Last week sepatutnya Dee ngan adik dah start sekolah. Sebab dua orang budak nie sekolah Tadika kan. Bila Mami bagitau kena sekolah, adik cepat je cakap kat Mami. "Mami, adik tak nak sekolah, adik nak tidur je kat rumah". Ah sudah.. dah camane nie?
Mami pun saje la sembang dengan cikgu masa hantar buku sekolah Dhiya. Bagitau adik tak nak pegi sekolah. Nasib la cikgu cakap, dia memang akan bagi priority kat budak 6 tahun. Maksudnya cikgu bole la accept kalau adik belum nak pegi sekolah.
Hari Jumaat, 3 July tetiba Mami rasa nak sarapan kat luar. So Mami ajk adik dengan kakak. Abang Mami tak ajak, sebab dia busy qada' tidur dia 😆. Kami makan dekat mamak yang mama suka pegi. Adik ngan kakak makan roti boom dan Milo ais, Mami pulak makan thosei dengan chutney.
Dalam perjalanan balik, adik cakap kat Mami. "Mami, cepat sikit boleh tak? Adik rasa nak kencing sebab makan banyak sangat roti boom". Mami yang tengah drive nie, terus tergelak. Ape la adik nie.. dah dia minum Milo ais, roti boom pulak yang dia nak salahkan. Mami pun cerita la, nak kencing tu bukan sebab makan, tapi sebab minum. Eh, dia cover balik " Adik salah cakap la Mami". Ok la adik. Lesson learned kan.hehe
Lagi satu, Mami pesan, kita makan kat kedai nie, jangan bagitau siapa-siapa. Sebenanye, Mami tak nak adik bgtau Dee. Kalau Dee tau, habislahhhh... Memang dia jeles, nasib tak baik mau dia pun tak nak pegi sekolah.
Start minggu nie 6 July, adik dah sekolah sama-sama dengan Dee. Tunggu abang dengan kakak sekolah balik, Mami nak ber me time.
YOU ARE READING
Anak-anak Mami
RandomCerita tentang anak-anak Mami, semoga Mami tak lupa bila dah tua nanti ❤️