BAB 13⚘

195 13 0
                                    

"Mianhae, oppa"

"Awak betul-betul akan tinggalkan saya?"

"Saya terpaksa..."

"Jangan tinggalkan saya, Yerin"

"Tak lama lagi, awak akan kahwin dengan Eunha.. Jadi, saya--"

"Kami tak akan berkahwin!"

"Mianhae"

"Yerin!"

...

Yerin membuka matanya apabila simbahan air ke mukanya. Dia menggangkat muka memandang wajah-wajah di depannya.

"Hai, Yerin"

"K-kau siapa?!"

"Rilex, kau tak kenal aku.. Tapi aku kenal kau"

Gadis di depannya memegang pisau rambo berwarna emas itu.

"Nama aku, Dahyun.. Kau mesti tahu siapa Dahyun-kan?"

Yerin terdiam, Dahyun? Ya dia sudah ingat!

Sebulan yang lalu...

"Sila putuskan hubungan dengan dia kalau tak.. Aku bunuh kau!"

Yerin ketawa sinis lalu memandang Dahyun atas bawah.

"Kau siapa mahu aku putuskan hubungan yang bermakna ni?"

"Bermakna? Aku salah dengar ke tadi? Excuse me?"

"Mianhae.. Aku takkan buat semua tu"

...

"Jadi lepas kau cakap macam tu, aku terus culik kau.. Dekat sebulan polis cari kau"

"Mianhae, Dahyun.. Aku mohon, lepaskan aku"

Dahyun ketawa sinis, lalu menyelak rambutnya ke belakang telinga.

"Ingat senang-senang aku nak lepaskan kau?"

Kata Dahyun lalu menarik rambut Yerin ke belakang dan menyebabkan Yerin mendongak ke atas.

"Sial"

Kepala Yerin ditolak ke belakang, Yerin cuma mampu bertahan selagi dia masih hidup. Apa yang perlu dia buat sekarang ialah menunggu ajalnya tiba.

"Kau duduk je sini, aku nak cari Sehun dulu. Bye"

"Dahyun! Lepaskan aku!"

Pintu terus ditutup, suasana bilik yang sangat gelap membuat Yerin mahu mengalah. Apa yang dia perlu buat dalam keadaan macam ni?

...

Sehun duduk berhadapan Lisa yang menikmati air kopi di beranda itu. Lisa tidak menoleh, dia masih menikmati kopi dan pemandangan indah di situ.

"Lisa"

Sehun mengetap bibir, gelisah dengan cara Lisa memalaukan dirinya.

"Lisa, dengarlah dulu apa yang aku nak cakap ni"

"Apa dia?"

"Aku minta maaf petang tadi, ak.. Aku--"

"Rindu dia?"

Sehun memandang wajah Lisa yang tidak memandangnya. Wajahnya tenang.

"Kau jangan ingat aku tak tahu latar belakang kau, Sehun.. Semuanya aku tahu, tak ada benda yang kau perlu sorokkan dari aku"

"Aku minta maaf"

Lisa diam saja, cawan yang berisi air kopi itu diletakkan di meja semula.

"Nah"

Queen Savage of MAFIA Where stories live. Discover now