- 20 -

2.1K 218 11
                                    

" Cepat keluar, Kim Taehyung. Kau takkan terlepas. Aku malaikat maut yang datang nak ambil nyawa kau. " suara garau Lucas bergema di luar bilik.

Aku terus memerhatikan Lucas melalui CCTV. Ke hulur ke hilir si Lucas, tidak senang duduk. Macam - macam cara di cuba untuk membuka pintu bilik aku.

Sudah berapa jam aku berkurung di dalam bilik, dan sudah beberapa jam jugalah Lucas tidak senang duduk.

Sekarang jam menunjukkan 5 pagi.

Aku rasa aku takkan sempat ambil Seorin balik.

Telefon pintar aku capai, nombor telefon Namjoon aku dail.




" Hello ? "

Hyung, tolong Tae boleh?

" Apa dia, Tae ? "

Nanti ambilkan Seorin dekat hospital.

" Seorin? Yeochin Tae yang Tae selalu cerita tu ke? "

Iya. Tolong ya. Nanti mesti dia ada call hyung.  Tunggu je. Jangan lupa ambil dia lepastu datang rumah Tae.

" Okay, roger. Nanti hyung ambil dia. "

Thanks, hyung.

[ panggilan ditamatkan ]




Aku menarik nafas sedalam dalamnya. Aku bersedia untuk melawan Lucas.

Sama ada aku mati, ataupun dia.

--

Jam 9 pagi.

Kim Taehyung masih tak munculkan diri. Telefon tidak diangkat, mesej juga tidak dibalas.

Sepatutnya jam 8:30 pagi lagi aku dah boleh balik.

" Patut tak aku telefon kawan dia tu? " aku berbisik sendiri sambil melihat nombor telefon Kim Namjoon di dalam senarai nombor yang telah aku simpan.

Aku melepaskan keluhan berat.

" Telefon je lah. Nak cepat balik, dah risau kenapa Taehyung tak angkat call " aku membuat keputusan, terus nombor Namjoon itu aku tekan.





" Hello "

Em, hello. Kim Namjoon?

" Ye, saya. "

Err, saya Seorin.

" Oh, yeochin Taehyung. Dah keluar hospital ye? "

Aa, haah. Tapi macam mana awak tahu saya dekat hospital?

" Taehyung dah pesan dekat saya pagi-pagi buta tadi. "

Oh, jadi.. Boleh awak ambil saya?

" Boleh, kejap lagi saya sampai. "

Terima kasih.

" Sama sama. "

[ panggilan diputuskan ]






" Taehyung, awak okay tak ni ? " aku berbisik perlahan sambil menahan air mata. Jujur, hati aku rasa sungguh gelisah.

--

" Lucas. " aku melangkah keluar dari bilik dengan berani.

Lucas memandang aku dengan senyuman sinis. Pisau yang berbekas darah dari malam tadi masih lagi setia bersamanya.

" Lama aku tunggu kau, pengecut. Lebih kurang 8 jam ? Mungkin ? " Lucas mula berbicara.

" Aku tak suka orang panggil aku pengecut dan kau pun tahu tentang tu, Lucas. " suara aku menjadi lebih garau dari biasa.

Lucas bergerak menuruni tangga diikuti oleh aku.

" Jadi, kau nak sarapan dulu ke sebelum kau mati ? " soal Lucas penuh selamba.

Aku tersenyum sinis.

" Apa kata kalau kita sarapan sama-sama? Mana lah tau kalau kita berdua mati sama-sama. " ujarku membuatkan senyuman Lucas hilang.

Tidak teragak- agak lagi Lucas untuk menyerang aku.

Dia mula mengacuhkan pisaunya ke arah aku, tetapi aku dapat mengelak. Aku cuba menyekat pernafasannya dari arah belakang.

Lucas tidak mampu bertahan lalu membawa diri aku dan dia sekali, terus saja aku dijatuhkan di atas meja kaca aku sehingga pecah.

Pisau Lucas tadi sudah melayang jauh.

Lucas mula menumbuk kuat muka aku, kemudian bertukar pula. Aku pula menumbuk mukanya.

Kaki Lucas terlalu pantas, dia menyepak aku hingga aku tercampak ke tepi.

Senak perut aku, tapi aku mesti bertahan.

" Lemah. " Lucas tersenyum sinis melihat aku.

" Aarrgghh ! " aku terus menolak Lucas jatuh ke atas sofa, pisau yang berada di tangan aku terus aku acukan ke arahnya tetapi dia sempat mengelak . Luka di bahagian pipinya pula tercoret.

Darah yang mengalir di bahagian bibir aku kesat perlahan.

" Sudah lah, Taehyung. Kau tak perlu lawan aku. " Lucas berkata lagi.

" Nak borak ke nak lawan ?! " jerit aku sebelum menerkam dirinya sekali lagi.

SSSKkk. (entahlah sound effect pun)

Pisau Lucas menembusi perut aku, tetapi ini tidak bermakna dia menang.

" Aku pun bersedia lebih awal. Nasib aku ada pisau lebih. " katanya sambil tersenyum puas.

Kini, giliran aku juga menikam Lucas sebanyak dua kali di bahagian perut sebelum dirinya jatuh terkulai di hadapan aku.

" Kau yang p-patut m-mati. " katanya sebelum dia pengsan, atau mungkin mati?

Melihat perut aku yang ditikan pisau, pisau yang tercacak pada perut aku perlahan - lahan ditarik keluar.

" Arghh. " aku mengerang kesakitan.

Pisau itu juga aku cacakkan pada kaki Lucas.

" Kau silap, Lucas. Kau lupa? Aku, Kim Taehyung pembunuh upahan terhebat. Aku tak pernah kalah. " kata aku sebelum meludah wajah pucat Lucas.

Aku bergerak perlahan ke arah pintu utama sambil menekan luka pada bahagian perut, bila - bila masa saja Seorin akan sampai dengan Namjoon.

Tidak mampu lagi aku untuk menahan, aku terduduk bersandar di dinding. Melihat keadaan rumah aku yang penuh dengan darah, aku rasa tenang.

Mungkin kerana dendam aku terbalas?

" Seorin.. " aku memanggil namanya sekali sebelum semuanya bertukar menjadi gelap.

--

tbc

Malam nanti saya update final chapter💕

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now