- 1 -

5.2K 386 56
                                    

Darah yang berlumuran di tangan aku tidak diendahkan lagi. Biarkan saja darah itu mengering dengan sendirinya.

Mayat si mangsa yang sudah berkali kali aku tikam sehingga mati telah siap aku bungkus dan hanya tinggal untuk dicampakkan di Tasik Han.

Kerja aku sudah selesai. Bayaran penuh juga sudah aku dapatkan.

" Bagus kerja kau. Kemas. " puji orang yang mengupah aku.

Huluran bungkusan wang aku sambut, terus saja sampul itu aku buka untuk melihat jumlahnya.

Semuanya cukup. Aku tersenyum sinis melihat wanita separuh umur dihadapan aku ini.

" Kerja aku dah siap. Boleh aku balik sekarang? " soalku.

Wanita itu mengangguk dan aku pun mula mengorak langkah meninggalkannya terus menuju ke kereta milikku.

Segala jaket, topi, sarung tangan dan pisau yang boleh dijadikan bahan bukti telah aku buang sebelum mulanya aku memandu pulang ke rumah.

--

Setiap hari, inilah rutin harian aku. Pergi ke sekolah, melawat kubur appa dan eomma, pergi ke perpustakaan dan pulang ke rumah.

Aku tak suka pulang ke rumah.

Aku tinggal dengan makcik aku yang tersangatlah garang mengalahkan singa. Badan aku sudah cukup penuh dengan kesan lebam dan pukulan olehnya.

Dipaksa membuat kerja rumah, dipaksa makan sisa makanan yang sudah lama.

Tapi semua itu tidak menghalang aku untuk terus ke sekolah walaupun di sekolah kawan kawan aku sering bertanya soalan yang sama.

Aku cukup beruntung walaupun hidupku bukannya mewah dan sering didera kerana masih ada lagi orang yang kisah tentang aku.

" Seorin, dah lama kamu dekat sini? " soal makcik Yenan sehingga aku tertarik untuk melihatnya.

Aku memberikan senyuman manis seperti biasa .

" Eh, makcik Yenan. Hehe dah lama dah, dah nak balik ni. Kalau balik rumah lambat nanti makcik saya marah. " jawabku.

Makcik Yenan menghulurkan aku sebuah kotak.

" Ambillah. Makan ya. " kata Makcik Yenan.

Aku menyambut hulurannya. Kotak itu aku buka dan isinya membuatkan senyuman aku melebar.

Mochi. Makanan kegemaran aku.

" Terima kasih, Makcik Yenan. Seorin suka sangat. " balasku dengan riang membuatkan Makcik Yenan juga tersenyum melihat telatahku.

Jam di tangan aku lihat, sudah jam 4:30 petang. Aku perlu pulang ke rumah sekarang. Makcik akan pulang sebelum 9:00 malam.

" Makcik Yenan, Seorin balik dulu ya. " pamitku sebelum berdiri.

Makcik Yenan cuma mengangguk dan setelah itu aku memberi lambaian sebelum bergerak pulang.

Cuba bayangkan kalau aku balik lambat. Apa jadi?

Matilah aku kalau balik lambat. Mak cik aku bukan setakat garang macam singa, tapi sekejam firaun tau.

Aku terus berlari keluar dari tempat itu dengan agak kelam kabut. Takut balik lambat punya pasal.

Tiba-tiba..

--

tbc

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now