Mereka berdua sampai di Sarawak dalam pukul 4.00 pagi dengan menunggang Sri Gumum. Sepanjang perjalanan Haziq hanya mendiamkan diri. Tangan kejap memegang kotak kaca yang mengandungi keris Taming Sari. Dia takut kotak keris terlepas ditiup angin Laut China Selatan yang agak kencang. Sri Gumum walaupun rasa dia terbang perlahan tetapi kelajuannya seperti pesawat. Cuma bezanya pesawat penumpang duduk di dalam kapal terbang. Dia hanya duduk di atas naga dan angin menderu datang dari hadapan menyapa tubuhnya. Hanya sesekali Dato Saufie bercerita. Sebaik sahaja Sri Gumum mendarat maka mereka berdua melompat turun ke tanah. Kotak kaca itu diletakkan di atas tanah.
"Sekarang arahkan naga kamu sembur kuasa dia ke arah kotak kaca ini," arah Dato Saufie.
"Nak pecahkan sekarang juga?"
"Yelah. Bila lagi."
"Kita kena beredar jauh sedikit. Nanti kalau kena hangus kita," Haziq memberikan cadangan.
"Apa bendalah kamu ni. Kau ingat naga Melayu ni ada kuasa api?"
"Habis. Naga saya ini ada kuasa apa?"
"Jom kita berlindung di balik pokok tersebut. Ingat... kamu nak suruh naga kamu pecahkan kotak kaca ini melalui kata hati."
Dato Saufie segera berlari dan berlindung di sebatang pokok yang agak besar. Haziq mengikutinya dari belakang. Kemudian dia menutup matanya.
"Sri Gumum... pecahkan kotak kaca itu!" arah Haziq di dalam hati.
Bagaikan mendengar suara Haziq... naga itu memandang kotak kaca.
"Hmmmmm," dengus naga tersebut.
Naga tersebut membuka mulutnya.
"Fuhhhh!"
Air ditembak Sri Gumum dari mulutnya. Apabila air tersebut mengenai kotak kaca ianya mengeras seperti ais.
"Lah... saya ingatkan api. Rupanya air sahaja. Tak pecahpun kotak tu Pak Engku?" kata Haziq yang sedikit kecewa.
"Kalau semuanya dari unsur api... apa jadi dengan unsur air, angin dan tanah?" soal Dato Saufie semula.
"krekkk!"
Bunyi sesuatu pecah kedengaran. Haziq memandang semula ke arah kota kaca. Kelihatan kaca sedang pecah beransur-ansur. Haziq mendapatkan kaca tersebut sambil diikuti oleh Dato Saufie. Dia memegang kaca permukaan kaca yang telah mula retak seribu.
"Ouch!"
Jerit Haziq sebelum segera mengangkat tangannya. Permukaan sangat sejuk dan terasa bisa di tangannya.
"Siapa suruh pegang?" marah Dato Saufie.
"Kenapa Pak Engku tak tegah saya."
"Saja nak tengok reaksi kamu. Bisa tak?"
"Terlalu sejuk dan berbisa!"
"Itulah senjata utama naga kamu ni. geroda senjatanya api... api lawannya apa? Tentulah air."
"Ooo."
"Krekk!"
Kaca telahpun lebur. Haziq membongkok dan menggengam hulu keris Taming Sari. Tangannya terketar-ketar. Tidak disangka senjata lagenda milik Laksamana Hang Tuah kini berada di tangannya. Dia mengucap keris tersebut.
Dia merasakan sesuatu. Batu permata hulu keris berkilau kilauan seolah-olah ada cahaya LED. Haziq dapat merasakan satu kuasa yang agak panas di tangannya. Dia segera mencampakkan keris itu.
"Oi. Kenapa kamu campak keris keramat tu?" marah Dato Saufie.
"Tiba-tiba hulu keris itu menjadi panas. Lepas itu macam ada kuasa mengalir dari hulu keris ke tangan saya. Panas," jawab Haziq.
"Panas macam air menggelegak ke?" soal Dato Saufie.
"Tak. Tapi terasalah panas tu."
"Kamu kena biasakan. Itu kuasa keris. Ambil balik keris tu. Lama-lama okey lah tu," arah Dato Saufie.
