Dari bangun pagi lagi Mami dah busy. Hari nie hari last untuk pendaftaran sekolah agama Abang Zack dan Kak Anne. Semalam dah tengah hari baru Mami teringat pasal pendaftaran nie. Nasib la hari nie hari last Untuk pendaftaran. Tu yang hari nie awal-awal dah siap, takut terlupa lagi.
Lepas habis pendaftaran Mami terus pergi kedai kegemaran rakyat Malaysia iaitu kedai RM2. Ke ada yang tak suka dengan kedai RM2 ni? Plan awal nak beli hanger, tapi bila nak bayar, eh.. ramai pulak nak ikut balik. Tak pe la, sebab Mami baik, semua boleh ikut.
Sebab hari nie hari terakhir tahun 2019, Mami pun dengan penuh keazaman terus buat housekeeping. Rumah Mami ni macam dah kena sumpahan, Mami kemas depan, pusing belakang kejab ke, tara.. dah sepah balik. Anak-anak 4 orang nie memang bergabung meletup. Sebab Mami busy konon-konon buat year end housekeeping, jadi dah terdelay niat nak memasak. Anak-anak dah makan roti dengan peanut butter sebagai lunch. Jadi, tak la Mami rasa bersalah kalau anak-anak lapar. Eh, lupa pulak, anak-anak Mami memang kurang pandai kenyang. Anak orang kena paksa makan, anak Mami kena paksa berenti makan.
Lepas Mami siap masak, tengok Kak Anne dah tertidur, nasib la nak, tunggu Mami masak lauk sampai tertidur. Dee dengan adik elok je bergurau bersukaria. Anak-anak Mami ni memang jenis happy. Tadi siap dorang menyanyi lagu sagu tiga kupang, Saku penuh padi lagi. Sambil bergelak ketawa. Memang riuh rumah Mami nie.
Masa Mami baru nak makan, kak Anne pun bangun, nak join Mami makan. Mami pandang kak Anne, asal pelik muka anak aku nie? tapi Mami dimakan je. Masa tengah makan Abang Zack tegur, asal kening ko tu Anne? Mami pun.. rasa nak melompat sebab rupanya kening kak Anne dah tak ada sebelah kanan. Siasat punya siasat, Dee mengaku dier dh cukur kening kak Anne masa dia tidur tadi. Hadoi.. dah la sekolah nk start, kesiannya kak Anne. Dee dah selamat dapat hadiah hasil kerja tangan dier. Bertabah je la Mami.
YOU ARE READING
Anak-anak Mami
RandomCerita tentang anak-anak Mami, semoga Mami tak lupa bila dah tua nanti ❤️