• Final •

3K 265 30
                                    

" Terima kasih, Namjoon. Maaf sebab susahkan awak. " kata aku untuk memecahkan kesunyian di dalam kereta.

" Ala takpe, Namjoon okay je. Kan ? " balas seorang lelaki yang dikenali sebagai Hoseok.

Namjoon tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu.

" Haah, takpe. Taehyung tu dah macam adik kami. Takkan lah kami tak nak tolong bakal adik ipar ni ? " jawab Namjoon pula membuatkan Hoseok di sebelahnya tergelak.

Ceria sungguh mereka berdua ni.

Kereta Namjoon sudah memasuki simpang ke rumah mewah milik Taehyung.

" Cantiknya rumah Taehyung. Dia renovate  ke? " soal Hoseok yang kagum melihat kecantikan rumah Taehyung.

" Haah. " jawab aku sepatah. Aku masih kekok dengan mereka berdua ini.

Aku keluar dari kereta Namjoon, begitu juga dia dan Hoseok.

Beg baju yang aku pegang diambil oleh Hoseok. Dia tersenyum memandang aku.

" Tak apa, biar saya bawakan beg. " kata Hoseok. Aku hanya mengangguk saja tanda akur dengan arahannya.

" Jom masuk jumpa Taehyung. " ajak aku kepada mereka berdua. Aku mula melangkah perlahan ke arah pintu utama diikuti oleh Hoseok kemudian Namjoon.

Aku membuka pintu utama rumah.

" Taehyung, saya dah ba-- " kata kata aku terhenti disitu apabila melihat keadaan rumah yang berselerak. Ada kawasan tertentu yang berdarah.

Apa yang dah jadi? Mana Taehyung?

Hoseok dan Namjoon juga turut terkejut.

" Taehyu-- " aku tidak sempat menghabiskan namanya apabila aku terlihat tubuh lemah Taehyung tersandar di dinding dan dirinya dipenuhi darah.

" Taehyung ! " aku menjerit namanya, langkah aku pantas ke arahnya. Wajahnya sungguh pucat. Dia semakin lemah. Tangannya setia menekan kesan luka pada bahagian perut.

" Taehyung, apa jadi ni ? Hoseok, telefon ambulan! " Namjoon juga turut risau, Hoseok juga menjadi gelabah. Terus dia menelefon ambulan.

Mata Taehyung terbuka secara perlahan.

" Awak? " panggil aku.

Sahutan aku dibalas dengan senyuman nipisnya. Mukanya menyeringai kesakitan. Dia cuba untuk bergerak tetapi luka pada bahagian perutnya telah membatasi pergerakannya.

Aku melihat sekeliling rumah untuk mencari punca atau pun bukti kenapa semuanya jadi macam ni.

Sekujur tubuh menangkap perhatian aku. Dia juga sudah terkulai lemah di sisi sofa.

" Lucas ? " soal aku kepada Taehyung. Taehyung mengangguk. Keluhan berat aku lepaskan.

" Saya dah agak ! Awak mesti akan lawan dia. " aku memarahi Taehyung sambil menangis. Tangan Taehyung hingga pada wajah aku untuk menghapuskan air mata.

" Saya okay. Jangan risau. " jawabnya perlahan sebelum menutup matanya kembali.

" Taehyung ? " Namjoon memanggil namanya tetapi tiada sahutan. Hoseok juga sudah semakin risau, apatah lagi aku.

" Mana ambulan ?! " jerit Namjoon. Hoseok kembali melihat telefonnya.

" Dah nak sampai. " balasnya.

Oh tuhan, selamatkan Kim Taehyung dari segalanya.

--

4 hari kemudian

Wajah Taehyung yang berhiaskan plaster aku lihat. Pipinya aku usap perlahan. Rambutnya aku kemaskan.

Sudah 4 hari Taehyung koma. Mungkin beginilah Taehyung sewaktu menjaga aku yang dalam keadaan koma tempoh hari.

Tangannya aku genggam kemas. Hangat sungguh badannya.

Pipi Taehyung menjadi mangsa ciuman aku.

Aku, rindu.

" Saya balik dulu . " kata aku sebelum melepaskan tangannya.

Tangan aku digenggam erat, seperti tidak mahu dilepaskan.

" Jangan pergi. " suara Taehyung perlahan berkata.

" Awak dah sedar. Baguslah. Saya panggil doktor awak sekejap. " kata aku. Taehyung masih lagi tidak melepaskan tangan aku.

" Saya dah sedar lebih awal, cuma saya bagitahu doktor supaya jangan bagitahu awak. Hehe. " jelasnya.

" Ey, dah sakit pun nak menggatal lagi. Saya risau tahu tak ? " kata aku .

Taehyung duduk di atas katilnya. Aku yang berdiri di sebelah sambil memeluk tubuh dipandangnya.

" Sini, sayang. " panggilnya. Dia menepuk ruang kosong di atas katilnya. Aku terus saja bergerak ke arah yang ditunjuk.

Taehyung memegang kepala aku dan dia menarik aku .

Bibir aku dan bibirnya bercantum.

Agak lama.

" Saya sayang awak. Sampai bila - bila. " ucapnya selepas ciuman.

Tidak memberi aku ruang untuk membalas, sekali lagi dia memberikan aku ciuman di bibirku.

Kim Taehyung, awak buat buat semakin sayang dan jatuh cinta.

--

The End

Ending sendu huhu. Thank you for supporting🌸

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now