08

1.9K 398 19
                                    


Minggu ketiga terakhir bulan Ogos 1997.

Seminggu sebelum bermula awal September.

Diam, diam dan diam tanpa sebutir katapun. Jae Yoon terpegun melihat kejutan yang dihadiahkan sahabat baik merangkap suaminya itu.

"U-untuk kenangan di hari tua.."Jungkook berkata sambil jemarinya menyarungkan gelang unik terukir huruf J itu di pergelangan tanganku.

Matanya mendesak agar aku melakukan perkara yang sama.

Usai menyarungkan gelang pasangan itu, Jungkook memegang bahuku dengan kuat.

Dia tersenyum. Dia tergelak sendiri. Namun, mata itu tetap gigih menyalurkan rasa cinta yang menebal.

"I will find you again walaupun mungkin ada perpisahan antara kita."

Luahan Jungkook terhenti lama. Jemarinya tidak berhenti mengusap kawasan pipiku dan berakhir di kawasan bibirku.

"Terima takdir. Itu sahaja yang aku pinta, sayang."

Aku dihurung rasa sebak. Apabila bibir kami bertaut, air mata Jungkook mengalir deras.

Pipinya basah. Pipi aku juga tidak ketinggalan.

"Terima kasih. T-terima kasih kerana wujud sebagai cinta hati s-saya."

Aku tekapkan cuping telingaku ke dada bidang milik Jungkook. Irama itu aku simpan dalam memoriku sekali lagi.

Bahagia ini hadir tidak berulang. Aku bisikkan kata semangat kepada dirinya.

Harapan aku semoga dia ada bersamaku di hari tua.

-tbc-

[C] 1997 | jjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang