Bab 4

404 19 0
                                    

Bab 4

Selepas Isyak mereka berangkat untuk ke kaki bukit. Mereka berdua telah makan ikan bakar yang berjaya ditangkap Dato Saufie. Terasa lazat pula ikan yang dibakar oleh Dato Saufie. Sungguh dia tidak pernah makan ikan yang dibakar begitu sahaja di atas unggun api. Pedang Sang Pencipta dibawanya sekali. Mereka hanya dibantu oleh lampu yang dipasang di kepala. Dato Saufie mengetuai perjalanan.

"Jauh lagi ke pak engku?" soal Haziq.

Dato Saufie terduduk di salah satu batu. Dia termengah. Peluh di dahi dilap. Nampak sangat dia sudah terlalu tua dan tidak cergas seperti dahulu. Dia mengambil bekas minuman dan meneguk air.

"Saya sudah tua. Entah larat ke tidak membantu kamu. Sepatutnya tugas ini awal-awal lagi arwah ayah kamu sudah bereskan. Tapi masih lagi nak berahsia. Saya sudah tidak seperti dulu. Terlalu sibuk dengan kes sampai tak sempat mengasah silat.

Sebab saya ingatkan dengan ada ayah kamu.. ayah kamu akan memberi semua ilmu. Tapi ayah kamu terlalu sayangkan kamu. Dia tidak mahu kamu diburu. Tapi akhirnya tanggungjawab itu diberikan kepada saya. Hmmmm," adu Dato Saufie.

Haziq hanya mendiamkan diri mendengar sahaja omelan Dato Saufie. Kalau dia tidak nampak naga seperti diperkatakan oleh Dato Saufie. Dia akan tinggalkan orang tua ini dan pergi bercuti ke hutan belantara Sweden. Dia terpengaruh dengan Youtuber Erik Norman yang terkenal melakukan aktiviti perkhemahan seorang diri dan merakamnya di pergunungan Scandivania seperti Denmark dan Sweden.

Pergunungan yang dilitupi sepenuhnya dengan ais kerana cuaca sejuk melampau hingga mencecah negatif darjah celcius. Buat unggun api dan memanggang ikan atau daging serta minum kopi dalam kedinginan Asyik!

Dato Saufie masih lagi membebel sambil berjalan mendaki. Haziq malas mendengarnya lalu mengambil fonselnya. Tidak ada liputan telekomunikasi. Haziq melepaskan keluh. Adui sepanjang perjalanan aku kena dengar leteran orang tua ni.

"Sudah. Kita kena daki sikit lagi. Kita akan sampai ke tempat itu," kata Dato Saufie sambil mendaki bukit.

Mereka berdua meneruskan pendakian. Sampai ke satu tempat yang agak pelik pada pandangan Haziq. Seperti taman. Pokoknya agak renek dan berbunga. Ada kolam kecil. Malah terang sedikit seperti keadaan senja. Berbanding di bawah agak gelap.

"Kita sudah masuk ke taman syurga dunia. Hanya orang tertentu sahaja boleh masuk. Taman ini terhijab," kata Dato Saufie tanpa diminta.

Haziq kagum dengan taman ini. Dia mengitari pemandangan sekeliling. Menyegarkan dan cantik. Seolah-olah ada yang menjaganya. Anehnya taman ini terletak di puncak bukit. Udaranya dingin seperti di Cameron Highland. Dia melihat fonselnya yang canggih bleh mengukur suhu. 18 darjah celcius tertera di aplikasi.

"Cantik," gumamnya perlahan.

Dato Haziq berlalu ke kolam. Haziq mengikutinya. Ikan terlihat berenang-renang di dalam kolam kerana airnya yang jernih. Pelbagai warna dan rupa. Haziq kagum melihat ikan kap jepun yang gemuk-gemuk berenang menghampiri tepian kolam.

"Ambil pedang itu," arah Dato Saufie.

Haziq mengangguk lalu dibukanya beg dan mengeluarkan pedang. Kilauan pedang sehingga membalikkan cahaya menyilaukan cahaya. Pedangnya terasa agak sedikit berat.

"Sekarang pergi ke tengah kolam. Ada batu. Cucukkan mata pedang ke dalam lubang di tengah batu. Sebelum itu... niatkan yang kamu hendak tengok apa yang kamu hendak lihat," arah Dato Saufie.

"Tak dalam ke Pak Engku?" soal Haziq.

"Kedalamannya hanya atas sedikit dari betis."

Haziq teragak-agak untuk turun ke dasar kolam.

Sang PurbaWhere stories live. Discover now