihan dengan bermeditasi dahulu. Kemudian dia membuat senaman ringan diikuti senaman berat. Barulah dia membuka langkah bunga silat dahulu. Dato Saufie hanya memandang sahaja. Haziq membuat beberapa langkah silat yang jitu dan padu.

"Kamu masih tangkas Haziq," puji Dato Saufie.

"Hasil latihan sejak dari kecil."

"Sekarang mainlah dengan pedang kamu," arah Dato Saufie.

Haziq mengambil pedang yang terdapat di sisi Dato Saufie. Dikucupnya pedang tersebut sebelum mula berlatih gerak silat berpedang.

"Pak Engku. Macam manasaya nak keluarkan bola api dari pedang ni?" seloroh Haziq.

"Ha! Ha! Ha! Masanya belum tiba. Sekarang masanya kita ke Istana Perak. Ambil Keris Taming Sari."

Haziq tiba-tiba berhenti berlatih. Dia memandang serius ke arah Dato Saufie.

"Malam ini?" soal Haziq inginkan kepastian.

"Masanya hampir suntuk. Kamu kena berlatih dengan keris bersama pedang," jelas Dato Saufie.

"Pak Engku biar betul. Kawasan istana tentu dijaga oleh pengawal. Tentera. Takpun Polis Khas. Perlu ke saya menceroboh dan mencuri? Taming Sari pula tu. Kena ada rancangan yang betul-betul nak pecah masuk dan ambil keris tu.

Kalau kantoi malu saya nanti. Keluar tajuk utama Harian Metro Jaguh Silat Mencuri Taming Sari Untuk menjadi Kebal. Habis reputasi saya. Semua gelaran saya akan ditarik balik. "

"Kalau ada rancangan, pihak polis dah buat penyelidikan bagaimana pencuri nak curi keris itu. Mereka akan melindunginya semaksimum mungkin. Sebab itu kita serbu tanpa apa-apa rancangan," jelas Dato Saufie.

"Takkan takde cara lain. Minta elok-elok dengan Sultan Perak? Kata kita nak lawan musuh entah siapa-siapa. Pak engkupun tak cerita dengan saya lagi dengan siapa saya hendak berlawan. Hanya naga itu bukti yang saya nampak memang ada sesuatu yang saya akan lawan."

"Sang Purba."

"Sang Purba?"

"Itulah suruh baca Hikayat Merong Mahawangsa main-main. Lembab. Barulah kamu tahu siapa Sang Purba tu," sindir Dato Saufie.

"Saya bukan main-main atau lembab. Tapi tulisan jawi itu terlalu kuno. Bukan jawi pada zaman moden. Lagipun ada tulisan yang sudahpun kabur atau hilang. Buku lamakan," jelas Haziq mempertahankan dirinya.

"Secara ringkas kamu keturunan Laksamana Antah Berantah. Masa Merong Mahawangsa itu jadi sultan kat kedah tu penduduk di sana diganggu oleh Sang Purba dan haiwan tunggangannya geroda. Mereka membuat huru hara.

Merong mati kutu nak lawan Sang Purba yang banyak bunuh penduduk Tanah Melayu ketika itu. Seorang pendita beritahu Merong nak lawan Sang Purba dan gerodanya kena cari pedang dan naga. Juga seorang pahlawan di hujung benua Melayu namanya Antah Berantah. Pendek cerita Merong berjaya dapatkan termasuk mencari moyang kamu.

Maka berlakulah peperangan terakhir. Sang Purba tewas tapi tak mati. Dia hanya disimpan di dalam satu gua. Pada satu ketika dia akan hidup semula dang menghuru harakan dunia. Jadi kau keturunan dialah yang mampu untuk menentangnya," cerita Dato Saufie panjang lebar.

"Tapi kenapa sekarang? Kenapa tak bangkit dari dulu lagi?" soal Haziq masih tidak berpuas hati dengan penerangan Dato Saufie.

"Sang Purba akan bergabung dengan Sang Kelembai, Tar, Nyi Ratu Kidul dan pelbagai lagi untuk menghancurkan dunia. Itu janjinya sebelum disumpah dan ditidurkan," jelas Dato Saufie.

Sang PurbaWhere stories live. Discover now