Masa berlalu pantas. Aku dikejar peruntukan masa yang cemburu denganku.
Dua bulan di dunia penuh kenangan ini, aku dihimpit bibit-bibit takut akan kehilangannya.
Sekarang, tarikh di kalendar sudah menjangkau ke bulan March. Pejam celik, pejam celik.
Peristiwa sedih itu akan berulang tayang semula. Hanya aku sahaja keseorangan menanggung rindu yang tidak berbalas ini.
"Aku sayang kau selamanya, Jae Yoon."bisik Kook disusuli bunyi gelakan manjanya.
Ciuman bibirnya mendarat di sisi pipiku seraya kepalanya didaratkan pula di atas bahu kananku.
Dia menolak tubuh aku mara ke hadapan. Lengan kekarnya memeluk tubuhku hangat sekali dari arah belakang.
Suasana tenang di pantai bersama lelaki itu berulang buat kali kedua.
Aku ketap bibir. Tangisan yang ingin turun ke pipi dikawal kuat agar Jungkook tidak sedar perubahan emosiku ketika itu.
"Sayang saya terhadap awak tak pernah luput walaupun kita berpisah dunia kelak."ayat tersebut aku ucap dengan perlahan tanpa dia dengar bait-bait hujung kata tersebut.
Tubuhku bergerak mengikut rentak alunan tubuh Jungkook. Dia pusingkan aku agar wajah kami saling berpandangan.
Deruan angin yang meniup lembut melalaikan aku. Tatapan redup mata Jungkook aku pandang tanpa jemu.
"1997 will be our good years, sayang."
Kau hanya boleh berjanji. Takdir yang tersurat tetap akan datang menuntut janji tanpa aku dan kau rela.
-tbc-
YOU ARE READING
[C] 1997 | jjk
FanfictionAnother short stories from iamyourcupcake. ©All rights reserved 2020