Masuk minggu ke dua pkp, kami masih stuck dekat kampung. Faham je la bila dah lama sangat, masing-masing dah rasa agak tak selesa. Dengan sepupu pun asyik nak bergaduh. Tapi adat la budak kan, sekejab je la.
Kelebihan berkurung kat kampung nie, semua orang boleh buat aktiviti macam biasa dalam kawasan rumah masing-masing. Jadi anak-ank boleh main basikal, explore Alam sekitar, panjang pokok and etc. Macam kebanyakan rumah kampung, rumah my mak nie memang keliling rumah ada banyak pokok, dari pokok buah sampai la pokok sayur dan rempah.
Satu benda yang bagus kat my kids dengan semua sepupunya, dorang sangat suka makan buah. Ape pun boleh asal buah. Ada satu petang nie, Mami berkurung dalm bilik. Bila keluar, nampak anak buah(anak adik) tengah merengek mintak nak rendm tangan dengan ais. Pelik jugak, tapi, bila tanya dan jawapan yang Mami dapat tu, rase nak meletup sekejab. Rupanya, Dee dengan sepupu dier main sama, dan Dee petik cili api, bagi kat sepupu dier, cakap itu buah. Sepupu pulak jenis tangan sensitive. Ape lagi, melalak la sepupu dier nie. Rasa bersalah betul. Tapi Dee awal lagi dah confront mak su dier, minta maaf sebab niat nak main dan bergurau je.
Tapi my brother nampak tak puas hati dan cakap dekat Dee, "nak tak pak su ambik buah tu bagi kat awak?". Dee pun dengan muka sedih, tunduk dan geleng kepala. Hadoi.. Tak tau nak kesian ke nak marah..
YOU ARE READING
Anak-anak Mami
De TodoCerita tentang anak-anak Mami, semoga Mami tak lupa bila dah tua nanti ❤️