BAB 3

451 22 4
                                    

Sehun membuka mata, meliar sekeliling bilik. Dia pun tidak tahu, dia masih hidup atau tidak. Ingatan dia cuma teringat yang ada seorang perempuan akan bunuhnya.

Tangan dan kakinya yang terikat tadi sudah terlerai. Dia di dalam sebuah bilik yang dia pun tidak tahu, saiz biliknya agak besar cuma ada sebuah meja dan sebuah kerusi. Lampu yang agak malap.

Sehun bangun walaupun keadaanya yang terlalu sakit. Langkahnya diatur ke meja itu, ada sebuah nota dan sebungkus makanan juga air minerel.

Aku belikan kau makanan dan air ni, makan. Nanti gastrik susahkan aku pula

Nota itu ditenung, maknanya di masih hidup? Tapi kenapa perempuan itu tidak membunuhnya? Atas sebab apa pun dia tidak tahu.

Makanan tidak disentuh, dia melangkah ke pintu bilik itu. Pintu itu diperbuat dari besi dan agak hitam, jadi betullah, dia telah diupah untuk dibunuh?

Kata-kata gadis tadi singgah ke ingatannya, sungguh dia geram bila tahu yang sahabatnya sendiri mahu bunuhnya dan mempercayai orang lain berbanding dia. Ini tak adil!

"Apa semua ni?!"

Suara jeritan itu membuatkan Sehun tersentak lalu mengendap di sebalik celahan pintu itu, namun dia cuma nampak seorang perempuan dan seorang lelaki.

Perempuan itu ialah perempuan tadi yang mahu membunuhnya, dan lelaki itu membelakangkannya tapi dia seperti kenal susuk tubuh siapa.

"What?"

"Aku bayar kau dua puluh kali ganda untuk bunuh budak tu, apa kau buat?!"

Perempuan itu berkerut memegang telingannya, sakit telinga kot mendengar  jeritan si bodoh ni.

"Sekarang, mana budak tu kau tinggalkan dia?"

Perempuan itu tersenyum lalu memegang belakang leher lelaki itu dan mulutnya didekatkan ke telinga susuk tubuh lelaki yang berdiri di depannya.

"Aku dah cakap, jangan menyesal dengan bayaran kau tu"

"Apa maksud kau?"

Perempuan itu melepaskan leher lelaki itu lalu dia ke meja yang tidak jauh dari mereka. Dan kembali dengan pencungkil yang tadi untuk membunuh nyawa Sehun.

"Dua puluh kali ganda tu, ialah penyeksaan seorang manusia"

Sehun diam mendengar perbualan mereka, lelaki itu kelihatannya tersentak lalu berundur ke belakang.

"Kawan kau tu, terlepas dari seksanya.. Tapi disebabkan kau bayar dua puluh kali ganda.. Maka, ia akan berputar balik pada tuannya. Jadi, kau bersedia nak mati?"

"Tolong Lisa, aku merayu jangan"

'Ouh, Lisa namanya.. Sedap' Getus hati Sehun lalu kembali memandang celahan pintu itu.

"Ada aku kisah?"

Tanpa berlengah, Lisa terus menendang perut lelaki itu dan menyebabkan lelaki itu terbaring. Kakinya memijak dada sasanya dan terus mencungkil biji mata lelaki itu satu persatu.

"Arghhhhhhh"

"HAHAHAHAH"

Sehun menekup mulutnya, dia tidak percaya apa yang dilihatnya tadi. Pipinya ditampar kuat, dia bukan bermimpi ini semua betul!

Tidak lama tu, jeritan dan ketawa yang jahat itu terhenti. Sehun melihat celahan pintu itu, tiada sesiapa. Dia bermimpi ke?

Krekkk

"Kau tengok apa?"

Sehun tersentak lalu menoleh, terkejutnya bila melihat gadis tadi sudah berada di belakangnya. Bagaimana dia boleh masuk? Apa yang dia perlu buat sekarang ni?

"Kau tengok apa?"

Soalan yang sama disoal semula, Sehun terketar-ketar walaupun dia tidak takut untuk mati tapi bila dilihatnya perilaku gadis ini, ketakutan mula menyelubungi dirinya.

"Kau takut?"

Lalisa sudah mengambil tempat duduk di kerusi yang hanya sebuah di bilik itu. Sehun cuma terkaku di situ.

"Aku tahu kau macam mana, kau jenis yang tak takut mati tapi... Fobia dengan senjata dan darahkan?"

Sehun diam, tidak tahu mahu jawab apa. Walaupun dia hanya berhadapan dengan seorang perempuan.

"Tak ramai mangsa aku yang jenis macam kau.. Semuanya mati dengan kejam, yang jenis macam kau ni... Selalunya akan jadi orang bawahan aku"

"Bawahan kau?"

"Ya, kenapa? Tak suka? Kalau tak, kau boleh kerja jadi spy aku untuk tahu gerak geri abang aku"

"Spy? Aku tak pandai pegang senjata"

Lalisa tersenyum lalu memandang wajah Sehun yang segak itu, wajah yang penuh dengan kegerunan.

"Soalan kau ni, macam kau setuju je dengan arahan aku.. So?"

Sehun terdiam saja melihat seyuman yang penuh makna. Cantik tapi ganas.

"Tentang pandai ke tak kau pegang senjata tu, belakang cerita now.. Kau kena setuju dengan arahan aku. Deal?"

Sehun berfikir sejenak, Lalisa hanya merenung anak mata Sehun. Dia sedang berfikir.

"Aku setuju asalkan kau tak apa-apakan keluarga aku"

"Keluarga? Kau ada keluarga rupanya.."

Sehun mengganguk perlahan bagi mengiyakan kata-kata Lisa itu.

To be continue..

Vote dan comment lahh😄

Queen Savage of MAFIA Where stories live. Discover now