Bab 2

1.9K 74 0
                                    

"Mama?" Dia membaca kuat.
"Hah? Mama chat hg ka" Encik Rosman terus menanyakan Rosyaida apabila dia terdengar anaknya menyebut mama.
"Eh! Tak la..Ni haa.. mama Airin watsapp"
"Ayah ingatkan mama mesej akak"
"Tak de la.." Rosyaida terus menyembunyikan riak mukanya yang terkejut dan terus membuka mesej tersebut.
...........................
Mama: Akak..terima kasih sudi jadi menantu mama. Terima kasih sebab sudi jadi anak mama yang betul. Selama ni akak jadi anak angkat mama je. Terima kasih akak! Mama sayang akak❤
..........................
Ya Allah..besar betul ujian kau kepada ku..ku mohon berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Tidak putus-putus Rosyaida berdoa di dalam hati.

..........................
"Termenung apa tu. Hang tak mengantuk ka? tak kerja ka esok? Encik Rosman mengejutkan Rosyaida yang sedang mengelamun.
"Eh..haah..Esok akak cuti. Saje je akak tengok tv. Tak mengantuk lagi ni."
"Akak ada masalah ka?"
"Ayah rasa?"
"Emm...ayah kalau boleh nak tengok hg renyih ja. Lagi pun sesuai dah tu umuq hang nak kawin. Hang dah 24 dah. Waktu hang ni..ayah dah kawin dengan mak hang dah"
"Tapi ayah.."
"Mak pak mana yang nak tengok anak sedih macam ni. Mak hang risau hang tak kawin lagi. Lagipun mirul bagus pa. Hensem..dia pun doktor sama dengan hg" Encik Rosman memotong ayat Rosyaida dan cuba untuk menyedapkan hati anak perempuanya.
"Ayah..kalau tak bahagia macam mana? Kalau dia dah ada girlfriend? Kalau dia mainkan akak macam mana"
"Jangan cakap macam tu. Kalau akak pikiaq macam tu..alamatnya akak tak kawin la. Akak..believe me..you will be happy" Encik Rosman memeluk anaknya.

"Ehem..buat drama apa tu? Tak ajak kite pun!" Puan Rozilah mengejutkan dua beranak yang tengah berpelukan.
"Amboi masuk tak bagi salam" Encik Rosman memerli isterinya.
"Nak masuk ke mane? Dah masuk rumah kan?" Puan Rozilah menjawab.
"Masuk ke sini..cia..cia..cia" Encik Rosman menunjuk ke dadanya. Kemudian ketawa seorang diri.

Rosyaida tersenyum melihat gelagat ibu dan ayahnya. Dalam hatinya berdoa agar ibu dan ayahnya bahagia hingga ke jannah dan berdoa agar kehidupannya selepas berkahwin seindah perkahwinan ibu dan ayahnya.

.........................................
"Cantiknya kau harini!" Airin memuji ikhlas kawanya.
Rosyaida menghadiakan senyuman sahaja kepada sahabat baiknya. Dia sudah penat untuk menjawab terima kasih. Dia masih tidak percaya bahawa dia sudah menjadi tunang orang.

"Akak!! Jom ambil gambar." Puan Zarina memanggil Rosyaida bergambar.
"Kejap..mama"

"Akak...akak bergambar dengan adik boleh?" Rosyaida terkejut apabila mama meminta dia bergambar dengan Amirul.

Rosyaida melihat sekeliling. Dia masih terkejut apabila mama memintanya bergambar bersama-sama Amirul.

"Adik!..adik! Mana pulak budak ni?" Puan Zarina memanggil anaknya.
"Muhammad Amirul Syakir Bin Roseli" Puan Zarina memanggil lagi.

"Ye mama..hah adik datang ni" Amirul menjawab sambil menjelingkan matanya dengan Rosyaida.

Rosyaida terus melarikan anak matanya apabila melihat reaksi Amirul tersebut.

"Pergi bergambar dulu sebelum balik." Puan Zarina mengarah.

"Dengan kakak?" Amirul menyoal.

"she's your fiance now" Puan Zarina mengingatkan anaknya.

Rosyaida yang hanya mendiamkan diri dari tadi terkejut mendengar kata-kata mamanya.

"Cepat sikit. Akak jangan lama-lama. Adik tak suka" Amirul membisik perlahan pada telinga Rosyaida kerana takut di dengari oleh emaknya.

Selepas Rosyaida menjadi anak angkat kepada Puan Zarina, dia diberi gelaran kakak dan semua ahli keluarga Puan zarina memanggilnya dengan gelaran 'kakak'

....................................

Peristiwa siang tadi berlegar-legar di minda Rosyaida.

I'm Sorry (Complete) ✔Where stories live. Discover now