♧•♧•♧
Hari semakin kelam. Malam semakin larut. Namun cahaya daripada sang rembulan menerangi suasana yang gelita.
Malam yang tenang itu langsung tidak membuatkan Jungkook ingin tidur dengan lena.
Malah dia tak sudah berpusing kiri kanan bagi mencari posisi yang selesa untuk dia berlayar ke alam mimpi.
"Kook..."
Pergerakan jejaka itu berhenti serta merta.
"Kook sayang..."
Degupan jantung Jungkook sudah mula berlagu dengan sedikit pantas.
Suara tu...
Baru sahaja dia ingin berpaling ke belakang, tiba-tiba lengannya disentuh lembut oleh seseorang.
"M-Mak?"
Bebola mata Jungkook bersinar bulat tatkala wajah ibunya yang dirindui tersenyum dengan penuh manis memandangnya.
"Mak!"
Sejurus saja bangun dari pembaringan, lantas tubuh ibunya dirangkul dengan penuh erat bagi melepaskan rindu yang telah lama terpendam.
Puan Jeon yang memakai pakaian serba putih itu turut membalas pelukan anak terunanya.
"Kook sihat?"
Pertanyaan Puan Jeon itu dibalas dengan anggukan daripada Jungkook. Wangian lembut yang menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan dia tenang dalam pelukan seorang ibu.
"Syukur kalau Kook sihat. Mak tak lama kat sini. Sekadar nak jenguk Kook je." jelas Puan Jeon.
Pelukan dilepaskan dan Puan Jeon mula bangun daripada katil yang diduduki Jungkook.
"Jom? Mak nak jalan-jalan dekat taman bawah tu. Nak tengok bulan. Kook suka tengok bulan kan?"
Jungkook mengangguk dan tersenyum. Tangan yang dihulurkan Puan Jeon tadi diraih lalu digenggam.
Mereka berjalan keluar daripada bilik persendirian tersebut.
Kaki mereka melangkah menuju ke arah taman yang diterangi dengan cahaya terang bulan serta bintang-bintang yang bekerlipan.
Gazebo yang agak sederhana besar menjadi tempat anak beranak itu melepaskan kerinduan sambil berbual panjang.
° ° °
Hampir setengah jam mereka berbual di situ dengan penuh tenang.
Puan Jeon mengerling sekilas wajah gembira Jungkook di sebelah sambil memandang ke langit.
"Sayang, pergilah masuk bilik. Dah malam ni."
Puan Jeon menepuk bahu anaknya. Punggung diangkat menandakan sudah tiba waktunya untuk dia pergi dari dunia ini.
Mata Jungkook yang tadi bersinar galak kini bertukar menjadi pandangan yang penuh sayu dan sedih.
"Andwae. Mak kena temankan Kook kat sini."
Jungkook menggelengkan kepalanya. Dia tak mahu wanita itu meninggalkan dirinya bersendirian lagi di sini.
"Tak boleh, sayang. Mak kena pergi. Sekejap saja Tuhan bagi mak masa untuk luangkan saat indah ni dengan Kook." ujar Puan Jeon sambil mengusap perlahan rambut lebat Jungkook.
Air mata mula merembes di pipi Jungkook.
Seperti apa yang Jungkook rasa, Puan Jeon juga tidak mahu melepaskan anaknya tapi apakan daya, dunia mereka berbeza.
"J-Jaga diri. Mak nak tengok anak mak sentiasa tersenyum. Jangan nangis, nanti mak sedih kat sana." pesanan penuh syahdu dan lembut itu membuatkan Jungkook semakin galak menangis.
Jungkook mula panik saat Puan Jeon mula menghilang sedikit demi sedikit. Kepalanya digelengkan berkali-kali tanda tidak mahu Puan Jeon pergi.
Jejaka itu terus memeluk tubuh Puan Jeon sambil menangis kuat pada bahu wanita itu.
"Jangan pergi, mak! Kook sayang mak!"
Si ibu dan si anak hanya mampu mengalirkan air mata sambil memandang antara satu sama lain.
Biarlah mata yang membicarakan segalanya.
"A-ANDWAE! MAK!" jerit Jungkook.
Sebaik saja jasad Puan Jeon sudah hilang di dalam larut malam, banyak rama-rama beterbangan ke atas dan akhirnya ia turut hilang.
Kini, tinggallah Jungkook yang teresak-esak menangis sambil memanggil ibunya. Dia terjelopok ke atas tanah kerana sudah tidak berdaya untuk melangkah lagi.
"M-Mak, kenapa mak t-tinggalkan Kook? Hiks."
Pandangannya mula kabur. Kepala Jungkook mula berpinar. Sebelum matanya tertutup rapat, dia sedar ada seseorang yang mendapatkan dirinya yang sudah terbaring di atas tanah.
"Jungkook-ah!"
Mata Jungkook yang semakin layu cuba mencari wajah gerangan pemilik suara tersebut namun belum sempat dia ingin melihat, matanya sudah terpejam.
Apa nak jadi pun, jadilah. Aku tak kisah. Kalau aku mati sekalipun lagi bagus.
▪▪▪▪
TBC598 words for this chapter! ❤
fuh tulis chapter ni ambik masa daripada semalam sampai ke hari ni tau. ni pun gagahkan diri nak update sebab kesian ff ni lama sangat kena tinggal. takpe, nanti cuti put update banyak ii.
semenjak masuk f4 ni busy la. addmath dengan math bergaduh. masing ii nak dera put :(( hari ii ada homework. stress laa dahla susah 😭
hm, so kali ni okay tak? hambar eh? tula sebab mood put hambar hari ni HAHAHA.
okay, selamat membaca!💜
YOU ARE READING
Unforgotten | Jungkook
FanficYour existence is just my unforgotten sweet memories. ❁ཻུ۪۪⸙· Jung Haemi ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Short Story BTS Edition <3 🎯 WARNING! - Cerita ini penuh dengan kemerepekan...