BAB 7⚘

294 15 5
                                    

"Jennie"

Semua memandang wajah Lalisa yang serius menyuapkan makanan ke mulutnya, hatinya membara.. Ada sebab.

"Ya"

"Kau nak mati?"

Semua hampir terkejut mendengar soalan Lalisa, yalah, semua ayat yang keluar dari mulut Lalisa 100% betul dan dia akan lakukannya.

"T-tak.. Nak"

"Kau ingat tak janji kita semua sebelum kita semua mula terjebak dalam hal ni?"

"Ingat"

Jennie menunduk merenung makananya, yang lain meneruskan makanannya tanpa menghiraukan mereka kecuali Sehun yang risaukan pertengkaran itu.

"Rahsia tetap rahsia, Jennie.. Jangan berani bukak mulut kau pada sesiapa selain kita berempat"

Jennie tidak membalas, dia cuma menunduk. Lalisa tenang walaupun sedang marah.

"Esok, kita aku akan ajar Sehun.. Korang semua ambil alih aku. Tahukan peranan masing-masing?"

"Ya"

...

Selesai saja makan, Sehun melangkah ke ruang tamu mengikuti jejak mereka berempat namun hanya Jennie, Jisoo dan Rose yang menuju ke ruang tamu Lisa pula terus ke biliknya.

'Dingin betul' getus Sehun lalu melangkah ke tangga mahu naik ke bilik.

"Eh, Sehun.. Nak naik bilik dah?" Rose menegurnya.

Sehun menoleh, memandang mereka bertiga yang memandangnya. Nak cakap, antara mereka berempat, Jennie dan Rose jelah yang paling periang. Jisoo tu ikut mood dan Lisa memang 24jam muka ketat je.

"Ah ya, segan pula hanya saya seorang lelaki di sini"

Mereka tersengih, Sehun menggosok belakang lehernya. Malu.

"Tak apa, sinilah"

Pelawa Rose, tapi Sehun menolak. Dia mahu cuma bila difikirkan semula, esok bagaimana? Mesti banyak yang perlu dia belajar. Jadi sekarang ni, rehat sajalah.

"Kalau macam tu tak apa, dekat atas ada ruang tamu.. Boleh tengok sana seorang ataupun bilik nombor tiga ada TV juga"

Sehun menggangguk mendengar maklumat dari Rose, lalu dia senyum.

"Terima kasih, saya naik dulu"

"Sama-sama"

...

Sehun merenung siling, apa yang bakal terjadi esok dan hari yang seterusnya? Dia pun tidak tahu, mati? Semua orang akan mati.. Cuma tengok sajalah dia mati dengan sebab apa.

Tidak beberapa lama, matanya tertutup sendiri. Dia pun sudah mengantuk, sambil memeluk bantal panjang di sebelahnya.

Keesokan harinya..

Saat dia melangkah turun dari bilik, memang sangat sunyi rumah ni. Seperti dia seorang saja di rumah, dan dia terus memandang jam dinding, 10.00am.

Dia melangkah ke kolam ikan, mungkin ikan-ikan itu belum makan? Mungkin? Dia baru saja siap mandi dan belum sarapan. Perutnya belum lapar.

"Selamat pagi ikan"

"Oi, baru bangun ke?"

Lalisa menyapanya dan terus menuju ke dapur, Sehun tersenyum kecil lalu mengikuti jejak Lisa.

"Dah lama bangun"

Lisa tidak endahkan lalu meneguk air milo yang terhidang di meja.

"Makanlah, kita gerak kejap lagi"

Queen Savage of MAFIA Where stories live. Discover now