Bab 23⚘

144 11 2
                                    

Empat bangtan melangkah kaki masuk ke bilik Rap Monster yang membelakangkan mereka semua. Katanya ada hal yang perlu di bincangkan. Mungkin tentang adik perempuannya, Lisa.

"Malam ni, aku nak kau Jimin dengan Suga pergi ke rumah kawan Lisa tu. Aku pasti Lisa duduk dekat situ juga" Arah Rap Monster yang masih dengan posisi yang sama.

"Okey bos"

"Jin, aku nak kau uruskan projek baru tu malam ni dengan client baru tu... Jhope, kau ikut aku malam ni. Kita jumpa seseorang"

"Siapa bos?"

"Orang yang dah lama tak bersua dengan aku.. Yang berani sentuh Lisa"

Mereka menggangguk laju, faham apa yang akan dilakukan seterusnya.

-Lepas ni saya akan gunakan nama sebenar Rap Monster, Nam Joon ya-

Malam itu..

Encik Kim tidak percaya yang Nam Joon akan datang ke rumahnya walaupun sudah berapa tahun tidak berjumpa.

Encik Kim hanya membuat riak tenang memegang tongkatnya sambil duduk. Nam Joon dan Jhope duduk di sofa berhadapan Kim.

"Sekian lamanya, masih ingat siapa aku?"

Encik Kim hanya berdiam diri..

Nam Joon ketawa sinis sambil memeluk tubuh memandang lelaki tua di depannya.

Mata Jhope hanya meliar sekeliling rumah mewah itu saja. Tidak mahu dia menyampuk, bukan urusannya.

"Dah bisu ke sejak aku tinggalkan rumah ni?" Soal Nam Joon

Encik Kim itu memandang wajah lelaki muda di depannya dengan sinis.

"Tak berubah kau ya.. Kurang ajar kau melebih, Nam Joon"

Nam Joon tersenyum sinis lalu menggangkat kening kanannya sinis sekali.

"Siapa yang besarkan aku dengan cara ni?" Soalnya

"Kau---"

Jari telunjuk Nam Joon diletakkan di bibirnya

"Shhhh..."

Encik Kim menggumam..

"Aku datang sini nak bagi hadiah sikit.. Jhope"

Kotak besar dihulurkan oleh Jhope ke arah Nam Joon.

"Hadiah ni ikhlas dari aku untuk family kau ni.. Ambillah"

Encik Kim hanya memandang ke tempat lain tanda protes. Nam Joon mengetap bibir menahan marah.

"Encik Kim, silalah ambil hadiah dari bos saya.. Penat dia siapkan demi encik Kim" Kata Jhope

"Aku tak nak terima hadiah dari budak yang macam dia"

Kotak diletakkan di atas meja, Nam Joon bangun dan menolak kotnya ke belakang.

"Aku tak ada ayah macam kau" Katanya sebelum meninggalkan ruang tamu itu dan Jhope lantas melangkah ikut Nam Joon.

Encik Kim memandang sekilas kotak tadi lalu mengeluh panjang. Seketika batuk teruknya datang, dia sudah tua.. Mungkin waktu di dunianya makin singkat. Dia berharap anak lelakinya itu berubah..

Namun Nam Joon sudah tidak seperti dahulu, seorang yang periang, baik, peramah dan rapat dengannya.. Ini semua sebab anak angkatnya, Lisa!

Dia bencikan gadis itu, kenapa dia ambil sebagai anak angkat? Kerana dia mahukan harta ibu bapa Lisa saja..

Queen Savage of MAFIA Where stories live. Discover now