Bab 24⚘

137 8 0
                                    

Lisa bangun menapak ke beranda rumahnya, hari ini hari cuti sekolah. Cuaca cerah di Seoul itu di renung, sudah berapa lama dia melakukan kerja ini? Mungkin sudah bertahun lamanya? Maybe.

Dia memandang ke bawah melihat susuk lelaki yang fokus dengan note book, entah apa yang dilakukannya.

Lisa senyum, sedar tak sedar sudah dekat sebulan Sehun tinggal dan bekerjasama dengan mereka. Lisa juga rasa, Sehun sudah bersedia untuk menamatkan semunya.

Faham? Tidak. Lisa dan yang lain akan menamatkan kerja gelap ini jika mereka berjaya hancurkan syarikat terkenal abangnya dan bunuh NamJoon. Simple.

"Lisa"

Jisoo menyapa dari belakang, tidak sedar yang gadia itu sudah masuk ke biliknya..

Lisa cuma menoleh lalu kembali memandang Sehun di bawah, Jisoo juga begitu.

"Jom turun makan"

Lisa menggelenggkan kepala tak bermaya..

Bahu Lisa dipaut lembut..

"Wae? Ada masalah ke?" Soal Jisoo sedar mendung di wajah Lisa.

"Tak adalah cuma tak selera, kau pergilah makan dengan yang lain. Aku nak rehat dalam bilik jap"

Jisoo menurunkan tangannya dan memegang besi di beranda itu, memandang Sehun yang sibuk dengan note book miliknya.

"Aku rasa, dah sampai masa kita tamatkan semuanya"

"Kau pasti?" Soal Jisoo inginkan kepastian.

"Aku pasti, dia pun dah bersedia. Dia kata, dia boleh handle kerja ni.. Apa yang dia buat ni, bukan senang.. Susah nak perdayakan orang supaya percaya dengan kata-kata palsu kita ni lagi melibatkan syarikat terkenal tu"

"Hurm, kalau kau dah cakap macam tu.. Kiranya bolehlah tu"

Lisa dan Jisoo diam sejenak..

"Macam mana dengan kerja kau? Hampir selesai?" Soal Jisoo

"Aku belum mula apa-apa lagi, Jisoo.."

"Habis bila nak mula? Kau kata nak tamatkan semuanya tapi kerja kau sendiri tangguh"

Lisa senyum kecil

"Sabarlah, aku baru nak bernafas"

"Ikut kaulah, Lisa.. Aku dengan yang lain sentiasa dekat belakang kau kalau kau perlukan apa-apa, bagitahu je dekat kitaorang ok? Tak ada rahsia sesama kita"

Lisa memeluk lengan Jisoo, kepalanya dilentokkan ke bahu Jisoo..

"Yelah, kita kan keluarga.. Mana boleh main rahsia rahsia"

Jisoo tersenyum, dia pun ada keluarga sendiri namun dia mengambil keputusan untuk bersama dengan Lisa. Lisa sudah lama jadi yatim piatu selepas keluarganya kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lepas

Lisa diambil oleh keluarga angkatnya, NamJoon. Tapi, mereka kata Lisa ialah anak kandung mereka.. Walaupun waktu itu mereka baru berumur 10 tahun, dia percaya yang Lisa ialah keluarga angkat bukan NamJoon.

Bukan dia saja yang yakinkan Lisa, Jennie dan Rose juga sudah lali menyakinkan gadis itu namun Lisa masih dengan keputusannya.. Keluarga angkat dia tu, jahat! Dia pasti, bukan kerana mahu menolong tapi mahukan sesuatu dari keluarga Lisa sebab tu dia ambil Lisa sebagai anak angkat. Betul?

Jisoo mengusap kepala Lisa, dia dan yang lain akan tunjukkan Lisa siapa Kim dan Hae soo yang sebenar. Suatu hari.

...

NamJoon tersenyum mendengar penjelasan mereka semua, tidak sia-sia mereka diambil kerja.. Semua boleh diharap. Pekerjanya juga tidak bodoh, masih tahu bagaimana perisik buat kerja.

