Bunyi sorak hadirin yang datang ke majlis perkahwinan Jungkook dan Jae Yoon begitu meriah. Ucapan dibalas ucapan gembira.
Masing-masing tercuit hati melihat gelagat dua sahabat yang sudah sah bergelar pasangan suami isteri itu.
"Wife aku, hak milik aku."seloroh Jungkook sambil wajahnya dirapatkan ke wajah isterinya.
May 1997.
Bulan mereka merasmikan status sebagai pasangan berkahwin. Ikatan termeterai, janji dilafaz.
Tinggal dua insan ini bersama gumpalan rasa sayang yang tersemat kukuh.
Kook kurang selesa melihat wajah mendung isterinya. Angka tiga ditayang tepat di hadapan matanya.
Hairan Kook melihat wajah mendung itu bertukar ceria. Belakang telapak tangannya dikucup penuh kasih oleh Jae Yoon.
Kembang mekar isi hatinya terhadap wanita itu.
"Tiga bulan lagi untuk saya manfaatkan segalanya. For you, Jeongguk."
Nama manjanya disebut sang isteri. Kook enggan melayan andaian berlebihan terhadap Jae Yoon.
Tubuh Jae Yoon ditarik ke tengah dewan. Automatik Jungkook biarkan tubuh dia dan Jae Yoon bergerak mengikut irama muzik romantis.
Fokusnya cuma pada wanita itu.
Dia berjanji dia tidak akan tinggalkan Jae Yoon.
Ya, dia berjanji. Tanpa dia tahu, janji itu tinggal janji sahaja.
-tbc-

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] 1997 | jjk
FanfictionAnother short stories from iamyourcupcake. ©All rights reserved 2020