BAB 6⚘

329 16 4
                                    

Sehun duduk bersebelahan tempat pemanduan, Lisa diam saja sambil memandu laju entah ke mana nak tanya takut kena marah pula. Sehun ni entahlah jenis macam nerd.. Satu je, dia takut kena seksa macam lelaku tadi tapi dia tak takut mati. That's it.

...

Lebih setengah jam mereka tiba di suatu tempat. Semuanya rumah yang besar dan binaan yang cukup sempurna, tapi dia pun tidak tahu untuk apa mereka di sini.

"Keluarlah, kau nak duduk sini sampai pukul berapa?"

Sehun tersentak lalu membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Dia terus mengikuti langkah Lalisa tanpa banyak soalan.

"Hurm, bilik kau dekat atas.. Ambil je mana-mana bilik dan ya, jangan kacau bilik tingkat tiga tu bilik orang lain. Kalau nak rehat, rehatlah dulu.. Nanti dah siapa masak aku panggil"

Tanpa menunggu balasan Sehun, Lalisa terus melangkah ke dapur. Sehun pun apa lagi, naiklah mencari bilik untuknya.

Bilik kedua menjadi pilihan dia, sama je semua bilii cuma susunan perabot dan warna dinding biliknya. Okey je asalkan boleh tidur.

...

Selesai kemas barangnya, dia mengambil peluang untuk mandi lalu turun mahu menolong Lisa? Kalau perempuan itu perlukannyalah.

"Lisa"

Lalisa yang sibuk menggoreng sayur menoleh memandang wajah Sehun yang kacak dengan senyuman itu.

"Pe"

Sehun mencebik, dingin gila perempuan ni. 'Siapalah nak perempuan macam ni? Dah-lah kasar, sombong.. Haihhh, apa nak jadi'.

"Kau tak payah nak kutuk aku"

Sehun tersentak lalu menggaru leher yang tidak gatal itu, wajah Lisa direnung dari sisi. Seketika dia tersenyum.

"Ape pandang-pandang?"

Sekali lagi Sehun tersentak, bangganglahhh. Lisa menolak bahu Sehun kuat menyebabkan Sehun terundur ke belakang.

Lisa melangkah melepasi Sehun, mempersiapkan makan malam. Sehun cuma dapat lihat apa yang Lisa buat je.

"Kau ni buat apa dekat sini?" Soal Lalisa sambil menuangkan sayur ke sebuah mangkuk kaca.

"Nak tolong tapi kau tak macam tak nampak je aku"

"Ouh, tak yahlah. Dah nak siap dah, kau pergilah depan tu tengok TV ke.. Jalan-jalan dekat luar kejap ke.."

"Kalau macam tu, aku pergi dulu.. Apa-apa panggil-lah"

"Heh, ke kau yang panggil aku"

Sehun menjeling lalu melangkah ke depan dan terus keluar dari rumah. Halaman rumahnya cantik macam rumahnya di Kuala Lumpur. Rindunya.

Flashback

Pang!!

Sehun memegang pipi kirinya, pedih. Ibunya menahan ayahnya dari terus mengamuk dengannya, dia tidak tahu apa salahnya bila dia pulang saja ditampar.

"Dasar anak tak kenang budi!!"

Sehun memandang wajah ayahnya dengan kerutan menahan sakit, dia tidak mahu kurang ajar jadi dia diam.

"Dah abang"

"Awak jangan sibuk, biar saya ajar budak ni"

Ayahnya menepis ibunya dan ibunya jatuh ke lantai, Sehun lantas membantu ibunya namun lehernya dicekik oleh ayahnya, dia memegang tangan ayahnya.

Queen Savage of MAFIA Where stories live. Discover now