Bab 6

1.7K 71 0
                                    

"Airin..panggil Syai turun. Pengantin lelaki dah sampai." Puan Rozilah mengarah Airin memanggil Rosyaida.

Airin menaiki tangga. Apabila sampai di hadapan bilik Rosyaida, dia memulas tombok pintu. Dia terkejut, rakannya tiada di dalam bilik. Dia melihat di dalam tandas. Dia melepaskan nafas lega. Dia melihat Rosyaida sedang melihat cermin di dalam tandas.

"Aku ingatkan kau lari tadi. Terkejut aku tengok kau takde. Rupanya dalam tandas. Jom..Mirul dah sampai" Airin menarik tangan Rosyaida keluar dari tandas.

Rosyaida sudah mengambil tempatnya di atas pelamin. Dia melihat Amirul dari belakang. Jantungnya berdegup kuat. Dia mengambil tangan ibunya yang duduk di sebelahnya, terus dia  mengegam kuat.

Encik Rosman sudah duduk di hadapan Amirul. Rosyaidi pun sudah mengambil tempat di sebelah Encik Rosman.

"Bismillahirahmanirahim,aku nikahkan dikau dengan anakku Noor Rosyaida Assyikin Binti Rosman dengan mas kawinnya RM 500 ringgit tunai.

"Aku terima nikahnya Noor Rosyaida Assyikin Binti Rosman  dengan mas kawinnya RM 500 ringgit tunai"

"Sah?"
"Sah!"
"Sah"
"Alhamdulilah"

Gugur air mata Rosyaida. Dia bukan menangis gembira. Dia menangis sedih. Hidupnya kini sudah dikuasai oleh seorang lelaki yang dibencinya. Dia tahu hidupnya pasti terseksa. Namun, dia sudah tekad. Dia mahu menjadi Rosyaida yang baru. Dia tidak mahu menjadi Rosyaida yang lemah di hadapan lelaki itu. Dia tidak akan mengikut rancangan buruk lelaki itu.

"Syai..termenung apa tu? Salam lelaki kamu tu"

Rosyaida menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Amirul.
Cepat-cepat dia menarik tangan.

"Syai..lama sikit. Nak ambil gambar ni"

Lama Rosyaida bersalaman dengan Amirul.
Tiba giliran Amirul mencium dahinya. Lama dahinya dikucup. Rosyaida sebaiknya tidak mahu dahinya dikucup lama. Dia terus menarik kepalanya.
Mata mereka bertentangan. Lama Amirul melihat Rosyaida. Dia akui Rosyaida memang cantik. Dia cepat-cepat menjauhkan perasaan itu. Dia tidak mahu jatuh cinta pada wanita itu.

Sebelah malam majlis resepsi diadakan di hotel.

"Pengantin perempuan dekat sikit dengan pengantin lelaki"
"Pengantin lelaki pegang pinggang pengantin perempuan"
Laju sahaja tangan Amirul merangkul pinggang Rosyaida.
"Okay. Settel" juru kamera sudah habis merakam gambar.

Setelah beberapa jam, Rosyaida naik ke bilik. Dia sudah penat. Dia mahu merehatkan badan. Rosyaida mandi dan memakai baju tidurnya dalam keadaan tergesa-gesa. Dia takut Amirul masuk ketika dia sedang mandi.
Setelah siap dia pergi ke balkoni luar. Dia berfikir akan masa hadapannya. Dia mengeluh kuat.

"Kuat kau mengeluh" Amirul mengejutkan dia di balkoni.
"Bila awak masuk"
"Lama dah. Aku siap dah habis mandi lagi"
Dia ni pening ape. Tetiba je baik dengan aku. Hari tu bukan main warning aq bagai.
"Kau kutuk aku ke?"
"Mane awak tahu?"
"Kau ikut aku kejap" Amirul menarik kasar tangan Rosyaida.
"Awak nak buat ape ni"
"Kau duduk cepat"
"Kalau saya tak nak duduk..awak nak buat ape?"
"Kau jangan macam-macam! Aku suruh kau duduk je pun! Ke kau nak aku buat sesuatu dekat kau? Kau jangan lupa kita dah kawin!"
Amirul sudah memberi amaran kepadanya.
Akibat takut, Rosyaida terus duduk di atas katil.
"Kenape kau tak lari?"
"Kenapa awak tanya saya? Kenapa bukan awak yang tak lari? Kenapa saya?"
"Kau jangan banyak tanya! Aku tanya kau! Bukan suruh kau tanya aku!" Rambut Rosyaida ditarik kemudian di lepaskan.
"Saya mintak maaf. Saya tak boleh lari. Saya tak nak kecewakan parent kita." Rosyaida menjawab dalam tangisan.
"Engkau dengar sini baik-baik. Aku tak boleh nak buat apa! Semua dah jadi dah pun! Walaupun kita dah kawin. Engkau masih bukan isteri aku! Aku takkan pernah terima kau dalam hidup aku! Kau dengar tak?"
Rosyaida hanya diam membekukan diri.
"Pang"
Sebuah tamparan tepat di pipi Rosyaida.
"Aku tanya engkau. Bukan tanya batu. Jawablah!" Suaranya ditinggikan.
"Saya den....ga..gar" jawab Rosyaida dalam tangisan.

Malam itu dia tidur dalam tangisan. Inikah permulaan hidupnya? Sedangkan pasangan lain yang baru berkahwin dilayan bagai permaisuri. Dia dilayan tidak tumpah seperti kucing kurap. Rosyaida tidur dalam tangisan. Akhirnya dia tidur dibuai mimpi.

I'm Sorry (Complete) ✔Where stories live. Discover now