" Kita makan dekat sini ye sayang? " soalku kepada Seorin. Seorin tersenyum dan mengangguk.
Aku dan Seorin bergerak ke sebuah meja yang terletak di sudut restoran tersebut. Barulah sweet kononnya nak privacy.
Seorin ni bukan jenis perempuan yang selalu aku jumpa. Dia ternyata lebih baik daripada semua perempuan yang aku kenal sebelum ni.
Dia periang, ceria dan terlalu humble. Tapi sayang, hidupnya menderita.
Aku melihat wajah comel Seorin yang sedang tekun meneliti senarai menu makanan restoran tersebut.
" Awak nak makan apa? " soalku setelah melihat wajahnya tadi mula berkerut.
Seorin terus saja memandang aku dengan menunjukkan wajahnya sambil bibir kecil mencebik.
" Tak tahu nak makan apa. Semua sedap. " kata Seorin lembut.
Perempuan.
Aku tertawa kecil melihat gelagat gadis kesayangan dihadapan aku sambil menggelengkan kepala.
Seorin cuma tersenyum dan ketawa kecil dihadapan aku.
Tiba- tiba ketawanya berhenti dan wajahnya seperti menunjukkan yang dia terlalu terkejut.
"Sayang?" panggil aku sambil melambaikan tangan dihadapan wajahnya. Matanya masih setia tertumpu di suatu tempat.
Aku menoleh ke tempat yang ditumpukan oleh Seorin.
--
Aku terdiam.
Aku nampak.. makcik..
"Sayang?" panggil Taehyung sambil melambaikan tangannya dihadapan wajah aku. Aku tidak memberi sebarang respon bahkan teruskan saja memerhati makcik aku.
Taehyung menoleh ke arah yang aku perhatikan.
Dia kembali menoleh ke arah aku dan tersenyum. Tangan aku dipegang olehnya dan dia membawa aku keluar dari restoran itu tanpa berkata apa apa.
Aku apa lagi? Turutkan sajalah sebab dah takut nampak makcik aku.
--
" Sayang. Maaf. " ucapku setelah keluar dari restoran. Seorin terus saja memandang wajah aku dan tersenyum.
" Tak apa. Awak dah selamatkan saya. " katanya sambil tersenyum kecil.
Aku pula yang tersenyum apabila mendengar jawapannya. Kepala Seorin aku usap perlahan kemudian aku menarik tubuh kecilnya ke dalam dakapan aku.
" Saya akan cuba lindungi awak walau apa jua keadaan sekalipun. " kata aku . Pelukan dieratkan oleh Seorin sebelum dileraikan.
Seorin mengucup sekilas pipi aku, dan terus berjalan ke depan meninggalkan aku di belakang.
Pipi aku mula membahang, aku tak pernah kena cium dengan perempuan. Jantung aku berdetak agak laju dari kebiasaan. Sedar tak sedar, aku tersenyum sendirian sambil melihat Seorin dari jauh yang sedang sibuk memilih coklat di sebuah kedai kecil.
--
" Mana bedah ni? " aku menilik jam tangan aku, jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Dirinya masih tidak muncul.
Aku akhirnya mengambil keputusan untuk ke kedai coklat yang berhampiran dengan restoran ini. Ya, tadi sebelum masuk ke dalam restoran ini aku terjumpa satu kedai coklat.
Aku melangkah keluar dari restoran dan berjalan menuju ke kedai tersebut.
" Lapang kepala otak aku bila budak tu dah mati. " aku berbisik sendiri sambil tersenyum puas.
Aku melangkah masuk ke dalam kedai coklat tersebut. Aku mula memilih beberapa jenis coklat sehingga aku dilanggar tanpa sengaja oleh seseorang.
" Maaf, mak cik. Maaf !" katanya sambil menunduk dan mengutip coklat aku yang terjatuh tadi.
" Eh, tak apa dik. Tak apa. " kata aku sambil memaniskan muka.
" Nah, maaf ya mak cik. " katanya sambil menghulurkan coklat aku yang terjatuh tadi.
Mata kami bertentangan. Aku terdiam. Dia juga. Wajahnya terus berubah.
" Kau.. "
--
tbc
Akan tamat pada chapter 19 @ 20
YOU ARE READING
[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]
FanfictionDia menjadi seorang pembunuh hanya kerana sebuah dendam. Tetapi, sisi pembunuh itu hilang selepas jatuh cinta dengan seorang gadis kecil yang sepatutnya dibunuh olehnya. Dendam ? Dendam itu masih ada. Tetapi, adakah dendam itu akan terbalas? 🍀🍀🍀�...