Pulang ke rumah seperti pergi ke neraka. Aku dah tak sanggup lagi menahan seksa neraka dunia yang dicipta oleh makcik ku sendiri.
Aku masuk ke rumah perlahan lahan supaya tidak disedari oleh si nenek kebayan.
" Baru reti nak balik ke perempuan?! " jeritnya sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah.
Dia terus meluru ke arah aku bersama sebatang rotan ditangannya.
" Kau kalau tak menyusahkan aku sehari tak boleh kan?! " jerit dia lagi.
Tangan kirinya yang memegang rotan itu kini diangkat tinggi sebelum ianya dilibas mengenai badan aku.
Berkali kali libasan diulang oleh makcik ku.
" Maafkan Seorin, makcik! Maafkan Seorin! " rayuku meminta belas kasihan.
Apakan daya, semuanya sia sia. Libasan demi libasan badanku terima bersama api kemarahan yang terletus di dalam diri makcik ku.
" Kau mampus pun lagi bagus! Dah lah mak bapak kau mati tak tinggalkan aku harta, lepas tu bagi beban kat aku. Memang silap lah! " jeritnya lagi berselang dengan libasan rotan.
Aku hanya mampu menahan kesakitan libasan yang diberikan . Tak mampu lagi aku merayu. Aku merelakan saja badan aku digunakan sebagai tempat melepaskan kemarahannya.
Appa, eomma.. Seorin tak tahan.
" Dah. Aku tak nak bunuh kau. Tak pasal pasal aku pula masuk penjara sebab kau. " katanya sebelum beredar.
Sudah puas dia membelasah badan aku, aku dibiarkan saja sendirian.
" Nah, kau makan nasi lauk semalam ni. " katanya sambil meletakkan nasi di atas meja.
Aku hanya menggelengkan kepala tanda aku tak mahu, tapi mak cik aku mula menarik badanku yang sudah lemah ke arah meja yang diletakkan makanan basi itu.
" Kau makan ni! Makan! " dia mula menyumbat makanan tersebut ke dalam mulut aku secara paksaan walaupun aku tidak mahu.
Sekali lagi air mata aku tumpah kerana kekejaman mak cik aku yang sungguh tidak berperikemanusiaan.
Adil kah untuk aku mendapatkan layanan sebegini rupa?
--
" Menyusahkan betul. " aku mengeluh sendirian setelah penat mengerjakan budak tak guna itu tadi.
Telefon pintar aku capai, nombor si pembunuh upahan yang diberi oleh si Senah itu aku tekan.
Aku tersenyum sinis.
"Matilah kau budak." bisik aku sendiri.
Aku sememangnya tidak sabar untuk bebas daripada membela budak yang menyusahkan aku tu.
Dasar budak tak guna.
--
tbc
Nanti sambung lagi ye ehek
YOU ARE READING
[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]
FanfictionDia menjadi seorang pembunuh hanya kerana sebuah dendam. Tetapi, sisi pembunuh itu hilang selepas jatuh cinta dengan seorang gadis kecil yang sepatutnya dibunuh olehnya. Dendam ? Dendam itu masih ada. Tetapi, adakah dendam itu akan terbalas? 🍀🍀🍀�...