Haziq mengambil keris yang jatuh di tanah. Batu permata keris itu kembali bersinar. Dia mengucup keris tersebut. Kuasa panas hulu keris terasa meresap ke tangannya. Dia memejamkan matanya. Keadaan sekeliling sangat sunyi dan sepi. Malah bunyi unggaspun tidak kedengaran. Kuasa panas itu kini sampai di bahunya.
"Takkan Melayu hilang di dunia," kedengaran bisikan perlahan di telinganya.
Haziq serta merta membuka matanya. Tangannya menggeletar.
Dato Saufie tersenyum.
"Pak engku ke yang cakap tadi?" soal Haziq inginkan kepastian.
Dato Saufie hanya menggelengkan kepala. Dia hanya menepuk-nepuk bahu Haziq yang terpinga-pinga.
"Kini keris sudah berada di tangan kita. Kita kena cari sparring kamu pula. Baru siapa boleh latih kamu."
"Siapa Pak Engku?"
"Badang!"
"Fuyoo Badang! Mesti kuat tu! Bila nak cari?"
"Esok."
Haziq mengangguk. Lantas keris itu ditarik dari sarungnya. Ternyata mata keris tidak berkarat. Ada tulisan pelik di permukaan besi keris. Kemudian mereka berdua menuju ke pondok. Keduanya sudah letih. Sri Gumum pula terbang kembali ke sarangnya.
Luzi sedang leka menaip berita di laptopnya. Dia masih lagi belum tidur walaupun waktu menunjukkan pukul 2.00 pagi. Sebenarnya dia sedang menunggu emel kawannya Adha seorang pereka grafik forensik PDRM. Walaupun namanya Adha tetapi dia adalah seorang perempuan di mana mereka berkenalan sejak masuk UITM dalam bidang grafik. Adha rezekinya dalam bidang forensik PDRM kerana memang dia minat dengan polis manakala Luzi pula lari ke bidang kewartawanan.
Sedang dia sibuk menulis, tiba-tiba kotak mesej mesenggernya berbunyi bip tanda ada mesej masuk. Luzi segera beralih ke paparan facebook dan menekan butang mesej. Yes! Mesej dari Adha.
Aku dah buat seperti kau suruh. Hasilnya mengejutkan! - Adha.
Apa dia? - Luzi
Setelah aku terangkan imej naga tu memang ada imej sosok tubuh manusia! Tapi sayang mukanya tak nampak - Adha.
Cepatlah kasi aku lihat gambarnya - Luzi
Sebentar kemudian Adha menghantar gambar yang telah dijelaskan. Luzi segera memuat turun lalu melihat gambar. Memang jelas kelihatan 2 orang lelaki menunggang naga. Tapi sayangnya hanya pakaian mereka yang agak jelas. Seorang di hadapan hanya memakai seluar jeans dan baju lengan panjang merah. Seorang lagi memakai sepersalinan lengkap seperti seorang panglima.
Saya wajah keduanya tidak nampak. Tapi tahulah kini tekaannya benar. Ada manusia yang menunggang naga itu. Tapi apakah tujuannya?
Ha. Kau nampak tak? Sayang tak nampak wajahnya. Tapi mereka berdua siapa? - Adha.
Akupun tertanya-tanya apakah tujuannya. Siapa mereka berdua - Luzi.
Kau nak polis siasat? - Adha
Luzi terdiam seketika. Ini berita besar. Kalau nak libatkan polis dia kena buat laporan. Tapi dia hendak menyiasat dengan lebih mendalam lagi.
Kau diamkan hal ini Adha. Aku nak siasat sendiri - Luzi
Okey. Berita sensasi ini. Tapi apahal kalau ada maklumat salurkan kepada pihak polis Luzi - Adha.
Okey - Luzi
Perbualan chat ditamatkan. Luzi mengamati gambar itu semula.
Siapa kamu berdua? Kenapa bangkitkan naga tasik Chini? Soalnya sendiri.
YOU ARE READING
Sang Purba
FantasyMasanya sudah tiba! Kuasa hitam sudah bangkit! Kuasa yang akan memusnahkan dunia jika tidak dihalang! Dato Saufie segera mengumpulkan manusia yang telah ditakdirkan menentang Sang Purba yang dibantu oleh Tar dan Nyi Ratu Kidul. Pengembaraan mereka b...