BAB 12⚘

208 14 0
                                    

Jisoo memandang keadaan sekeliling yang sunyi. Lorong yang mereka jejak ini langsung tiada sesiapa yang akan mengundang mereka. Tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya.

"Tak ada orang?" Soal Rose yang sudah berdiri di sebelahnya sambil memandang lorong itu.

"Tulah, pelik je. Macam tahu-tahu je kita nak datang" Jawab Jennie di ipod.

"Selalunya ada je yang jaga sini, tak adanya nak main sorok-sorok"

Jisoo diam mendengar kata-kata mereka. Dia menoleh memandang Sehun yang sibuk dengan pistol barunya itu.

"Sehun"

Panggilan itu tidak kuat tapi cukup didengari mereka bertiga. Jarak mereka berdiri dengan kereta cuma dua tapak je.

"Ya, wae?"

"Kau dah sedia?"

"Entahlah, macam risau pula keadaan korang"

Jisoo ketawa kecil diikuti dengan Rose di belakang.

"Kenapa korang ketawa? Aku salah cakap ke?" Soal Sehun.

"HAHAHAHAH"

"Awak tak perlulah risau tentang kami, awak perlu risaukan diri awak dahulu.." Kata Jennie sebelum menyambung tawanya.

Sehun malu sendiri, ya.. Risaukan diri sendiri saja, mereka sudah 6tahun dengan kerja ni.

'Malunya' getus Sehun yang langsung tidak memandang wajah mereka berdua.

"Sudah jom masuk" Arah Jisoo yang sudah memasukkan pisau rambo miliknya di poket pisau itu di pehanya.

"Let's begin!" Rose tersenyum sudah sedia untuk menyerang lorong itu dengan Military Style Machine gun.

"Gidalil su eobseo!" Jennie juga sudah bersedia dengan sniper M200  in Black miliknya.

Sehun pun sudah bersedia dengan Baretta 92 miliknya. Degup jantuntnya jangan di katakan, terlalu laju dia berdegup!

...

Seorang lelaki yang berkot hitam itu berlari dan mahu menumbuk tubuh Lisa namun Lisa terus menyepak kaki kanan lelaki itu dengan kuat.

"Argh!"

9orang lelaki memandang Lisa dengan riak tidak percaya. Lisa tersenyum sinis.

"Well?"

"Yargh!!"

9orang terus mendekati Lisa mahu beraksi. Lisa mengelak, menumbuk dan menendang tanpa senjata. SinB tersengih, ajal gadis itu akan tiba harini.

Tumbukan padu diterima pada wajah lelaki di depan Lisa dan dia terjatuh ke belakang. Lisa menendang kaki lelaki yang di belakangnya.

"Mentah!"

Seorang lelaki menarik rambut perang Lisa dan serta merta Lisa jatuh terbaring. Tubuhnya diheret  bawak ke kaki SinB.

"Hey, dah kalah ke?" Soal sinB menunduk sikit memandang wajah Lisa.

"Who said?" Soal Lisa pula lalu menarik kepala SinB lalu dihentakkan ke kepalanya.

"Argh!"

Lisa bangun manakala SinB menahan sakitnya hentakan di dahinya.

"Bodoh!" Lisa menendang perut lelaki yang menariknya tadi dan akhirnya lelaki tadi tumbang.

Lisa menoleh memandang yang lain sudah tidak sedarkan diri lagi. Seorang lelaki yang terbaring menahan sakit di dekatinya.

Queen Savage of MAFIA Where stories live. Discover now