Bab 3

437 21 1
                                    

Seperti biasa Haziq bangun lambat. Malam tadi dia sibuk melayari Facebook dan akaun sosial yang lain seperti Instagram dan Twitter. Akaun media sosialnya penuh dengan ucapan takziah. Dia membalas kesemua komen dan ucapan. Selepas mandi, dia mahu turun makan. Tidak ada makanan lagi di rumahnya. Malah dia masih malas memasak.

Dia segera menuju ke kereta BMW 8 series yang dibeli hasil wang kemenangan juara dunia yang lalu. Itulah kereta yang diidamkannya sejak dari dulu. Setelah pasti enjin keretanya panas, dia memandu keluar kereta dari parkir. Apabila melintasi pondok pengawal, pengawal warga Nepal memberikan tabik hormat. Pengawal tersebut memang mengenali Haziq sebagai ahli sukan yang terkenal. Bukan sahaja terkenal sebagai ahli sukan kerana pengawal di situ tahu Haziq pernah membelasah rakan mereka yang mabuk mengacau anak dara orang di kawasan kondo.

Apabila memasuki simpang Haziq perasaan ada satu kereta bercermin gelap diparkir di pinggir jalan. Apabila keluar simpang kereta itu segera mengekorinya. Sebagai ahli silat, Haziq telah diajar untuk sentiasa peka dan berwaspada. Pada mulanya Haziq tidak mengendahkannya tetapi dia berasa pelik kerana apabila masuk simpang ke restoran kegemarannya, kereta itu tetap mengikutinya.

"Jilake! Siapa pula yang ikut aku ni. Perompak ke?" marah Haziq.

Niat hendak makan dipadamkan sahaja. Dia ingin bermain-main dengan kereta yang mengekorinya. Haziq memandu keretanya masuk semula ke lebuhraya. Dia segera memecut kenderaannya. Haziq melihat cermin pandang belakang. Kereta itu terus memecut mengejarnya.

"Jilake! Siapa dorang ni! Aku dah tekan dekat 200 km sejam ni. Boleh pula kejar!" marah Haziq.

Dia teringatkan keris yang berada di dalam keretanya. Jika terpaksa dia akan menggunakannya. Dia juara dunia silat. Tapi dia takut orang mengejarnya ada pistol. Dia bukannya kebal. Lalu dia teringatkan lebih kurang 5 km ada balai polis. Dia menekan pedal minyak untuk meminta bantuan polis.

Sebaik sahaja sampai, Haziq segera masuk ke dalam kawasan balai polis. Dia melihat kereta itu tidak mengikuti dan hanya berlalu pergi. Haziq menarik nafas lega. Dia perlu membuat laporan segera. Dia diperhatikan dan terasa nyawanya terancam.

"Sekejap! Adakah orang tadi itu mengikut aku kerana Sang Purba?" gumamnya.

Diambilnya fonsel lalu dia menelefon Dato Saufie. Panggilannya segera dijawab.

"Kenapa kamu masuk ke balai polis? Kau nak buat aduan ke?" marah Dato Saufie.

"Jadi pak engku yang hantar orang mengekori saya?" soal Haziq semula.

"Bukan mengekori. Jaga keselamatan kamu!" jawab Dato Saufie.

Haziq mula bengang. Nak jaga keselamatan macam hendak merompak. Kenapa pula nak menjaga keselamatannya? Dia boleh menjaga dirinya sendiri. Dia bukan anak kecil! Marah Haziq di dalam hati.

"Kenapa? Saya boleh jaga diri saya sendiri. Tolong jangan ganggu privasi saya!" marah Haziq.

"Kamu sudah baca ke belum?" soal Dato Saufie.

"Baca apa?"

"Sah budak ni tak baca. Hikayat itulah!"

"Mengarut! Mana ada naga! Mana ada geroda! Itu semua mitos! Kalau ada tunjukkan kepada saya! Baru saya percaya!" cabar Haziq.

"Manusia. Selagi tak nampak depan mata. Selagi itu tak percaya. Saya dulu macam kamu sebelum ayah tunjukkan kepada aku."

"Tunjukkan apa?"

"Hujung minggu ini ikut saya ke Tasik Chini."

"Nak buat apa?" soal Haziq.

"Kau nak tengok naga tak?" balas Dato Saufie.

Sang PurbaWhere stories live. Discover now