💓 ; 10

868 96 30
                                    

♧•♧•♧

"Hyung, kau rasa kenapa Jungkook palau kita eh?" tanya Taehyung sebaik saja Yoongi dan Namjoon menghampiri mereka.


Namjoon hanya duduk bersila di atas lantai manakala yang lain pula duduk di atas bangku. Sesungguhnya, lelaki berlesung pipit itu sedikit pelik.

Yoongi memandang wajah tanda tanya Taehyung dengan pandangan yang tiada perasaan.

"Jangan paksa dia. Bagi dia masa dulu. Jungkook tu perlukan ruang untuk dia dapatkan semula diri dia balik. Siapa perempuan yang selalu dengan Jungkook tu?"

Namjoon bersuara apabila tiada sebarang jawapan yang diberikan oleh Yoongi. Kasihan pula kalau soalan Taehyung tadi dibiarkan tergantung sepi.

"Haemi." Jimin menjawab.

Namjoon mengangguk faham.

"Mungkin Haemi ada jalan untuk tenangkan Jungkook. Kita kena faham yang dia masih tak biasa lagi di sini meskipun dia dah lama duduk tempat ni." penjelasan yang diberikan Namjoon membuatkan mereka semua mula menganggukkan kepala.

"Ada betulnya apa yang Namjoon hyung cakap tu. Nanti kalau ada masa, kita jumpa Seokjin hyung untuk tanya pasal Jungkook." tambah Jimin pula.

"Ah, wae? Kenapa kena jumpa Seokjin hyung pula? Baik terus jumpa Haemi kalau macam tu." Hoseok pula tiba-tiba mencelah.

Muka Hoseok ditenung sekejap sebelum Jimin mula mengeluh perlahan.

"Kita nak jumpa Seokjin hyung sebab nak tanya tentang penyakit Jungkook. Hyung pun tahu kan depression ni ada banyak jenis? Jadi kita nak tahu Jungkook tergolong dalam depression yang mana satu."

Hoseok mula faham apa sebenarnya tujuan Jimin untuk berjumpa dengan doktor lelaki kacak yang merawat Jungkook itu.

° ° °

"Boleh kami tahu sebenarnya apa yang dialami oleh Jungkook?" Namjoon mula membuka bicara.

Seokjin tersenyum manis lalu mengangguk dan melabuhkan punggungnya pada kerusi empuk tersebut. Kemudian kerusi itu ditarik sedikit ke hadapan.

"Sebenarnya Jungkook mengalami Persistent Depressive Disorder (PDD) atau yang mudah dikenali sebagai dysthymia. Pesakit ini sentiasa berasa sedih. Apa yang saya tahu, Jungkook sudah hampir 5 tahun kehilangan emaknya. Waktu itu umurnya 16 tahun."

Semua yang ada di situ mula sebak dengan kisah hidup Jungkook.

"Selepas emak dia pergi, dia dijaga oleh ibu saudara sebelah emaknya. Namun, dia diseksa kerana wanita itu tidak tahan setiap kali Jungkook berkata bahawa dia melihat emaknya. Pesakit yang ada disorder ini sentiasa berhalusinasi. Dia seakan dapat melihat atau mendengar sesuatu yang tidak wujud bercakap dengan mereka."

Kini, barulah mereka faham tentang beban dan kesedihan yang Jungkook alami selama ini. Ternyata jejaka tersebut memerlukan sokongan yang banyak daripada orang sekelilingnya.

"Hyung, macam mana nak bantu Jungkook supaya dia cheer up semula?" Taehyung menyuarakan pertanyaannya.

Seokjin memetik jari dan senyumannya mula terukir.

"Senang saja. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan dia gembira. Cuba tanya dia tentang apa yang dia paling suka lakukan. Nanti kamu semua boleh lah bantu dia dengan cara tu."

Kelima-lima lelaki yang duduk di hadapan Seokjin itu sudah mula tersenyum lebar. Kebuntuan mereka sudah menjumpai jalan penamat.

"Ah, hyung! Terima kasih sebab bantu kami!"

Namjoon ingin bersalam dengan Seokjin namun jejaka itu tidak perasan lalu terus memakai kot putih yang tersangkut di kerusi tersebut tanpa memandang Namjoon yang sudah terkebil-kebil.

"Aih..." Tangan ditarik semula kerana salamnya tidak bersambut. Mujur masih tiada sesiapa yang perasan.

"Terima kasih, hyung!"

Mereka semua menunduk hormat di hadapan Seokjin.

"Sama-sama! Kalau ada yang memerlukan bantuan, jumpa je hyung kat sini."

Mereka berlima mengangguk dan berjalan keluar daripada bilik Seokjin. Sinar kegembiraan mula terpancar pada wajah mereka.

"Misi kita apa?!"

"Buat Jungkook gembira!"

"Visi kita apa?!"

"Keluar dari tempat ini bersama-sama!"

"OKAY! LET'S GO!"

Tawa mereka belum lengkap kerana masih belum ada tawa daripada Jungkook.

Percayalah, nanti kau akan tertawa bersama kami, Jungkook.

▪▪▪▪
TBC

574 words for this chapter !❤

lama oi nak tunggu weekend ni HAHAH. nak update tapi rasa malas + busy + penat in weekdays. so put decide nak update weekend jugak eheh 😂

so how this chapter? is it boring or hambar or etc? if so, this princess say really sorry to her beloved readers 😭

okay, selamat membaca! 💜

Unforgotten | JungkookWhere stories live. Discover now