Ending : √

2.8K 456 153
                                    








Final Chapter: 1997














"Eomma mimpi apa tu sampai jerit-jerit nama appa?"tegur seseorang sehingga aku bangkit semula dari tidur.

Anak lelakiku, Jeon Jung Min duduk di sisiku sambil matanya merenungku dengan teliti.

Ah, kantoi ke aku mimpi peristiwa tu lagi? Aku menghela nafas lega lalu telapak tangan anak lelakiku itu digenggam kuat.

Aku tayang wajah tuaku yang ceria. Malas mahu risaukan satu-satunya anak teruna aku dan Jungkook itu.

"Eomma mimpi bulan madu dengan appa. Dah pergi tidur. Kacau je heol."aku menghalau manja anakku supaya dia balik ke biliknya.

Kesian juga. Balik kerja nak berehat, aku yang tua ni buat hal. Lagilah penat budak tu.

Usai menarik selimut ke paras dadaku, Jung Min beredar ke biliknya selepas puas mengusik aku buat seketika.

Kalendar di atas meja katil aku tenung tanpa berkelip.

Aku

Realiti yang pedih. Aku percaya mimpi tadi luar biasa. Aku berpeluang untuk meluahkan rasa cinta aku kepada si dia yang sudah tiada.

Ada sesuatu yang aku dapat ubah dalam mimpi ini. Kau tahu apa?

Aku sempat menuturkan kata cinta dan sayang kepada dia. Dulu aku ni spesis degil dan dingin macam ais batu, Jungkook pun aku layan macam sampah.

Mimpi itu hadirkan aku peluang untuk aku hadirkan perasaan bahagia antara kami berdua.

Syukur. Aku ucapkan kepada tuhan.

Jari telunjukku menutup suis lampu agar aku dapat tidur nyenyak semula. Aku mendepakan lenganku di sebelah kiri sudut katil yang tidak berpenghuni sejak sekian lama.

Rindunya aku kepada Jungkook. Apa khabar dia di sana?

Aku berdoa dia baik-baik sahaja. Aku juga tidak pasti tarikh bilakah yang aku dan dia dapat bertemu semula.

Semoga rindu ini berbalas.

----

Lelaki berpakaian serba putih itu duduk di birai tingkap yang terbuka sambil matanya leka menikmati pemandangan malam yang dihiasi cahaya bintang bergemerlapan indah.

"Aku tak kisah tunggu kau walaupun lama sekalipun."dia berkata mendatar.

Wajah tua itu dipandang penuh khusyuk olehnya. Wajah Jae Yoon sudah tua dimamah usia kecuali dia, Jeon Jungkook.

Setiap malam, dia setia menunggu di tingkap supaya kehadirannya diketahui oleh si isteri.

Sayangnya, Jae Yoon selalu tidur nyenyak. Tinggal Jungkook setia di situ menjadi cctv tidak berbayar.

Bersama segaris senyuman di wajah tampan persis bidadaranya itu, Jungkook menunggu tanpa jemu.

Biar dia menjadi orang pertama yang menyambut kehadiran wanita itu ke sisinya kelak apabila nafas terakhir Jae Yoon dihembus di muka bumi.

Janjinya untuk cinta dan kasihkan wanita itu tidak pernah luntur.

"I will always be here for you."

Jungkook berlari mendekati susuk tubuh isterinya. Jemari kasarnya mengelus wajah Jae Yoon bersama lirikan mata yang berfokus kepada gelang tangan pemberian dia sendiri pada tahun 1997.

"Takdir memisahkan kita. Tapi, aku setia untuk kau sampai bila-bila."

Matanya bersinar memandang wajah isterinya. Teruja dia menanti saat isterinya dapat melihat dia semula di hadapan mata.

"One day, when you open you eyes.."

Jungkook mengucup dahi Jae Yoon. Hampir terburai tawa manisnya melihat mimik muka isterinya yang berkerut.

"...kau akan lihat aku sentiasa tatap wajah kau dengan senyuman bahagia ini."

-the end-



















Hambar ke?









Baru je taip pukul 11.30 malam 4 January berakhir pada 2.09 pagi 5 January.















Maaf jika plot tak seindah dijangka. Saya buat ff ni random sahaja.












Selamat pagi❤















Sila nyatakan komen anda🐒🌺











[C] 1997 | jjkWhere stories live. Discover now