6 bulan sudah Rosyaida bergelar isteri. Dia masih dilayan buruk. Namun, dia masih melakukan tanggungjawab sebagai isteri. Hampir setiap hari dia dilukai tetapi apabila di hadapan keluarga ibu bapanya, mereka menunjukkan bahawa mereka sebuah pasangan bahagia.
"Hujung minggu kita balik rumah nenek." Amirul memberitahu Rosyaida ketika di ruang tamu.
"Kau dengar tak?" Amirul mula menaikkan suaranya.
Rosyaida mengangguk.
"Setahu aku. Aku kawin dengan bini yang bukan bisu. Kau dah bisu ke?" Amirul mula menaikkan tangannya.
"Saye dengar"
"Bagus."************************
"Kau tunggu sini. Aku nak pergi tandas jap" Amirul memakir kereta di tepi perhentian tol.
Selepas Amirul keluar dari kereta, Rosyaida bersuara
Semua nak ikut dia! Dia ingat dia hebat ke? Haih. Sabar Syai!. Aduh..sakitnya. Dia memegang kepalanya. Akhir-akhir ini kepalanya asyik sakit."Lambatnya hampa sampai. Nek duk tunggu la hampa. Ingatka hampa tak jadi balik." Puan Aisyah menyambut Rosyaida dan Amirul di muka pintu.
"Tadi jalan sesak. Tu yang lambat sampai" jawab Amirul sambil mengangkat bagasi keluar dari bot kereta.
"Syai, tok masak special kat hang. Jom masuk"
"Apa yang special tu tok?" Rosyaida menghulurkan tangan kepada Rosyaida.
Puan Aisyah hanya tersenyum apabila melihat Rosyaida membuka tudung salji di atas meja.
"Ya Allah nek. Dah lama syai teringin nak makan masak lemak ikan keli! Terima kasih nek!"
Rosyaida menghadiahkan pelukan kepada neneknya."Aik..hang ada apa-apa ka? Tiba-tiba ja hang teringin ni?
"Tak ada rezeki lagi nek."
Amirul tiba-tiba mencelah perbualan mereka di dapur.
"Em..tak pa la. Hampa baru ja lagi. Jom kita makan. Satgi masuk mahgrib kita jemaah sekali!"
Rosyaida mula menyenduk nasi ke dalam pinggan. Suasana di meja makan riuh dengan celoteh Puan Aisyah dan Rosyaida. Amirul hanya mencelah bila perlu.Selama 2 bulan Rosyaida bergelar isteri, dia tidak pernah berjemaah dengan Amirul. Itulah pertama kali Amirul mengimamkan solatnya dan bersalaman selepas solat. Semuanya hanya kerana nenek. Jika tidak bukan kerana nenek, pasti seorang di utara fan seorang di selatan.
"Hampa dua ada masalah ka?" Puan Aisyah mengejutkan Amirul dan Rosyaida yang sedang melipat sejadah.
"Hampa boleh tipu nek, tapi nek tau semua. Hampa tak payah habaq kat nek. Hampa dua memang ada masalah kan?" Soal Puan Aisyah menyoal lagi.Hambar sikit kan?
Problem sikit nak publish cerita yang panjang. Boleh publish sikit je.
Sorry🌼
Hahahaha sis takda idea.
Sis akan cuba yabg terbaik.
Teruskan membaca❤
Sis masih belajar❤ kalau ada salah tolong tunjukkan💐
YOU ARE READING
I'm Sorry (Complete) ✔
RomanceRosyaida terpaksa menurut kemahuan ibunya. Ibunya mahu mengahwinkan dia dengan adik angkatnya. Adakah dia akhirnya menurut kemahuan kedua-dua ibu bapanya? "Ibu tak kira apa pun jawapan kakak yang penting hujung minggu ni kakak bertunang dengan Miru...