Bab 8

497 16 4
                                    


Sekali lagi negara kecoh! Kali ini kecoh dengan kehilangan keris Taming Sari yang disimpan dengan pengawasan ketat di Istana Kuala Kangsar. Sudahlah kisah kemunculan naga Tasik Chini masih menjadi sensasi. Kehilangan keris Taming Sari pula yang tidak 24 jam menjadi tajuk utama akhbar dan bualan masyarakat di media sosial. Ramai netizen menganggap kehilangan keris ada kena mengena dengan kemunculan naga. Tetapi ramai netizen muda menyanggah pendapat itu dengan menyatakan kemunculan naga dan keris Taming Sari adalah karut semata-mata. Malah pendukung teori konspirasi menyatakan bahawa sebenarnya makhluk asing yang muncul di Tasik Chini dan kehilangan keris adalah tanda alien hendak berkuasa semula

Pendapat ini disanggah pula oleh pihak pro sejarawan amatur. Mereka menyatakan satu kuasa kuno akan bangkit semula. Ini telah dijelaskan dalam beberapa hikayat sejak Hikayat Merong Mahawangsa lagi. Tapi pandangan mereka dipandang sinis oleh pihak teori konspirasi menyatakan apa yang ditulis di dalam hikayat hanyalah mitos dan dongeng semata-mata sahaja. Kedua-dua pihak saling serang menyerang dan berlumba-lumba untuk menyatakan pendapat dan artikel di media sosial masing-masing. Malah pada satu tahap gelar mengelar di antara satu sama lain terjadi.

Pihak polis pula telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kedua-dua kejadian. Pasukan ini turut terdiri daripada jabatan hutan, jabatan warisan dan konservarsi serta pihak muzium negara. Tuanku Sultan bertitah pihak berkenaan segera menyiasat dan mendapatkan keris yang amat bermakna kepada kesultanan Perak.

Sementara itu di Hutan Tasik Chini Luzi yang masih membuat skop mengenai cerita kemunculan naga di Tasik Chini semakin ghairah sejak berita kehilangan Taming Sari. Dia ralat membuat kajian dan menelefon kawannya yang membuat skop mengenai kehilangan Taming Sari. Baginya kehilangan Taming Sari ada kaitannya dengan Naga Tasik Chini. Dia turut membaca artikel dan pendapat yang dimuat naik oleh pihak teori konspirasi dengan sejarah amatur. Entah kenapa dia tertarik dengan pendapat sejarah amatur yang terkenal di media sosial.

"Beberapa manuskrip Melayu telah secara terang atau berkias tentang kemunculan makhluk mitos apabila berada di akhir zaman. Ini kerana sumpahan beribu-ribu tahun lalu telahpun terlerai. Kebenaran akan melawan sang batil. Siapakah yang akan menang. Bacalah manuskrip lama Melayu seperti Hikayat Merong Mahawang, Hikayat Sang Kelembai, Hikayat Sang Purba, Hikayat Cheritera Dahulu Kala, Hikayat Tanah Jawi - Cik Kandi salah seorang pejuang sejarah Melayu amatur di medsos.

"Betul ke makhluk mitos kembali dibangkitkan?" gumam Luzi.

Haziq dan Dato Saufie kini berada di dalam perut pesawat untuk menuju ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur mereka akan mengambil pesawat menuju ke Langkawi Kedah. Mereka tidak menaiki naga seperti biasa kerana Dato Saufie menegahnya. Katanya kemunculan naga dan kehilangan keris tentu menyebabkan suasana telah kecoh di semenanjung.

Tentu pengawasan ruang udara telah dipertingkatkan. Maka lebih baik menggunakan kapal terbang bagi mengelakkan orang lain tahu kewujudan naga. Haziq sejak dari tadi leka membaca berita di mana sesawang di tab pesawat. Berita tentang kemunculan naga dan kehilangan keris Taming Sari menjadi berita utama di dada akhbar.

"Sudah kecoh Pak Engku pasal naga dan keris. Polispun sudah membuka kertas siasatan. Macama mana?" bisik Haziq.

Dia tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka walaupun mereka duduk bersebelahan di penerbangan kelas satu.

"Buat relaks. Polis takkan cari kita. Bukti takde," jawab Dato Saufie acuh tak acuh.

"Katakan polis temui bukti?"

"Orang saya akan bebaskan kamu."

Haziq terdiam. Pandangnya kini terarah di luar tingkap. Entah kenapalah aku percayakan dan ikut orang tua ini. Ini kes sudah menjadi kes besar polis. Kalau kena tangkap masak. Betul ke apa yang aku buat ini? Soalnya sendiri.

Sang PurbaWhere stories live. Discover now