Dari awal, dia tahu yang lelaki itu ialah perisik yang diupah dari ayahnya sendiri. Ingat dia bodoh? Mianhae.

"Macam mana bos? Masih nak teruskan lakonan ni ataupun tak?" Soal Jin yang berdiri di depan NamJoon.

"Teruskan je, kita tengok.. Sampai mana Kim boleh bertahan dengan perisik dia tu buat kerja. Aku pun boleh balas"

"Macam mana bos?"

"Dia upah perisik, kenapa aku tak boleh upah perisik juga? Berapa banyaklah dia bagi budak tu? Aku boleh bagi lebih dari si tua tu bagi"

"Maksud bos, bos nak racun budak upahan ayah bos?"

NamJoon menggangkat kening kanannya, mengiyakan dengan sinisnya.

Jin menggangguk, nampaknya bos dia lagi pandai dari ayah NamJoon dan orang lain.

...

Sehun menyarungkan kot hitamnya ke tubuh, rambut disikat kemas dan melangkah ke ruang tamu bawah.

Lisa menegurnya sebaik saja melihat Sehun yang bergaya dan pastinya ingin keluar berjumpa dengan 'owner' syarikat.

"Kau nak ke mana?" Soal Lisa, saja.

"Jumpa CEO syarikat tulah, harini projek tu dah kena lancarkan" Jawabnya sambil menyarungkan kasut di pintu.

Lisa menggangguk lalu menghirup kopi panasnya.

"Kalau ada apa-apa masalah, bagitahulah.. Aku mungkin boleh bantu" Kata Lisa sebaik saja kopi diletakkan semula di meja.

"Okey, aku pergi dulu"

Sehun melangkah keluar rumah, Lisa memandang saja..

"Mari tamatkan"

...

Sehun melangkah mendekati meja NamJoon sebagai pengurus syarikat terkenal itu, Jin juga berada di situ. Dia tidak tahu kenapa, sepatutnya dia hanya berurusan dengan Jin tapi NamJoon juga ada sekali. Dia baru tahu sekarang..

"Duduklah" Kata Jin mempelawa Sehun sebaik saja sampai di meja.

Sehun menarik kerusi beroda itu lalu duduk bersebelahan dengan Jin, NamJoon tersenyum sinis melihat Sehun yang kelihatannya sedikit gugup. Why? Takut.

Sehun berdeham apabila merasakan suasana agak suram.

"Well, apa yang kita perlu buat sekarang.. CEO Sehun?" NamJoon membuka topik perbualan.

CEO Sehun? Itu panggilannya di syarikat lamanya..

"Encik?"

Sehun tersentak, wajah NamJoon dan Jin direnung bersilih ganti.

"Apa dia tadi?" Soal Sehun. NamJoon tersenyum sinis sekali lagi, jelas lelaki ini gugup.

"Aku taknak lengahkan masa, sekarang jawab pertanyaan aku.. Tua tu bagi kau berapa untuk kau jatuhkan aku?" Suara NamJoon kedengaran sinis.

Sehun terkejut seketika, okey.. Dia gagal melakukan misi kalau Lisa tahu ni. Mampuih.

"Jawab gila!"

"Siapa si tua?"

NamJoon menunduk, hampa dengan jawapan untuk soalannya. Jin hampir ketawa mendengar soalan itu namun ditahan.

"Orang yang upah kaulah" Balas Jin, tenang.

"50 ribu"

"Wow.. Kalau macam tu, aku bagi kau, 500 ribu nak?"

Sehun diam..

"Tapi, aku nak kau.. Khianat si tua tu. Dah pergi balik, aku ingatkan kau je. Kalau tak nak, macam mana eh aku nak hancurkan syarikat JR Holding tu?"

"Jangan"

NamJoon ketawa sinis..

"Boleh tapi kau perlu bersetuju dengan aku"

Sehun merenung anak mata NamJoon. Dia tidak tahu keputusan yang tepat.. Setuju atau tak?

Maaf pendek.. Vote and comment🙂

Queen Savage of MAFIA Where stories live. Discover now