- 16 -

2.2K 277 17
                                    

Settle ?

" Settle boss. "

Bagus, macam ni yang aku nak.

" Well. Ini Lucas lah. "

Nanti payment kau aku bank in.

" Boek boss. Cantek. "

Gerak dulu.

[ panggilan diputuskan ]

" Puas hati aku. Mati pun kau. " ujar aku sambil tersenyum puas.

Huh, ada hati pulak nak hidup. Boleh pulak tu terjumpa. Ha, lelaki tadi tu? Siapa? Siap bisik dekat aku cakap Seorin tu takkan mati.

Mata aku membulat apabila tersedar sesuatu. Senyuman aku tadi terus hilang entah kemana.

" D-dia ke Kim T-taehyung? " kata aku sendiri.

Aku menggelengkan kepala aku ke kiri dan ke kanan dengan laju. Lantak lah dia. Yang penting Seorin tu dah mati.

--

Sudah 3 hari dan Seorin masih lagi tidak sedarkan diri. Wajah pucat Seorin aku renung.

" Maafkan saya, sayang. " ucapku perlahan. Pipi gebunya aku usap . Air mata aku mengalir secara tiba - tiba .

Aku duduk di sebelah katil Seorin menggenggam erat tangannya. Aku biarkan saja air mata aku yang bersisa itu mengalir. Wajah Seorin aku renung lagi sekali. Aku berasa serba salah kerana dia terlibat dalam hal ini.

Mungkin, Lucas diupah oleh mak ciknya untuk membunuh dia. Tapi, Lucas juga ada kena mengena dengan kisah hidup aku.

Ya, Lucas adalah anak kepada pembunuh eomma dan appa aku. Aku sudah tahu perkara ini lama, saja aku diamkan. Lagipun, memang tiada tanda tanda yang Lucas wujud di bumi Korea sehinggalah ketika kejadian hari itu.

" Aku tahu kau akan datang cari aku lagi. " kata aku perlahan.

Tiba - tiba tangan Seorin aku rasakan seakan ia bergerak. Lantas saja aku bangun dari kerusi dan melihat wajahnya.

Seorin perlahan - lahan membuka mata.

" Sayang, awak dah sedar. Baguslah. Sekejap, saya panggilkan doktor. " ucap aku bersama senyuman sebelum keluar dari biliknya.

--

" Sekejap, saya panggilkan doktor. " kata Taehyung sebelum pergi. Senyuman Taehyung adalah perkara pertama yang aku lihat apabila sedar. Indahnya.

Aku melihat sekeliling . Semuanya pudar, tahulah aku yang aku berada di hospital.

Pintu bilik aku dibuka dan kelihatan Taehyung bersama seorang doktor dan jururawat.

" Cik Seorin dah sedar ya? " soal si doktor membuatkan aku tersenyum nipis. Mata aku disuluhkan lampu kecil . Ala ala drama gittuw. Biasalah, ini kali pertama aku koma apabila masuk ke hospital.

" Semuanya baik. Awak boleh bawa balik isteri awak dalam dua hari lagi. " ujar doktor kepada Taehyung.

Isteri? Aku agak terkejut mendengar perkataan itu. Riak wajah Taehyung juga berubah apabila doktor menggunakan perkataan isteri yang dirujukkan kepada aku.

Aku cuma mampu tersenyum melihat riak Taehyung. Wajahnya merona merah, seperti menahan malu.

" Terima kasih, doktor. " ujar Taehyung sambil menunduk kepada doktor sebelum doktor itu beredar.

Aku cuba untuk bangun perlahan - lahan. Luka kesan tikaman aku masih lagi terasa pedih.

" Auu.. " desah aku ketika cuba untuk duduk sebelum Taehyung datang untuk membantu.

" Perlahan - lahan sayang. " katanya sambil membantu aku untuk duduk dengan lebih selesa. Dia meletakkan bantal di belakang badan aku supaya aku berasa lebih selesa.

" Terima kasih, Taetae " ucapku.

Taehyung tergelak kecil, " Wah, saya ada nama panggilan baru lah. Comel je. " katanya.

Taehyung kemuadiannya tersenyum memandang aku, pipi aku menjadi mangsa bibir comelnya.

" Hehe, isteri saya. " katanya sambil ketawa kecil. Aku juga turut tersenyum, dada aku juga berdebar apabila dia memanggil aku isterinya.

Oh Kim Taehyung , saya makin jatuh cinta.

--

tbc

Nak tamatkan cepat² sebab cerita ni sendu. Comment takde, vote kurang. Banyak silent readers uhuhu. Apapun thank you kepada yang support❤

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now