- 10 -

2.9K 281 51
                                    

Pagi yang cerah tapi aku masih lagi diselubungi rasa takut.

Tok!Tok!

Pintu bilik aku diketuk oleh seseorang sebelum pintu bilik aku dibuka. Aku memerhatikan pintu dan terlihat Taehyung tersenyum .

" Selamat pagi, Seorin! " ucapnya dengan ceria. Senyumannya yang berbentuk kotak itu terlalu comel .

Aku tersenyum nipis melihat Taehyung.

"Jom turun sarapan. " ajaknya. Dia terus memegang tangan aku dan membawa aku turun ke dapur.

Kemudian dia menyuruh aku duduk di hadapannya seperti biasa.

" Makan lah. Jangan takut. " pujuknya.

Dia tahu, aku takut. Kan?

Taehyung mula makan semua masakan dengan selera. Aku perlahan lahan menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Terasa seperti diperhatikan.

"Comel." kata Taehyung sambil tersenyum.

Aku cuma mampu tersenyum nipis.

" Taehyung. " panggilku perlahan.

Taehyung memandang aku sambil mengunyah makanannya. Dia menunjukkan riak wajah penuh tanda tanya.

" Kenapa awak tak bunuh saya macam yang makcik suruh? " soal aku perlahan. Aku masih menunduk merenung pinggan.

Ketawa kecil dari Taehyung kedengaran. Soalan aku kelakar ke?

" Aku takkan bunuh kau, Seorin. Percayalah. " kata Taehyung cuba meyakinkan aku.

Aku mengangkat wajah aku untuk memandangnya.

" Kenapa saya kena percaya awak sedangkan membunuh ni sebahagian dari kerja awak? " soal aku berani. Taehyung sekali lagi tersenyum kecil.

Dia bangun membawa pinggannya yang sudah kosong ke sinki. Aku mengekorinya dengan pandangan mata.

Taehyung yang sedang mencuci pinggannya terus memandang aku.

" Sebab aku cintakan kau. " jawab Taehyung.

--

Luahan perasaan telah dibuat. Dia terima atau tidak belakang kira.

Aku meletakkan pinggan yang telah dicuci di rak pinggan. Aku mula melangkah menaiki tangga untuk menuju ke bilik meninggalkan Seorin berseorangan.

Belum sempat aku beredar, tangan aku ditarik Seorin.

" Taehyung. " panggilnya perlahan.

" Hm? " aku tidak bersuara, cuma mampu untuk memandangnya sambil menunggu bait kata darinya.

" Tolong jangan bunuh saya. " kata Seorin. Aku sudah terlalu banyak tersenyum kerana dia hari ini.

Sekarang, sekali lagi aku tersenyum. Comel betullah Seorin ni.

Aku menepuk kepalanya perlahan dan aku usap lembut.

" Aku takkan bunuh kau. Takkan. Aku akan jaga kau sampai aku mati. " kata aku sebelum bergerak pergi menuju ke bilik.

--

" Taehyung ni biar betul? " aku masih memikirkan kata katanya. Adakah kata katanya cuma mainan yang cuba mengaburi mata aku?

Aku merenung ke luar tingkap, hujan gerimis menemani hati sepi aku.

Jujur, aku rindu semuanya. Aku rindu nak pergi sekolah, rindu nak melawat eomma dengan appa.

Hujan yang membasahi tanah malam ini seperti memahami isi hati aku.

" Eomma, appa. Seorin rindu. " bisik aku perlahan sambil memeluk tubuh merenung keluar tingkap.

Kata kata Taehyung kembali menyergah minda. Aku harap apa yang dikatakannya semuanya betul.

" Aku akan percayakan kau, Taehyung. " kata aku .

--

tbc

[ ✔ ] ᴅᴇᴀʀ ᴍʀ.ᴋɪʟʟᴇʀ [ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ]Where stories live. Discover now