Dear Diary,
Kenapa perlu aku sayang dia kalau dia dah tak suke aku? Kenapa aku kena ambik tahu pasal dia kalau dia asyik nak cari pasal dengan aku. Rosyaida Assyikin ingat..jangan pernah jatuh cinta dengan dia! Dia takkan hargai kau walau sesaat. Please remind yourself!Rosyaida menutup diarynya dan disimpan di tempat kemas di tempat simpanannya. Di situlah dia meluahkan isi hatinya. Dia malu untuk menceritakan kepada orang lain..jadi di situlah dia berkarya.
*Amirul Syakir*
"Comel juga tunang aku ni" Amirul menatap gambar hari pertunangannya. Memang tidak di nafikan tunangnya memiliki wajah yang comel. Bertubuh kecil dan memiliki sepasang mata yang cantik ditambah pula dengan lesung pipit. Akibat dendam pada tunangnya, Rosyaida, dia memasang niat untuk menyakiti hatinya."Nak tengok sampai tembus gambar tu ke" Puan Zarina mengejutkan Amirul yang berada di taman. Di situlah tempat mereka sekeluarga berehat.
"Ahaa..mama ni suka buat orang terkejut"
"Takde la..mama rasa adik rindu seseorang ni"
'Rindu?..benci lagi ade la' gomel Amirul di dalam hati.
"Kalau dah rindu sangat, bagi kawin je la..cepat sikit papa dengan mama dapat cucu"
"Kalau melayan mama boleh sembang sampai England tu"**********************
2 bulan berlalu,Persiapan perkahwinan semuanya sudah siap. Semua adik-beradik dan saudara-mara sudah mula memenuhi rumah.
"Senyumla sikit. Malam berinai ni. Esok kau dah nak jadi isteri orang"
"Tak pernah ada istilah isteri untuk aku. Aku takut ni.. Airin"
"Tak pe..kalau ada ape-ape kau call aku. Remember..i always be your side" Airin memeluku.
Dia sahaja yang memahamiku dan sentiasa mendengar luahanku. Terima kasih ya Allah kau hadiahkan kawan yang memahami. gomel Rosyaida dalam hati."Akak syai senyum! Nini nak ambik gambar ni" Rosyaida mengikut sahaja kehendak sepupunya yang baru berusia 9 tahun.
"Akak..besar nanti Nini nak jadi macam akak!"
"Kenape nak jadi macam akak?"
"Sebab..akak cantik. Akak pandai. Akak doktor. Nini nak jadi doktor. Tak sabar Nini nak besar."
"Nini..akak doakan impian Nini tercapai. Akak doakan Nini dapat jodoh yang baik yang ikhlas akan menyanyangi Nini" tanpa sedari Rosyaida menitiskan air mata.
"Akak janganla nangis" peluk Nini.
"Nini..ibu panggil" Airin yang menonton dari tadi cepat-cepat menukarkan suasana.
"Okay..Nini datang"
"Terima kasih rin."
"Takpe..aku paham" Rosyaida memeluk Airin.
"Assalammuaikum." Puan Zarina memberi salam.
"Syai aku balik pergi dapur dulu." Airin banguneninggalkan Rosyaida dan Puan Zarina.
"Mama..bila sampai. Mama sorry Syai tak boleh salam. Tangan Syai" Rosyaida menunjukkan tangannya yang dihiasi inai.
"Mama paham. Nampak seri pengantin dah ni."
"Mama datang sorang je ke" Rosyaida melihat sekeliling.
"Mama datang dengan nenek dan papa ja. Abang dengan adik ada dekat rumah. Mama suruh diorang layan tetamu." Puan Zarina menghadiahkan senyuman kepada Rosyaida.
"Nenek ade dekat dapur ke? Syai pergi cari nenek dulu ye. Akak Ani tolong pakaikan inai untuk mama. Lukis cantik-cantik tau" Rosyaida bingkas bangun dari tempat duduknya tadi.
"Nenek!" Sergah Rosyaida.
"Oit mak hang jatuh. Ya Allah cucu nenek ni. Suka buat nenek terkejut" Puan Aisyah memicit hidung Rosyaida.
"Rindu nenek. Nenek sihat?" Rosyaida memeluk Puan Aisyah.
"Sihat. Dulu Syai jadi cucu nenek. Sekarang jadi cucu menantu dah." Puan Aisyah membalas peluk Rosyaida.
"Nenek..jom pakai inai. Kita lukis cantik-cantik." Rosyaida menarik tangan nenek. Inai di tangan yang sudah pun kering laju sahaja menarik tangan neneknya.
"Nenek tua dah." Puan Aisyah menurut sahaja kehendak cucunya.*************************
Debaran kian terasa, Rosyaida melihat mukanya di cermin. Hampir tidak percaya, hanya beberapa minit sahaja lagi dia bakal menjadi isteri. Dia menitiskan air mata. Dia bukanya gembira. Dia takut untuk bergelar isteri. Amirul sudah beberapa kali memberi amaran kepada dia supaya menolak. Namun, Rosyaida takut untuk mengecewakan hati ibu dan ayahnya.Telefon Rosyaida berdering menandakan notifikasi masuk
Amirul
Aku nak kau lari dari perkahwinan ni. Aku dah sediakan kereta dekat belakang pintu rumah kau.
Dalam tu ada kunci.
Kau terus pergi Airport. Kawan aku dah tunggu kat sanaRosyaida terkejut membaca mesej tersebut. Gamaknya Amirul sudah hilang akal. Kenape aku yang kene lari? Kenapa bukan dia?
Telefonya berbunyi lagi
Amirul
Kau jangan seen je mesej aku. Aku nak kau bertindak!Tok..tok..tok..
Pintu biliknya diketuk dari luar.
"Boleh ibu dengan ayah masuk?"
"Masukla "
"Ibu tak sangka..akak dah nak jadi isteri orang. Rase macam baru semalam je ibu lahirkan akak" Puan Rozilah menghadiakan senyuman kepada anaknya.Sorry guys cerita tak masuk akal..saya masih berlajar❤. Maaf kalau ada kesilapan ejaan
Jangan lupa sambung baca
tau..untuk tahu yang lebih lanjut!❤❤💐
Love from me❤
YOU ARE READING
I'm Sorry (Complete) ✔
RomanceRosyaida terpaksa menurut kemahuan ibunya. Ibunya mahu mengahwinkan dia dengan adik angkatnya. Adakah dia akhirnya menurut kemahuan kedua-dua ibu bapanya? "Ibu tak kira apa pun jawapan kakak yang penting hujung minggu ni kakak bertunang dengan Miru...