Bab 5

412 16 0
                                    

Kecoh di dada akhbar dan elektronik tentang kemunculan naga di Tasik Chini. Disebabkan zaman ini zaman viral, maka di internet tersebarnya gambar dan video tentang kemunculan naga. Ada beberapa pemancing sempat mengambil video naga yang terbang meluncur ke langit sebelum menghilang. Ada kaki pancing yang mendakwa melihat air berkocak atau bukit bergegar sebelum melihat naga tanpa sempat merakam gambar. Ada pula yang mendengar ngauman binatang pelik.

Malah video tentang kemunculan naga telah ditonton hampir 5 juta orang dalam masa 5 jam di laman You Tube! Pelbagai komen samada positif dan negatif dilemparkan oleh netizen. Tapi banyak yang negatif dan positif. Majoriti mengatakan naga tersebut adalah super impose atau trick video. Room chat menjadi hangat dengan perbincangan mengenai kemunculan naga.

Luzi wartawan Sinar Harian kini berada di kawasan pinggir jeti di mana satu khemah telah dikhaskan untuk wartawan. Kawasan tasik kini dipenuhi oleh bukan sahaja wartawan tetapi juga penduduk kampung yang berhampiran. Tasik telah ditutup sepenuhnya untuk apa-apa aktiviti. Malah kaki pancing atau pelancong telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan tasik.

Polis telah mengadakan unit khas untuk menyiasat dakwaan yang berlaku semalam. Bot polis dan bomba kelihatan berulang kali ke jeti utama. Luzi segera membuka laptopnya untuk membuat kajian sedikit sebelum sidang akhbar oleh ketua operasi.

"Apa kau rasa Luzi? Kau rasa memang ada naga ke dalam tasik ini?" tegur seseorang.

Luzi yang sedang asyik menatap skrin komputer memandang orang yang menegurnya. Luzi tersenyum kerana dia kenal siapa yang menegurnya.

"Marsha. Kaupun buat liputan di sini?" soalnya mesra.

Mereka bersalaman. Mereka bersahabat baik sejak menjadi wartawan. Walaupun Marsha wartawan akhbar laintetapi selalu juga bertemu jika ada tugasan yang kebetulan sama berada di lokasi liputan.

"A ah. Kebetulan aku ada kerja di Pahang ni. Bila berita ini panas... bos terus suruh aku cover cerita ini. Patutnya pagi ini aku dah balik ke Kuala Lumpur," jawab Marsha.

"Iya. Pasal soalan kau tadi tu... susah aku nak percaya. Sebab selama ini haiwan itu dikatakan mitos. Mana pernah muncul. Alih-alih semalam benda itu muncul. Zaman sekarang zaman teknologi. Buat pakai CGIpun boleh Marsha," Luzi memberikan pandangannya.

"Tapi kalau CGI takkanlah hampir semua pengunjung malah penduduk orang asli merasakan gegarannya? Mendengar bunyi yang pelik? Malah ramai pemancing melihatnya" soal Marsha kembali.

"Betul juga kata kau. Tadi aku ada temubual. Keterangan mereka semua sama macam kau sebutkan. Tapi kita kena tunggu apa kata polis."

"Betul juga kata kau. Kalau naga.. kenapa baru sekarang muncul?"

"Mungkin ada sesuatu yang membangkitkan ia."

"Kau tak balik Sarawak bergawai?"

"Balik. Minggu hadapan. Aku cuti seminggu."

Haziq bangun apabila terasa badannya digoyang oleh seseorang. Haziq membuka matanya. Dia melihat Dato Saufie yang membangunkannya.

"Sudah pukul berapa Pak Engku?" soal Haziq malas.

"Pukul 11.00 pagi."

Haziq bangun dan terus menguap. Dato saufie menggelengkan kepalanya.

"Tutup mulut. Kamu memang selalu bangun lewat ya?" soal Dato Saufie dengan nada sinis.

"Saya terlalu letih."

"Sudah. Pergi mandi. Kemudian makan. Kemudian baca hikayat."

"Naga saya mana?"

Sang PurbaWhere stories live. Discover now