7

2.6K 92 36
                                    

SUSAH benar gaya Aura berjalan sambil menggalas begnya yang bersaiz berkali ganda dari tubuh kecilnya itu. Sesekali dia menoleh memandang Luf di belakang. Lelaki itu sibuk dengan telefonnya di tangan. Tersebik bibir Aura. Luf lebih banyak tidur sahaja sepanjang tempoh penerbangan tadi. Sukar mahu menjangkakan personaliti Luf yang sebenarnya. Aura sendiri keliru. Malas mahu menyakitkan kepalanya memikirkan tentang Luf, mata diliarkan memerhati sekeliling sebelum matanya terpaku pada sesusuk tubuh yang agak jauh sedikit di depan. 

“Darien!” panggil Aura namun langkahnya terhenti saat mata melihat Darien sedang bercakap-cakap dengan beberapa orang lelaki.  

Apa yang Darien buat di Malaysia? Bukan ke kalau ikutkan perancangan mereka ketika masih bersama hari itu, sepatutnya hujung semester ini baru dia pulang ke Malaysia? Pelik. Baru sahaja Aura mahu melangkah ke arah Darien, kumpulan Darien mula berpecah dan Darien dilihat bergerak laju keluar dari situ. Nampak tergesa-gesa sahaja gayanya. 

Nafas dihela perlahan. Okey sekarang nak ke rumah Tuan Nuh naik apa, Aura? Bingung pula tiba-tiba. Mana tidaknya, hidupnya selama ini mana pernah dia bergerak bersendirian begini. Paling tidak pun dia pasti akan ditemani oleh Malik. Kalau terus ke rumah Tuan Nuh, bagaimana kalau Malik terlebih dahulu menyerahkan dia kepada Isaac? Ah, tak boleh! Tak boleh!

Tangkas tangannya meraba-raba beg silang yang dipakainya. Telefon dikeluarkan. Aplikasi menempah hotel dibuka. Nama-nama hotel di Kuala Lumpur dibelek laju. Aura tidak berapa biasa dengan hotel-hotel di Malaysia. Sepanjang hidupnya di Malaysia, hanya rumah dan sekolahnya sahaja tempat yang dia tahu. 

Hampir gugur jantung Aura bila tiba-tiba sahaja tangannya yang memegang telefon direntap kasar dari tepi dan dia terus diheret laju. Tercengang-cengang Aura dibuatnya. Entah berapa banyak kali tubuhnya direntap-rentap sesuka hati begini. Belakang tubuh sederhana sasa di depannya itu direnung tajam. Luf lagi? Apa lagi kali ini? 

Luf melepaskan tangan Aura dan mereka berhenti berdiri di tepi sebuah mesin ATM di situ. Luf berdiri menyandar sambil tangan memeluk tubuh sendiri. Aura yang masih keliru memandangnya, direnung tunak. 

“Kenapa, Luf? I ingat you dah gerak balik?” 

“Tu,” balas Luf pendek. Bibirnya dimuncungkan ke arah depan. 

Aura tidak pandang pun arah yang Luf tunjukkan tetapi matanya terpaku pada bibir merah Luf. Seksi. Nipis. Merah. Comel sahaja!

“Oi!” 

“Aduh!” Aura menggosok-gosok dahinya. Terkejut dia bila tiba-tiba sahaja Luf menepuk dahinya. Luf dijeling. 

“You nak rasa manis bibir I ke? Sabar. Itu boleh tunggu dulu tapi sekarang ni cuba you tengok apa yang I tunjuk,” perli Luf. Sempat lagi dia tersenyum nakal ke arah Aura. 

Aura menggelabah. Laju matanya dilarikan pandangannya. Kepalanya mengintai sedikit keluar dan bulat matanya yang tersedia bulat itu. Kelam-kabut Aura berdiri tegak semula dan bersandar rapat ke mesin ATM itu. Betul-betul bersebelahan dengan Luf. Matanya dipejamkan rapat-rapat dan perlahan-lahan dibuka semula bila kedengaran suara Luf ketawa. 

“Serah diri ajelah,” usik Luf sambil ketawa kecil. Bukan sedikit orang-orang suruhan Tuan Megat dan Isaac berlegar-legar di situ. 

“I tak boleh balik rumah sekarang. I tak datang sejauh ni untuk serah diri macam tu aje. Abang Malik… ya, abang Malik!” Aura tiba-tiba sahaja teringatkan Malik. Telefonnya dikeluarkan semula. Nombor Malik dicari. 

“Hello, abang Malik!” Aura terjerit sedikit apabila panggilannya dijawab oleh Malik. 

“Cik Aura, dekat mana?” soal Malik serius di sebelah sana. 

AURA LUF - TERBIT -Where stories live. Discover now