Tazkirah Si Kecil

1.4K 21 19
                                    

Hujung minggu, Mami gigih la bawa anak 4 orang outing. Kesian, asyik mereput je kat rumah. Plan asal nak pegi jalan-jalan kat Taman botani, tapi Mami pulak dilanda kemalasan.

Dee a bit grumpy hari tu, Mami pun tak tau ape yang tak kena. Jenuh nak tackle balik mood dier. Tapi asyik la muncung je. So, sambil makan, Mami pujuk-pujuk la Dee. Masa Mami tengah makan tu, Mami letak la dulu bege, sebab nk cakap dengan Dee, kebetulan adik nampak, so jadi la dialog nie..

Adik : Mami dah tak nak makan ke?

Mami : a'ah dah tak nak (saje cakap dah xnak sebab kadang adik rajin pau makanan Mami)

Adik : eh, tak elok tau bazir makanan, Allah tak suka..

Mami :  Mami nak bagi adik je la (Mami speechless kejab, dan rasa kelakar pun ada)

Adik : eh, adik dah tak nak la.. Dh kenyang..

Biasa Mami yang selalu cakap kat dorang  sekali Mami pulak yang kena. Anak-anak nie macam span, cepat je dier serap ape yang kite selalu buat dan cakap depan dorang.

** Bege Mami berjaya dihabiskan oleh Abang dan kak Anne. Alhamdulillah, tiada pembaziran yang berlaku 😁😁

Anak-anak MamiWhere stories live. Discover now