Lamunan Rosyaida hilang apabila mendengar telefonnya berdering menandakan peti simpanan masuk.
............................
Amirul: I will not accept you as my wife! remember that
............................
Hati Rosyaida menjadi sakit apabila membaca mesej tersebut. Dia cepat-cepat menutup telefonnya dan terus naik ke atas katil.............................. 2 minggu berlalu..
Selepas menerima kiriman dari Amirul, Rosyaida mencuba sedaya upaya menyibukkan dirinya. Dia akan mengelakkan dirinya untuk berjumpa dengan keluarga tunangnya.
"Akak..petang ni pergi rumah mama." Puan Rozilah memberi arahan kepada anaknya.
"Buat ape, ibu..akak malas la. Lagipun akak dah plan dengan Adi nak keluar."
"Lupa la tu"
"Ade ape je harini?"
"Kan..mama buat tahlil harini. Tula..waktu ibu gitau tak bagi attention. Pergi la awal..tolong-tolong mama. Buat apa yang patut!" Puan Rozilah terus meninggalkan Rosyaida yang terkebil-kebil di dapur.
"Ala..ibu.. akak baru nak keluar dengan Adi"
"Takde-takde..pergi awal. Ajak Adi pergi sekali. Jangan lupa singgah beli buah...bagi dekat mama" sempat Puan Rozilah mengarahkan Rosyaida......................................
"Akak...okay tak ni? Dari tadi diam je." Rosyaidi memecahkan kesunyian di dalam kereta.
"Akak tak tahu la..nak cakap ape. Akak kalau boleh nak putar masa balik. Akak taknak jumpa mama. Akak tak sepatutnya terima jadi anak angkat mama. Akak menyesal Adi"
"Jangan cakap macam tu! No matter what happens to you, I'll be your side. That's my promise!" Rosyaidi cuba menyedapkan hati kakaknya.
"Thankyou Adi"
"Okay kita dah sampai." Rosyaidi terus mematikan enjin kereta.................................
"Assalammualaikum,mama." Rosyaida menghulurkan salam kepada Puan Zarina.
"Eh, awalnya sampai!. Ibu dengan ayah tak datang sekali ka?" Puan Zarina menyambut salam Rosyaida.
"Diorang datang lepas asar. Ni akak dengan Adi datang dulu. Nak tolong-tolong apa yang patut. Em..mama, akak letak buah dekat dapur ye" Rosyaida menunjukkan buah yang baru dibeli dengan adiknya.
"Eh! Akak.. Adi.. Bila sampai? Papa tak perasan pun." Giliran Encik Roseli pula menegur Rosyaida.
"Ah..papa.. Akak baru je sampai. Akak masuk dapur dulu dengan mama ye" Rosyaida cepat-cepat melarikan diri ke dapur kerana ada sepasang mata sedang memerhatikannya dari jauh.
"Adi, jom ikut papa. Biar yang perempuan ja pergi dapur"
Rosyaidi yang hanya diam dari tadi, mengikut sahaja arahan daripada ayah angkat kakaknya."Kau tak payah nak tunjuk rajin kat sini! Aku tak suka!"
"Eh,adik!" Amirul yang tiba-tiba muncul mengejutkan Rosyaida di dapur.
"Kau tak payah nak ber adik bagai..aku bukan adik kau! Kau ni memang tak paham bahasa kan? Don't ever call me adik! I don't like it!"
"Apa yang bising kat dapur ni?.. ehh..adik senjak bila kamu suka duduk kat dapur ni?" Puan Zarina mengejutkan mereka di dapur.
"Ni haa..kakak mintak tolong dia" Amirul mengenyitkan mata kepada Rosyaida.
_Mamat ni dah sewel kot..kejap baik kejap menyakitkan hati_ gomel Rosyaida dalam hati.
"Tak de lah..dah siap pun kerja..adik ja lebih-lebih mama. Orang dah cakap tak payah dia nak juga" Rosyaida mencari peluang untuk mengenakan Amirul.
"Lepas ni mama tak nak korang beradik kakak! Panggil je nama. Dah bertunang dah kan?"
"Okay madam!" Amirul sudah bersedia untuk memulakan rancangan jahatnya untuk menyakitkan hati Rosyaida.Setelah selesai tahlil Amirul menarik tangan Rosyaida ke penjuru rumah di mana tempat yang selamat untuknya memberi peringatan
"Kau dengar sini baik-baik! Aku tak pernah terima kau jadi tunang aku! Aku tak nak kau jadi isteri aku. Kau paham tak"
"Awak ingat saya ingin ke kat awak? Kalau tak kerana parent kita I never want to maried you!"
"It's good that you understand. I'm so happy"
"Kalau awak dah tak de ape saya nak balik. Thankyou la sebab ingatkan saye yang awak memang tak layak jadi suami saya. At least I didn't waste my time getting to know you"'Wait and see who are the winner' gumam Amirul dalam hati
Bersambung...
Maaf jika ada banyak kesilapan. Saya masih muda dan masih belajar.Jangan lupa vote❤ dan komen❤
YOU ARE READING
I'm Sorry (Complete) ✔
RomanceRosyaida terpaksa menurut kemahuan ibunya. Ibunya mahu mengahwinkan dia dengan adik angkatnya. Adakah dia akhirnya menurut kemahuan kedua-dua ibu bapanya? "Ibu tak kira apa pun jawapan kakak yang penting hujung minggu ni kakak bertunang dengan Miru...