"Klik" pintu biliknya dibuka. Rosyaida memandang ke arah pintunya. Apabila melihat seseorang memakai pakaian serba hitam, badanya mengigil kuat. Digengamnya selimut dengan erat.
"Bangun...bangun." Rosyaida terjaga dari tidurnya apabila Amirul mengejutnya. Amirul yang memakai seluar jean hitam dan baju kemeja berwarna hitam menambahkan lagi ketakutanya. Terus dia menarik selimut sehingga ke paras dadanya. Badanya sekali lagi mengigil kuat. Dahinya berpeluh walaupun biliknya dipasang penghawa dingin.
"Kau ni kenapa? Aku kejut bukan main susah!" Amirul menengkinya.
Rosyaida menangis tersedu-sedu.
"Kenapa kau nangis ni?" Amirul mula merendahkan suaranya. Tangannya cuba memegang kepala Rosyaida.
"Jan...ngan sentuh sa..sa..saye" mengigil Rosyaida menjawab.
Arahan Rosyaida tidak dipedulikan. Amirul meletakkan belakang tanganya di atas dahi Rosyaida. Dahinya panas.
"Kau demam ni. Kau rehatla. Aku turun ambik ubat." Amirul terus keluar dari bilik Rosyaida.
"Kau rehatla. Nanti aku call kawan kau, yang kau ambil MC." Amirul yang baru memberi ubat kepada Rosyaida, memberi arahan.
Rosyaida yang dari tadi senyap mengikut arahan Amirul. Dia menarik selimut hingga ke paras dadanya dan menutup mata. Amirul menutup suis lampu dan berlalu keluar di dalam bilik.************************
Amirul SyakirKenapa dengan dia? Apasal dia takut sangat tengok aku. Selama ni dia okay ja. Sebab aku kurung kau ke..kau jadi macam ni?. Aargh. Amirul mengusap rambutnya. Dia serabut. Dia berasa bersalah apabila melihat isterinya ketakutan. Dia cuba memejamkan matanya, namun sukar. Peristiwa dia memukul isterinya bermain di mindanya. Amirul bangun dari katilnya, dia pergi ke bilik isterinya.
Sayu hatinya melihat isterinya tidur. Kedua-dua pipinya lebam. Hujung mata isterinya ada air mata mengalir.
"Menangis dalam tidur ke ni?" Soalnya perlahan. Amirul mencium perlahan dahi Rosyaida dan terus berjalan keluar. Dia takut Rosyaida bangun dan terkejut melihat apa yang baru dia lakukan tadi."Kau bersiap bagai ni nak ke mana? Bukan kau demam lagi ke?" Amirul yang sedang memasak bubur menegur Rosyaida yang baru turun dari tangga.
"Saye nak mintak izin keluar jap, saye ada urusan."
"Urusan apa yang penting sangat tu?" Amirul merenung tajam.
"Saye janji, saya balik awal. Assalammualaikum." Rosyaida cepat-cepat keluar dari rumah. Dia berjalan keluar dari rumah ke stesen bas di hadapan kawasan perumahannya.
..................................R & R Holding
Rosyaida bergegas masuk ke bangunan itu.
"Adi ade?" Rosyaida menanyakan soalan kepada setiausaha adiknya, Jeha.
"Eh kak Syai, Adi ada kat dalam. Saya inform dulu ye dekat bos"
Rosyaida mengangguk.
"Kak Syai..akak dah boleh masuk" Jeha menghadiahkan senyuman kepadanya."Akak kenapa tiba-tiba datang tak bagitahu?" Rosyaidi menghulurkan salam kepada kakaknya.
"Akak rindu Adi la" Rosyaida mengambil tempat duduk di atas sofa
"Akak tak kerje ke harini?" Rosyaidi duduk di hadapannya.
"Adi..tolong akak boleh?"
"Kenape ni"
Rosyaida membuka cermin mata hitamnya.
"Kenapa mata akak sembap ni?" Rosyaidi bangun berjalan ke kakaknya. Rosyaida menangis memeluk adiknya. Dia menceritakan semuanya kepada Rosyaidi.
"Akak bagitahu dekat abang Mirul tak?"
Rosyaida mengeleng.
"Macam ni, kita pergi buat report polis. Biar polis setelkan semuanya. Kalau pasal kereta, akak pinjam dulu kereta Adi. Nanti Adi pakai kereta ibu."
"Adi..janji dengan akak..adik takkan bagitahu sesiapa pun." Rosyaida mengangkat jari telingkingnya.
"Yela, janji!" Rosyaidi menyambut jari telingking kakaknya.
"Jom, Adi teman akak buat report." Rosyaidi menarik lengan kakaknya."Kau naik keta sapa tu?" Amirul menegur Rosyaida yang baru masuk ke dalam rumah.
"Kerete Adi"
"Oh, kau pergi mengadu la ni. Ni la hal mustahak kau!" Amirul meninggikan suaranya. Dia mengengan kuat tangan Rosyaida.
"Tak, sumpah tak." Amirul melepaskan gengamannya.
"Aku call kau kenapa tak angkat?"
"Phone saye hilang. Saye naik dulu." Rosyaida bergegas menaiki tangga. Sungguh dia tidak kuat untuk menipu suaminya.*******************
Rosyaida sedang melilit tudung di kepalanya. Tiba-tiba pandangannya menjadi hitam. Dia cuba membuka matanya seluas mungkin tetapi matanya seakan tidak memberi kerjasama. Rosyaida cepat-cepat ke bilik air mencuci mukanya. Selepas dua minit, dia sudah boleh membuka mata. Kepalanya dipicit perlahan. Enggan mengikut perasaan, Rosyaida mengambil beg tangannya dan keluar dari bilik tidur.
"Kenapa muka kau pucat? Kau sakit ke?" Amirul menegur Rosyaida yang sedang memakai kasut.
"Takde lah. Saye pergi dulu." Rosyaida bergegas masuk ke dalam kereta. Keretanya dipandu cepat keluar dari perkarangan rumah.
"Apasal aku baik sangat ni?" Amirul cepat mengusir perasaan simpatinya.**************************
Tangan Rosyaida mengeletar menunggu keputusan. Dahinya berpeluh walaupun suasana di dalam bilik itu sejuk. Penghawa dingin di dalam bilik itu tidak membantu menghilangkan ketakutannya. Kedua-dua tanganya digengam kuat.
"Awak...dah lama ka rasa sakit kepala ni?" Doktor Afiq yang dari tadi sibuk meneliti dokumen mula memcahkan kesunyian.
"Sejak 2 bulan lepas. Kenape doktor?"
"Kenapa awak tak cepat-cepat datang buat check-up?" Doktor Afiq menyilangkan tangan di dadanya.
"Ade yang serius ke doktor?"
"Saya harap awak banyak-banyak bersabar. Melalui ujian darah yang dibuat...
YOU ARE READING
I'm Sorry (Complete) ✔
RomanceRosyaida terpaksa menurut kemahuan ibunya. Ibunya mahu mengahwinkan dia dengan adik angkatnya. Adakah dia akhirnya menurut kemahuan kedua-dua ibu bapanya? "Ibu tak kira apa pun jawapan kakak yang penting hujung minggu ni kakak bertunang dengan Miru...